Rezeki Mendirikan Masjid

Pengalaman orang lain. betul kata orang, kalo kita rancang nak kahwin mesti Allah murahkan rezeki kita. pengalaman aku sendiri melihat rakan-rakan yang nak kawen mahupun yang baru je berkahwin. semuanya murah rezeki.

benda baik kan. mesti Allah murahkan rezeki. tapi, walaupun begitu rata-rata yang nak kahwin. terutamanya lelaki. terpaksa berhutang, orang kata kalo tunggu duit cukup memang tak kahwin la. so, jalan alternatifnya adalah personal loan atau berhutang.

nak kahwin pun kena hutang. dah la nak belajar pun dah berhutang. memang dunia sekarang, dunia hutang. ape nak jadi la.

duit, duit, duit.

semuanya duit. bila difikirkan balik duit bukan segala-galanya. tapi dunia sekarang yang memaksa duit jadi segalanya-galanya.

berbalik kepada tajuk di atas. bila rezeki dah murah kita kena ingat pula satu benda ni. kita akan ada 2 pilihan. halal dan haram. ada sumber yang haram. dan ada pula yang halal. kita kena pandai pilih. yela cuba bayangkan kalo nak bina masjid dengan duit haram?

jadi tak hairan la kalau pergi ke mahkamah syariah bertimbun-timbun fail kes-kes penceraian.

itu satu. bila masuk pulak bab anak-anak. kita selalu tanya, kenapa la anak-anak aku ni degil. tak dengar kata. kenapa la anak-anak aku ni lembap. hantar belajar, hantar mengaji tak pandai pandai.

tengok balik sumber mane yang anda bagi anak-anak anda makan.

antara hidup mewah dengan hidup senang. mana yang anda pilih?

Tahun 2010 akan melabuhkan tirainya

Beberapa hari lagi tahun 2011 akan membentangkan lembarannya. maka, dengan itu tahun 2010 akan melabuhkan tirainya. tamat tahun 2010. jadi, apa yang anda dah belajar dari tahun 2010?

sekurang-kurangnya tahun 2010 anda legih baik dari tahun 2009. dan semoga tahun 2011 lagi baik pada tahun 2010.

aku harap sempena sambutan tahun baru ini peristiwa bulan September tidak akan berulang lagi. tapi besar kemungkinan akan berulang. zaman kejatuhan akhlak. fasa keempat umat Nabi Muhammad s.a.w.

sama-sama kita pelihara diri kita supaya tidak menjadi bahan bakar hell fire.

apa ertinya tahun baru kepada anda? maka sudah menjdai kebiasaan bagi kita, bila tiba tahun baru. mula bertanya apa azam kita. yang pasti azam hanya di tanya pada hujung tahun dan sebelum masuk tahun baru. selepas itu, soalan tu ntah kemana. bersama-sama jugak dengan azam tu ntah kemana.

dan akhirnya tiba pula tahun baru berikutnya. bila kita sedar, azam kita tetap sama. kurangkan azam, lebihkan action dan pemikiran. bila fikir nak berubah, mulakan sejurus saja anda fikirkan. jangan tunggu. makin anda tunggu. maka, sehari anda buat besok kembali kepada perkara lama.

jadi, susahkan? semuanya memerlukan determination.

kekuatan dalam diri yang sukar di cari. hanya dengan latihan dapat kita capai. lakukan perubahan sekarang. lakukan hijrah. bukan hanya azam. Azam sekarang tengah lepak-lepak kat mamak dengan kawan-kawannya.

Computer Error @ Human Error

Bila manusia tidak mahu mengaku kesilapan sendiri. maka akan di salahkan orang lain. tidak terkecuali aku. kadang-kadang bila kita mengata orang, kita tidak sedar yang kita sebenarnya mengata diri kita.

namun Islam melarang umatnya membuka aib diri orang lain. malas aku nak berbicara soal membuka keaiban orang lain lagi pada hari ini.



Computer Error atau Human Error? mungkin agak pelik kalau komputer buat silap. yang aku tahu komputer bukan sejenis mesin yang suka buat silap. komputer adalah tepat, kerana komputer adalah mesin binary yang tahu signal 'yes' dan 'no', 0 dan 1. bila 0 dan 1 ini digabungkan secara kompleks maka terhasilnya komputer. keputusan yang komputer buat adalah tepat, ya atau tidak. tiada yang tengah-tengah.

celah mane computer error? bukan ke human error. human error yang salah masukkan data. atau tertinggal nak masukkan data dalam komputer maka untuk menutup silap sendiri. dijadikan alasan sebagai Computer Error.

walaupun tiada kesilapan dalam memasukkan data. tetapi kesilapan semasa pemprosesan data. tetap salah manusia. kerana tanpa arahan atau command dari manusia komputer takkan melaksanakan suatu arahan atau tugasnya.

kesilapan dari software. perlu diingat siapa yang mencipta software komputer? bagi yang tidak tahu software sebenarnya adalah set arahan yang telah dibuat untuk komputer melakukan tugasnya. software menyenangkan pengguna untuk mencapai sesuatu tugas atau pekerjaan. pendek kata akan menyenangkan manusia.

juga kesilapan komputer?

bila anda mahu belajar untuk mengaku kesilapan sendiri. mungkin sebab anda tidak pernah on komputer / laptop yang baru keluar dari kilang. yang anda dapat sebuah komputer/laptop dari kedai yang telah diinstall dengan sistem operasi Windows atau yang lain.

ini… aku nak bagi tahu. untuk tahu kesucian komputer bila keluar dari kilang adalah bila anda on tidak akan keluar apa-apa di skrin melainkan skrin hitam yang kosong. salah komputer juga.

manusia yang mencipta komputer. jadi mereka tahu kelemahan komputer.

jadi… salah komputer lagi?

Sebelum ini: Usaha itu tangga kejayaan

Usaha itu tangga kejayaan

Itulah pepatah melayu kita. bila kita malas je mesti akan ada orang kata " Usaha itu tangga kejayaan ". bagi aku pulak. aku bersetuju dengan perumpamaan itu. betul, tanpa usaha kita takkan mendapat apa yang kita inginkan.

malah dalam Islam pun menyuruh umatnya berusaha. sungguh cantik, bermula dengan usaha disusuli dengan doa dan kemudiannya di sudahi dengan tawakkal. begitu cantik begitu molek apa yang dianjurkan dalam islam.

usaha + doa + tawakkal = kejayaan. fitrah kita, bila kita inginkan sesuatu akan timbul dalam diri kita perasaan untuk mendapatkan perkara yang kita hajatkan. perasaan inilah yang mendorong kita untuk berusaha kearahnya.

namun sebagai manusia biasa. perasaan tidak yakin dan tidak mampu menyebabkan kita memerlukan pertolongan. meminta perolongan tidak beerti kita lemah. tapi menandakan kita bijak, kerana tidak semua perkara kita hebat. ada perkara kita perlukan pertolongan orang lain. jangan jadi bodoh sombong.

namun kita masih lagi berasa tidak yakin. lalu perkara kedua yang perlu kita buat ialah meminta pertolongan dari Pencipta kita Allah s.w.t. bila dah berdoa kita masih berasa bimbang dan risau. ini masanya untuk perkara ketiga. kita tawakkal kepada Yang Maha Memberi. kita berserah segala permintaan kita dia akan qabulkan sekiranya kita ikhlas meminta dan berusaha.

" Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan mendapat melainkan apa yang telah diusahakan ".
(An-Najm 53:39)

melalui ayat ini jelas menumjukkan bahawa apa yang ada dapat selama ini adalah apa yang anda usahakan. jika masih tak mencapai target atau impian anda. maka, ini bermakna usaha anda masih belum mencukupi.

Sebelum ini: Jangan ulangi kesilapan abang-abang dan kakak-kakak anda

Jangan ulangi kesilapan abang-abang dan kakak-kakak anda

Islam tidak pernah menghalang umatnya bercinta. malah menggalakkan, tetapi ada garis panduan dan larangan yang telah jelas dinyatakan. namun sabagai umat islam yang lemah kita tak pernah lari dari melakukan kesilapan.

Jika anda seorang abang / kakak


anda adalah contoh terbesar untuk adik-adik anda. tanggungjawab anda paling besar. yang pasti apa yang anda buat, apa yang anda lakukan diperhatikan oleh adik-adik anda.

mungkin anda sebagai adik abang atau kakak tidak sedar. tapi itu lah yang akan adik anda tiru.

topik kali ini adalah berkaitan dengan cinta. bagaimana anda bercinta, akan jadi ikutan adik-adik anda. pertama, reaksi keluarga. mereka melihat anda bercinta, berpacaran tiada tentangan dari keluarga.

oleh sebab itu, mereka dah tahu kalau buat begini begitu mak ayah takkan marah. kalau mak ayah nak marah mereka akan mempersoalkan anda.

ingat, walau mak & ayah tak marah tak bermakna perkara yang haram boleh jadi di haruskan atau halal. yang haram tetap haram. yang halal tetap halal. tiada yang tengah-tengah. tiada "halam". adanya halal dan haram seiring dengan adanya syurga dan neraka. malah tiada di tengah-tengah. takkan Allah campakkan kita di sempadan syurga dan neraka. tapi salah satu. samada di masukkan ke syurga atau di campakkan ke neraka.

Jika anda seorang adik


jangan ulang kesilapan kakak-kakak dan abang-abang anda. tak semestinya kakak dan abang anda buat maka anda boleh juga buat. kita ada halal dan haram. ikut hukum jika ingin hidup bahagia di syurga atau anda mahu sebaliknya.

matlamat tak menghalalkan cara

nak menghalalkan sebuah perhubungan bukannya senang. benda ini yang perlu anda fikir jika ingin memulakan sebuah perhubungan.

kepada lelaki, tanya diri anda adakah anda mampu nak menyara anak orang? kalau kredit telefon pun guna duit mak ayah. jangan mimpi nak couple, jangan mimpi nak cari awek, jangan mimpi nak berpacaran.

kepada wanita, adakah anda boleh pasangan anda boleh sara anda dengan cinta? bolehkah cinta beli pencuci muka anda, beli mekap anda? anda mungkin boleh kenyang dengan cinta. tapi cuba anda bangun dari khayalan mimpi.

mula belajar dari kakak / abang anda. jangan ulangi kesalahan mereka.

Sebelum ini: Menarik pembaca ke blog anda | Guna Magnet

Menarik pembaca ke blog anda | Guna Magnet

Dulu masa darjah empat belajar sains, cikgu cakap kutub utara dengan kutub selatan akan menarik. tapi kalau dekatkan magnet yang sama kutub seperti kutub utara dengan kutub utara, atau kutub selatan dengan kutub selatan. magnet akan menolak.

bila dah besar aku pulak dah pandai fikir. dulu cikgu ajar. sekarang aku pulak fikir sendiri. evolving… adakah ini perkataan yang sesuai untuk di gunakan? sori aku tak reti sangat bahasa orang putih. dulu pun dari sekolah rendah sampai sekolah menengah tak pernah dapat A pun subjek bahasa orang puteh.

jadi sebagai seorang manusia yang tak boleh berhenti dari berfikir maka aku pun memulakan proses pemikiran aku. hasilnya aku dapat kaitkan apa yang cikgu sains aku ajar dulu dengan blog ini.

magnet yang sama akan menolak. magnet yang berlainan akan menarik sama sendiri. jadi jika diapply kan magnet dengan blog.

objektif kajian : adakah boleh samakan magnet dengan blog?

blog yang mempunyai kutub yang berlainan akan menarik, manakala blog yang mempunyai kutub yang sama akan bergaduh. akan saling menulis sama sendiri perkara yang menyakitkan hati.

ahhh.... bukan ini yang sepatutnya it should be.

topik kali ini untuk menarik pembaca membaca blog… senang sahaja. lupakan blog yang sama kutub dengan blog anda. hargai blog yang berlainan kutub dengan blog anda.

tengok tv. belajar dari tv. tengok iklan susu. " jadi, magnet boleh tarik sudu… " sebab sudu tu besi. jika blog anda magnet. maka pembaca adalah besi. jadi blog boleh tarik pembaca.

hehehe

cikgu ajar lagi. lagi kuat magnet lagi kuat daya tarikan. lagi banyak benda yang boleh ditarik. kuasa magnet boleh bertambah, boleh berkurang. jika magnet di gabungkan magnet jadi kuat. jika dialirkan arus elektrik magnet jadi lagi kuat. lagi kuat arus lagi kuat magnet. tapi jangan di lupa. magnet juga boleh hilang kuasa. dengan suhu yang tinggi boleh menghilangkan kuasa magnet.

mula belajar dengan alam sekeliling. sedangkan Qabil yang bunuh Habil kerana cemburu belajar tanam Habil seleepas melihat tingkah laku 2 ekor burung.

cuma anda perlu fikirkan bagaimana untuk menjadi magnet yang kuat.

Sebelum ini: Kerana mulut badan binasa

Kerana mulut badan binasa

Mulut… anugerah terbesar yang Allah kurniakan kepada aku. sebut saja kegunaan mulut, begitu banyak rasanya jika ingin ku disini mungkin ada yang aku terlepas pandang.

pun begitu sehebat mana anugerah yang dikurniakan kepada aku. terasa aku sering menyalahgunakannya. terasa kerdilnya diri ini. aku sakit!

aku suka berbicara. aku suka berkata-kata. walaupun tika itu aku tak perlu berkata-kata. namun mungkin aku memikirkan Allah mengurniakan mulut untuk aku berkata-kata.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:

" Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata yang baik atau - kalau tidak dapat berkata yang baik, hendaklah ia berdiam diri saja. "
(Muttafaq 'alaih)

Aku lupa… aku hampa. aku suka berbicara. kerap berbicara. tanpa aku sedar. semakin banyak berbicara semakin banyak salahnya.

Ya Allah, Ya Tuhanku. Allah sekalian alam Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. tolong hambamu ini. selamatkan hambamu ini.

aku tidak maha berbicara selain yang benar.

bantulah aku Ya Allah… berilah petunjuk padaku. jangan nanti aku dihukum kerana salah kataku.

aku menyesali perbuatanku… Ya Allah… Benar-benar menyesal…

jaga mulutmu. jaga percakapanmu. setiap inci perkataan yang keluar dari mulutmu adalah tanggungjawabmu. orang tua pernah berpesan…

terlajak perahu boleh diundur. terlajak kata, buruk padahnya.

hakikatnya lidah yang panjangnya lima inci boleh membunuh seorang manusia yang tingginya enam kaki. tusukan lidah lebih tajam dari tusukan dari sebilah pedang.

betul kata orang, kerana mulut badan binasa.

Sebelum ini: Apa yang anda harapkan dari hidup ini?

Apa yang anda harapkan dari hidup ini?

Kadang-kadang aku terfikir apa tujuan hidup aku? kenapa aku hidup? apa aku nak buat. walau panjang, pendek, lama ataupun singkat usia kita. tujuan hidup kita semuanya sama.

dalam mencari tujuan hidup kita sering melakukan kesilapan. kesilapan mematangkan kita. kita sepatunya belajar dari kesilapan kita.

aku yakin dan pasti, semua orang sudah tahu tujuan mereka hidup di muka bumi ini. cuma mari kita muhasabah balik. adakah kita sekerang menuju ke arah tujuan itu? atau kita sudah tersasar jauh. kalau tersasar masih lagi sempat untuk kita mengubah haluan.

kata orang

Kalau sesat jalan, Kembali ke pangkal jalan

persoalannya. apa yang anda harapkan dari hidup ini? persoalan ini aku tinggalkan kepada anda untuk anda jawap dengan berpandukan tujuan hidup kita. ingat hidup akan lebih bermakna dengan memberi.

Life is Short

samada anda mahu hidup anda bermakna atau tidak. anda yang tentukan. tepuk dada tanya iman. orang kata jangan tanya aiman. sebab aiman akan jawap "Aiman tak kisah!".

gelak…

metaforanya. aiman adalah nafsu. hati yang sukar dikawal. yang dapat tundukkannya adalah iman dan akal. adakah kita mahu hidup kita hanya untuk memenuhi kehendak hati semata-mata? ikut rasa, binasa. ikut hati, mati. ikut nafsu, lesu.

hari ke hari usia kita makin bertambah. setiap tahun kita akan sambut ulangtahun kelahiran kita. berapa lama lagi kita dapat hidup kita tak tahu. di saat anda membaca tulisan ini umur anda sedang bertambah.

kemudian timbul lagi persoalan

Adakah amalan kita seiring dengan usia?


adakah usia kita berkadar terus dengan amalan kita. atau amalan kita sebenarnya berkadar songsang dengan usia. maafkan aku kalau anda teringatkan cikgu matematik anda dulu. aku cuma aplikasikan apa yang telah diajarkan kepada aku.

kembali kepada Pencipta kita. tak dapat aku bayangkan masa depan aku. tengok saja sekarang. tak pernah aku bayangkan dulu, kejatuhan moral bangsa melayu, lebih-lebih lagi umat islam sampai macam ni sekali. mungkin hanya pada nama saja.

* terdiam *

jadi, apa yang anda harapkan dari hidup ini?

Sebelum ini: Kenapa blog tiada orang komen?

Kenapa blog tiada orang komen?

Lagi persoalan untuk anda. anda sering bertanya kenapa. Kenapa, dan Kenapa? tanya lah kepada yang pakar. dan bukannya jawapan yang sering anda dengar. tanyalah pakcik Google (bukan nak tolong ajarkan) :D

kalau tanya pada aku, maka jawapan adalah berbunyi begini…

Pertama disable Komen Word Verification


ini paling penting. kebanyakan orang tak suka nak isi word verification seriously, aku pun malas nak isi. sebab utama sakit mata aku nak baca hufuf berbelit-belit tu.

kesan dari word verification. awas, jika anda menggunakan komen jenis embed bawah post. pengomen mungkin tak perasan blog anda ada komen verification. lepas submit komen baru dia prompt untuk word verification. malah mereka terus close windows sesudah komen termasuk aku. hakikatnya komen tak send lagi tapi sudah kena close.

kesannya, takde sapa tahu komen lost in transmission (ayat meraban) pemilik blog tak terima komen. pengomen pun tak tahu yang komennya sudah selamat sampai atau belum. sebab itu lah blog anda takde orang komen. bukan takde hakikatnya ada. tapi hilang di tengah jalan kena kidnap!

sebelum ini aku pernah menulis Macam mana nak disable Word Verification?

Content blog


untuk mendapatkan komen, kandungan sesebuah entri juga memainkan peranan. tengok entri yang lepas-lepas. cuba kaji kena entri anda takde orang nak komen? bandingkan dengan entri yang mendapat beratus-ratus komen sekali update. cuba ajak pembaca berbincang dalam entri anda.

tips nak mengalakkan orang komen cuba kemukakan soalan di akhir entri. kerana akhir entri merupakan perkara terakhir yang ada dalam otak pembaca. jika akhir ayat itu adalah soalan. dengan senang pembaca akan jawap soalan itu. di mana lagi, kalau tak ruangan komen.

Perkara yang perlu anda tahu


walaupun banyak sebab kenapa blog takda orang nak komen. tetapi ada satu perkara yang perlu anda faham. komen bukan segala-galanya. komen juga tak boleh dijadikan kayu ukur untuk sesebuah blog. tak semua orang suka komen, ada yang lebih suka memnjadi pembaca sahaja (silent reader).

kalau entri tiada komen jangan menyerah, jangan mengalah. teruskan menulis blog. cara mudah yang anda boleh guna rajin-rajin kan diri komen blog orang lain. insyaAllah, pemilik blog akan membalasnya dengan komen blog anda pula.

Sebelum ini: Bila keyboard mula berkata-kata

Bila keyboard mula berkata-kata

Aku terlupa. masa aku menulis entri Terima Kasih kepada follower Coretan Cyber aku terlupa untuk mengumunkan sesuatu. yelah aku menulis entri itu kerana follower dah baru mencecah 50 orang.

terlupa pulak tujuan utama aku menulis entri itu. sebenarnya aku nak umumkan jika follower aku mencecah 100 orang aku akan mengorganize menganjurkan satu... ntah aku tak tahu nak panggil apa. baik aku namakan program je dulu. idea dah ada cuma nama je takde. hahaha, kelakar la aku ni.

tapi kenapa pulak nak kena tunggu sampai follower dah 100?


bagus gak soalan ni. tapi sebenarnya aku takut tak dapat sambutan jika di buat sekarang jadi aku tunggu follower blog ini dah cecah 100. tapi tak pe kalau tak dapat sambutan pun aku akan tetap teruskan program aku ni. hehehe :D

bila nak start. kena la tunggu follower cecah 100 dulu. kalau aku rasa masa nak buat lagi aku upkan lagi syarat dia. naik kan follower jadi 200 ke 300 ke. hehe…

tapi jangan kecewa, insyaAllah kalau takda aral melintang aku akan kotakan janjiku ini.

oh ya, terlupa pulak. apa kaitan nya dengan tajuk entri ini. jadi untuk tidak menghampakan mereka yang dah terbaca entri ini disebabkan oleh tajuk yang sedemikian. bila keyboard mula berkata-kata. jari pun gatal nak anjurkan program antara blog.

sekian.

Sebelum ini: Terima Kasih kepada Follower Coretan Cyber

Terima Kasih kepada Follower Coretan Cyber

Jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi mengukuti blog ini. sejak dari blog ini di tubuhkan sehingga skarang. sokongan anda sangat aku hargai. tanpa anda lebih baik aku delete je blog ini. hehehe… (tapi nak ke?hahaha...kalau takde orang baca pun aku tetap tulis).

entri pertama aku ditulis pada 26 Julai 2010, sejak aku mula menulis sehingga sekarang Blog Coretan Cyber ini sudah pun mempunyai pengikutnya yang tersendiri. aku tahu ada pembaca. yang aku tahu aku nak mencari pembaca baru sebelum habis bulan Disember ini.

bagi yang dah follow aku. Jutaan terima kasih kepada anda. selama ini aku tak pernah memaksa mereka untuk follow. mereka dengan rela hati follow aku.

sehingga sekarang. Coretan Cyber telah pun mempunyai 50 orang follower blog melalui Google Friend Connect. 36 follower di Twitter. dan 47 fan di Facebook.

anda boleh pilih bagaimana anda ingin mengetahui update terbaru dari Coretan Cyber samada melalui Dashboard blogger (follow melalui Google Friend Connect). melalui Twitter, jika anda kaki twitter. dan juga melalui Facebook, jika anda asyik mengadap Facebook. tak kurang juga kepada mereka yang suka membaca melalui Google Reader boleh subcribe feed blog ini.

dan akhir sekali.

terima kasih kerana sudi membaca entri syok sendiri. hahaha…

Sebelum ini: 9140-5604-5328-1979-92-2

9140-5604-5328-1979-92-2

Arghhh… misteri 9140560453281979922 masih belum terungkai. namun aku masih tetap teruskan usaha aku untuk mencari makna di sebalik nombor-nombor ini. pertama sekali apa yang tahu pasal nombor ini adalah dia mempunyai 19 digit.

beberapa saringan telah aku buat mengenai nombor-nombor ini. sungguh misteri nak kata nombor akaun bank, bukan. no akaun Maybank 12 digit, Bank Islam 14 digit, BSN 16 digit. mana ada bank yang menggunakan angka 19 digit sebagai nombor akaun.

mungkin kalau betul no akaun bank. kaya aku! jangan-jangan nombor akaun Swiss kot? tak mungkin Swiss Bank guna 21 digit nombor.

hai nombor… apakah maksud diri kamu nombor.

mungkin nombor telefon? mungkin password? mungkin… segalanya mungkin. bila aku Google. boleh pulak en.Google ni jawap -3865. mungkin satu lagi klu. atau mungkin bukan ini jawapan nya.

9140-5604-5328-1979-92-2

apapun… en.Google beri aku harapan baru. ya, itu adalah matematik. Cipher yang perlu aku selesaikan.

aku pening aku buntu. akhirnya aku mengambil keputusan untuk breakfast. perut pun dah mulakan pancaragam. baik aku pergi sarapan!

bersambung…

Sebelum ini: Sukar menerima perubahan

Sukar menerima perubahan

Satu lagi perangai dan sifat manusia sukar menerima perubahan. mereka sebenarnya terperangkap dalam penjara yang dinamakan kebiasaan. mereka boleh keluar dari penjara tersebut. tapi ada satu dinding halimunan yang menghalang mereka keluar dari pernjara itu. dinding itu adalah mental block.

yang paling ketara yang dapat aku lihat. perubahan Profile Facebook baru-baru ini. ada yang menyukainya. tapi ada yang membencinya. sehingga ada yang ingin menukar kembali kepada profile lama.

anda takut kepada perubahan atau takut kepada benda baru? apa yang perhatikan profile baru. tiada apa yang berubah. cuma interface je yang berbeza. malah aku bangga bila Facebook memperkenalkan profile baru. very cool, man. i tell you. what else?

aku dah ada akaun Facebook sejak 2006. dan aku dah lihat 3 atau 4 kali Facebook tukar layout. hasilnya aku sangat menyukai layout baru. dan layout yang anda ihat hari ini adalah adalah layout baru dari yang lama dulu. Facebook bukan muncul dengan layout yang ada sekarang. Facebook berevolusi menjadi yang lebih baik. orang puteh cakap constantly evolved (betul ke?)

anda pernah tengok profile Facebook yang lama strukturnya macam Friendster?

kembali kepada persoalan kita tadi. kenapa kita sangat sukar untuk menerima perubahan. ini yang aku cuba kaji. adakah hanya kita bangsa melayu. atau semua manusia begitu.

apa pula respond anda jika ada satu perubahan besar dalam hidup anda? boleh sesuaikan diri atau tidak? boleh tangani atau tidak?

Sebelum ini: Cannot Find Printer, Webcam Rosak | Lawak

Cannot Find Printer, Webcam Rosak | Lawak

Amin, seorang eksekutif di sebuah firma perbankkan terkemuka di Malaysia. baru berjinak-jinak nak jadi blogger. jadi beliau telah membeli sebuah laptop Compaq Presario CQ62Z notebook series. ye la senjata utama sebagai seorang blogger. perlu ada laptop selain gadget mudah alih, smart phone seperti BlackBerry.

Sebulan selepas itu, laptopnya diserang virus dahsyat yang menyerang spool printer. beliau kemudiannya menelefon Customer Support untuk laptopnya. maklumlaj masih dalam warranty.

Amin: hello…

HPCS: Selamat pagi. saya Sofea, boleh saya bantu encik?

Amin: Selamat pagi. saya rasa webcam laptop saya dah rosak la cik.

HPCS: kenapa tu encik?

Amin: saya nak print dokumen tapi tak boleh.

APCS: apa error message yang keluar dekat monitor encik?

Amin: "Cannot Find Printer". printernya saya dah angkat letak betul-betul depan laptop. tapi masih jugak error Cannot Find Printer. macam mane tu?

HPCS: ????

* HPCS → HP Customer Support

Sebelum ini: Aku Sakit | Rawatilah Diri Mu Sendiri

Aku Sakit | Rawatilah Diri Mu Sendiri

Hari berganti hati… aku makin sakit.
bertanya khabar iman, masih lagi tidak konsisten.
bertanya khabar hati, 'sakit' jawapnya ringkas.

aku bukan sakit hati. tapi hati aku sakit. anda tahu apa beza sakit hati dengan hati sakit? cara membezakan aku amik satu contoh; aku di aniaya oleh Anonymous. aku mengalami sakit hati. manakala si Anonymous pula hatinya sakit.

Terdapat 7 penyakit hati…

  1. Membanggakan Diri
  2. Terpedaya dengan perasaan sendiri
  3. Sombong atau Bongkak
  4. Suka menunjuk-nunjuk
  5. Buruk sangka
  6. Kikir
  7. Dendam

Apa Ubat Untuk Hati yang sakit?


" There is a polish for everything that takes away rust, and the polish for the heart is the remembrance of ALLAH "

kembali kepada agama, kembali kepada Pencipta kita.

memang benar penyakit hati susah untuk diatasi. walaubagaimanapun setiap penyakit ada penawar dan ubatnya... ubat hati ada 5 perkara:

  1. Solat tahajud
  2. Membaca Al-Quran
  3. Puasa
  4. Berzikir
  5. Bergaul dengan orang-orang alim

Wallahu'alam…

amalkan surah Al-Isra', Ayat 82 dan surah Yunus, Ayat 57…

Sebelum ini: Camne nak ping blog di Gengblogger.com

Camne nak ping blog di Gengblogger.com

Tutorial kali ini adalah untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan Gengblogger mahupun sedang berjinak-jinak dengan dunia blog. salah satu cara bagi blogger baru mencari kenalan ataupun lebih popular disebut mencari trafik bagi mereka yang dah 'otai', adalah dengan ping entri mereka di gengblogger.

kenapa Gengblogger?


persoalan ini telah di jawab oleh pemilik Gengblogger(GB) itu sendiri, kon dalam satu topik di forum Gengblogger.

  1. ahli GB sehingga hari ini berjumlah 11,700 org...99% melayu
  2. semenjak 2minggu lepas..selepas bebas dr malware, traffik GB roughly 5-6k unique visitors/daily..dan lebih kurang 40k pageview/daily
  3. secara purata lebih kurang 1000 blog entri di ping setiap hari.
  4. GB adalah sebuah komuniti yg sihat, byk aktiviti dan gathering yg dianjurkan adalah inisiatif dr user2 GB sendiri.
  5. terdapat lebih kurang 5k topik perbincangan di forum GB
  6. GB adalah tempat yg best ^_^..hehe
Camne nak ping blog di Gengblogger.com

persoalan ini selalu muncul bagi mereka yang masih baru. harap tutorial kali ini dapat membantu anda.

mendaftar di GB amatlah mudah, anda hanya perlu ada akaun Facebook sahaja semudah 1,2, dan 3. yang menjadi masalah adalah untuk ping blog anda. benda baru, memang nampak susah. sama macam anda kecik-kecik dulu, pertama kali naik basikal, baru nak belajar naik basikal. macam mane?

kini sebelah mata pun anda tak pandang kan basikal bila dah besar.

bab daftar senang je. semua orang berjaya daftar jika dah mempunyai akaun Facebook. masalah utama nak ping blog.

Tutorial Ping Blog di Gengblogger


yang bestnya GB ni. kalau anda dah login Facebook automatik anda akan login GB jika anda sudah membuat pendaftaran seperti di atas. bila dah ada akaun GB lihat dibahagian atas sebelah kanan.



tekan 'settings' untuk daftarkan blog anda di GB. kemudian, masukkan url blog anda. ini penting! masukkan url blog anda bukan url entri anda.



tekan 'URL Tambahan'. anda blog menambah URL blog lain sekiranya anda mempunyai lebih dari satu blog.



kini anda boleh mula update blog anda. selepas entri anda dipublish. kembali ke GB.



tekan 'rumah' untuk ping entri baru anda di GB. system di GB akan memeriksa blog anda untuk entri terbaru. jika ada entri baru GB akan memaparkan seperti berikut



pilih kategori yang bersesuai dengan entri anda sebelum anda ping.



akhir sekali tekan 'PING BLOG'. anda sudah pun berjaya ping blog/entri terbaru anda di GB. selamat mencuba!



Sebelum ini: Kemalangan Jalan Raya | Tips untuk anda membuat laporan polis

Kemalangan Jalan Raya | Tips untuk anda membuat laporan polis

Malang tidak berbau, sering saja kita dengar perumpamaan ini hari-hari. kes kemalangan jalanraya kini berlaku hampir setiap minit di Malaysia. bezanya cuma teruk atas tidak sahaja. aku sendiri pernah terlibat dengan kemalangan jalanraya semasa memandu balik ke kampus dahulu selepas hari raya pulang ke kampung.

nasihat aku. jika kemalangan pertama, jangan PANIK. kedua, pun… JANGAN PANIK. dan ketiga bertenang. sungguh aku tidak berpengalaman sewaktu itu untuk menghadapi situasi kemalangan jalanraya.

ini tips untuk anda  supaya anda tahu apa yang perlu dibuat jika anda ingin membuat laporan polis.

Jika kemalangan tanpa melibatkan pihak lain.


  1. Jika kemalangan melibat diri sendiri sahaja, apabila mengaku punca kemalangan adalah daripada diri sendiri, seperti mengantuk, menggunakan telefon dan sebagainya, akan membawa kepada implikasi saman.

  2. Apa pun ia atas budi bicara polis untuk menentukannya.

  3. Maka, buatlah sebaik mungkin, berbudi bahasa, bersopan santun, beperkerti mulia untuk mengambil hati polis.

  4. Sekiranya pegawai yang bertugas menganggap kemalangan tersebut disebabkan kecuaian diri sendiri, saman polis akan dikeluarkan sebanyak RM 300.

  5. Awas, jangan rasuah, mereka anti-rasuah!

Jika kemalangan melibatkan dua atau lebih pihak


  1. Jika dua kenderaan, selalunya pegawai polis akan memutuskan bahawa kenderaan di hadapan sebagai "yang dilanggar" dan kenderaan di belakang sebagai "yang melanggar", kecuali dibuktikan sebaliknya.

  2. Maka, dalam keadaan ini maka kenderaan di belakang akan disaman kerana "bersalah" melanggar kenderaan hadapan.

  3. Selain itu, apabila kemalangan melibatkan kenderaan yang berbeza saiz; contohnya kereta dengan lori, motor dengan kereta, maka yang "bersalah" adalah kenderaan yang lebih besar, kecuali dibuktikan sebaliknya.

  4. Situasi lain; jika ia melibatkan kenderaan dengan pejalan kaki, pemilik kenderaan akan didapati "bersalah", kecuali dibuktikan sebaliknya.

  5. Maka, "pihak yang bersalah" akan dikenakan saman sebanyak RM 300, dan sekiranya gagal, nama anada akan disenaraihitamkan.

  6. Akhir sekali, jangan sekali-kali mengingkari untuk menerima saman polis, kerana ia akan menyebabkan disaman dua kali atas dua kesalahan. Maknanya RM 300 x 2 = RM 600!

kemalangan yang aku alami adalah no.1 di atas dan kena saman RM300 seperti no.2 takde diskaun beb! sebab masa tu OPS SIKAP. tapi sebenarnya memang aku tak bersalah sebab kereta depan brek secara tiba-tiba kerana kereta depan dia membrek secara tiba-tiba. aku je tak sempat brek! mungkin sebab aku tak mengamalkan peraturan 4 saat kot. hahaha...

masa buat report tu buat penat je aku cerita kat polis tu. last-last dia cakap "cerita la macam mane pun aku tetap akan kena saman" adeh! melainkan kalau aku nak lawan boleh bukak kes. tapi biasanya kemalangan yang melibatkan kematian je akan buka kes. sebab hukuman dia berat.

aku redha je RM300 walaupun poket tengah kering masa tu.

yang last tu pernah terjadi kat kawan aku. bila dia nak renew roadtax tak boleh sebab nama dah kena blacklist. bila dicheck ada dua saman tak bayar. satu saman kesalahan yang dia buat sampai kena saman. pastu dia tak ngaku tak nak terima saman tu. kedua saman kerana tidak menerima saman tu. tak pasal-pasal melayang RM600 hahaha...

rujukan: afyan.com

Sebelum ini: Menghukum Lebih daripada memberi Jalan Penyelesaian

Menghukum Lebih daripada memberi Jalan Penyelesaian

Lumrah manusia, suka mengkritik! tapi mereka lupa untuk beri jalan penyelesaian. mana tidaknya, terlalu taksub mencari kesalahan. sehingga lupa memberi jalan penyelesaian. anda perlu ingat sekiranya ingin mengkritik lebih bagus cadangkan penyelesaian atau jalan keluar dari masalah itu.

pantang nampak salah siket mula menghentam, menjatuhkan, mengkondem. lebih teruk menghukum sekeras-kerasnya. apa hak anda untuk menghukum? hanya Allah yang berhak menghukum. itu pun 'mereka' masih lagi tidak takut dengan hukuman Allah. ingat sebelum terlambat! pintu taubat sentiasa terbuka. jangan sampai dah tiba date line baru nak terhegeh-hegeh bertaubat. masa tu yang hanya tinggal penyesalan yang tak sudah-sudah.

pesanan aku hanya satu. tinggalkan jalan penyelesaian jika ingin mengkritik. bukan hanya tahu mengkritik membabi buta. bukan cara kita menjatuhkan orang lain. kalau salah tegur. bukan mengukum. jika semua orang ingin menghukum, siapa anda. sedangkan Allah membuka pintu taubat untuk hambanya yang betul-betul ingin berubah, ingin bertaubat dari kesilapan-kesilapan yang lepas.

inikan kita hamba-NYA yang kerdil jika dibandingkan dengan alam ciptaanNya.

ubah mentaliti kita. ubah cara pemikiran kita. sesungguhnya Allah takkan merubah nasib sesuatu kaum jika mereka sendiri tidak mengubahnya.

anda fikirkan…

Pesanan buat mereka yang asyik mengkritik ini, anda mungkin cukup hebat, sentiasa beribadat tidak kira siang dan malam. Tetapi sentiasa ingatlah, tidak semua orang hebat seperti anda dan tidak semua orang dapat berfikir seperti anda. Maka tidak perlulah kondem sesiapa dan janganlah menafikan hak mereka untuk berterusan mencari-cari hidayah milik Allah

Sebelum ini: Petrol RON 95 naik 5 sen tengah malam ini | apa anda nak buat?

Petrol RON 95 naik 5 sen tengah malam ini | apa anda nak buat?

Minyak, minyak kenapa ko naik lagi oh. engkau tahu tak yang engkau sangat berhantu. bila ko naik semua benda nak naik. aku dah cukup terseksa bila barang naik.

engkau tak kesian ke kat pakcik-pakcik, makcik-makcik yang kat kampung tu. yang aku pasti harga gula mesti naik juga. gula pun subsidi jugak...

pakcik-makcik bersabar ye. inilah dia bentuk penindasan secara halus makcik, pakcik. kalau pakcik perasan. golongan masyarakat kita macam piramid kan?

yang kesiannya golongan pakcik, makcik kat bawah sekali. bila naik sket piramid makin bertambah senang taraf hidup. dan puncak piramid senang-senang je hidup goyang kaki (hasil makan makanan golongan bawah ini)

sabar ye pakcik,makcik Allah suka orang yang bersabar.

Sabar sebahagian daripada keimanan

berbalik kepada persoalan topik kita


apa kita nak buat?

dibawah ini cadangan aku. kalau nak ikut, amik guna pakai. tak nak ikut. beli la minyak yang mahal tu.

pertama naik basikal ke jalan kaki ke plak. kalau jauh naik bas atau LRT je. kalau tak nak jugak kongsi keta je kalau rumah ngan ofis satu jalan.

kedua, pakai keta hybrid. tak pun keta yang guna biodisel ke. ataupun convert keta anda guna NGV.

ketiga ni simple je tapi kalau diamalkan dapat jimat minyak. servis kenderaan anda secara kerap. tuka minyak itam. pastu pastikan angin sentiasa cukup.

last sekali pindah umah sebelah tempat kerja anda =P

kalau nak lagi boleh baca di Menjalani Kehidupan Tanpa Menggunakan Minyak

Sebelum ini: Seperti yang aku harapkan dari Blogger | They Improved!

Seperti yang aku harapkan dari Blogger | They Improved!

Memang aku agak ketinggalan dalam soal ini. tapi tak mengapa. mesti ada ramai lagi yang tak tahu kot! seperti yang aku harapkan dari blogger.com mereka makin maju. ade je benda baru yang graduate dari Draft.

buat pengetahuan semua Stats Gadget telah graduate dari Blogger In Draft pada 29 September yang lalu. dah 2 bulan beb aku tak tahu. hari ini baru aku tahu setelah curious tengok page view counter encik Ben Ashaari.

2 gadget yang aku maksudkan adalah…



dan Coretan Cyber telah pun memakainya pada hari ini.



Cara nak pasangnya?


senang saja tekan Add a Gadget kat Dashbaord » Design » Page Elements.

setelah Blogger memperkenalkan Blogger Stats pada 30 Ogos yang lepas. kini 2 Gadget baru ini hasil daripada Blogger Stats.

dengan adanya perubahan-perubahan yang macam ini. tak mustahil platform blogger akan menjadi pilihan ramai untuk ber blog.

Sebelum ini: Kenapa Kita Lupa? | Slot Akasia Seribu Kali Cinta

Kenapa Kita Lupa? | Slot Akasia Seribu Kali Cinta

Seribu kali Cinta. bagi yang tak pernah tengok, boleh tengok hari ini pada pukul 6.30 ptg di TV3. setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 6.30 sehingga 7.30, di mana cerita ini menggantikan siri Chinta.



aku bukan nak promote cerita ini. tapi aku ingin mengajak anda berfikir. walaupun cerita ini menggunakan konsep filem 50 First Dates (2004) arahan Peter Segel, di mana heroin cerita itu akan lupa segala-gala yang berlaku hari ini keesokkan hari disebabkan kerosakan bahagian otak yang dinamakan temporal lobes. Itu adalah penjelasan doctor dalam filem itu, dalam dunia perubatan aku tak tau betul ke tak aku bukan doctor.

kerosakan otak yang yang berlaku semasa kemalangan itu menyebabkan kegagalan pesakit untuk menukar short term memory kepada long term memori ketika tidur. hasilnya short term memory akan hilang begitu saja.

perumpamaannya adalah seperti anda ingin memindahkan data gambar² dan video dari BlackBerry anda ke laptop anda di sebabkan memory telefon sudah penuh. tetapi sayangnya cabel telefon anda rosak. Mengakibatkan kegagalan untuk transfer data dari memori kad ke hard disk laptop. memory telefon tetap kena delete sebab dah penuh.

haaa… tu dia. panjang berjela dia punya perumpamaan.

berbalik kepada topik kita tadi. kenapa kita lupa? Relevannya dengan cerita Seribu Kali Cinta aku terfikirkan sesuatu. benda ini menjawab kenapa kita lupa. dalam adegan yang aku lihat semalam (1 Disember 2010, Ep.) semasa minum petang. Miasara kecewa bila lihat Nizam berdua-duaan dengan Sofea. kalau aku jadi nizam aku tak perlu risau pun sebab besok pagi sure Miasara lupa. tapi drama, aku tak tahu kenapa Nizam dok risau sangat.

Kenapa kita lupa?


begitu indah ciptaan Yang Maha Pencipta yang menciptakan otak kita sedemikian rupa. lihat saja sistem pengurusan memori dalam otak kita.

short term memory, long term memory. hebat bukan, jika memori tersebut jarang digunakan otak kita akan delete data tu. akibatnya kita lupa. tapi data tersebut tidak terus dipadamkan dari otak kita tapi disimpan pada satu tempat, kalau computer dinamakan 'Recycle Bin' kita boleh 'recall' balik benda yang kita dah lupa. ini telah di buktikan sains 'memori' tersebut boleh diaccess dalam keadaan separa sedar atau dengan kata lain anda di hypnosis.

ini menyebabkan memori otak anda tidak akan pernah penuh.

bila kita mengalami mimpi buruk. atau kita sendiri yang mengalami kejadian buruk. syukur kerana Allah kurniakan kita sifat lupa. jika tidak saat anda membaca entri ini anda masih lagi dalam trauma. dengan sifat lupa ini kita dapat hidup dengan tenang tanpa terigat peristiwa-peritiwa pahit yang tidak mahu kita ingat. ubatnya… adalah masa. masa penawar segala-galanya. sebab itu sebagai umat islam kita dituntut untuk bersabar.

sifat lupa satu anugerah, bukan masalah.

Sebelum ini: BlackBerry Bold 9780 atau BB Torch 9800 dari Celcom

BlackBerry Bold 9780 atau BB Torch 9800 dari Celcom

Hidup sebagai blogger ini menuntut aku untuk mendapatkan capaian internet di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. untuk memenuhi tuntutan tersebut aku perlu sebuah telefon pintar untuk melakukannya bukan Sony Ericsson W705 yang telah dicuri, mahupun Nokia 1200. Tetapi…

BlackBerry® Bold™ 9780 dari Celcom


BB Bold 9780
mampukah aku nak beli HP ini RM 1,888. wow! kalau ada orang sponsor pun best jugak ni. =D

apa yang menarik HP ini?

jika dibandingkan dengan BB Bold 9700 banyak yang telah dipertingkatkan antaranya adalah dari camera 3.15 MegaPixel menjadi 5 MegaPixel. memori telefon meningkat 2 kali ganda dari 256MB ke 512MB. dan juga sistem operasinya telah ditingkatkan dari BlackBerry OS 5 ke BlackBerry OS 6. sistem operasi terbaru BlackBerry.

antara ciri-ciri menarik HP ini adalah:
  • jangka hayat baterinya, 6 jam masa bercakap & 38 jam masa muzik dimainkan.
  • dilengkapi dengan WiFi.
  • macam biasa support 3G network.
  • resolusi skrin yang lebih besar.
  • dan mudah untuk berkongsi media dengan dilengkapi oleh microSD.
untuk maklumat lanjut mengenai HP ini dan plan yang ditawarkan oleh Celcom

BlackBerry® Torch™ 9800 dari Celcom


BB Torch 9800
HP ni lagi canggih dari BB Bold kat atas. dah lagi canggih harganya mesti lagi cangiih jugakkan. tak murah pun hanya RM 2,188 sahaja. yang penting aku tak mampu lagi  untuk memilikinya. sponsor? adakah…

design lagi cantik dari Bold. kalau diberi pilihan aku pilih Torch dari Bold.

bezanya? dibandingkan dengan Bold mesti la dari namanya Torch ala-ala touch. ya, betul… touch screen.

antara ciri menarik:
  • support memori kad sehingga 32GB. besar tu…
  • kamera 5 MegaPixel.
  • integrated social networking seperti twitter, facebook, myspace, flickr dan banyak lagi.
  • dan browser yang menarik dan pantas.
cakap banyak memang tak guna. baik anda sendiri yang melihatnya. untuk maklumat lanjut sila layari laman web Celcom untuk melihat ciri-ciri dan plan yang di tawarkan oleh Celcom

Sebelum ini: 5 Perkara yang anda lakukan selepas makan

5 Perkara yang anda lakukan selepas makan

Setiap kali selepas makan mesti ada saja aktiviti yang anda akan lakukan. lebih mengejutkan aktiviti ini kemudiannya menjadi satu tabiat atau habit bagi anda.

Cungkil Gigi


kalau gigi tak sempurna. gigi berterabur. gigi rongak, pasti perkara ini anda lakukuan sesudah makan. lebih² lagi jika hidangan anda adalah daging. golongan ini mesti ada pencungkil gigi kalau tak tak senang duduk dibuatnya.

Tengok TV


biasanya makan malam. lepas makan masing-masing mesti tersadai depan TV. kalau mat salleh berjemu tepi pantai. tapi, mereka berjemur depan TV tersadai depan TV kekenyangan. ini mesti kes makan banyak ni sampai dah tak leh nak buat aktiviti lain sampai tersadai.

Bersembang


akibat semasa makan lagi sedang membincangkan topik 'hangat' maka sampai dah abes makan pun tak selesai lagi. terbawa-bawa ke selepas makan. tetapi perlu diingat, aktiviti ini hanya boleh dilakukan apabila anda makan beramai-ramai. bila terpaksa makan sorang-sorang jangan gatal nak buat aktivti ini ye.

Kemas/Basuh Pingan


golongan emak-emak, ibu-ibu, mama-mama selalu jadi mangsa aktiviti ini. kalau yang ada anak-anak dara ringan siket beban si emak dan si ibu. tapi nak buat macam mane kan para bapak dan para si ayah sibuk melakukan aktiviti bersadai ataupun aktiviti yang di bawah ini.

Hisap Rokok


dan pemenangnya… aktiviti wajib atau orang kata tak complete makan kalau tak melakukan aktiviti ini. ibaratnya aktiviti ini adalah merupakan dessert selepas makan.

Anda bagaimana, apa yang anda lakukan selepas makan?

Sebelum ini: Disember | Target aku bulan ini

Disember | Target aku bulan ini

Dah 4 bulan aku menulis Coretan Cyber. Sambutan agak menggalakkan. komen-komen dari anda merupakan semangat untuk aku meneruskan perjuangan Coretan Cyber ini.

hari ini 1 Disember 2010, dah masuk bulan baru pun jadi untuk terus ke hadapan aku telah tetapkan matlamat Coretan Cyber pada hari ini.

buat permulaan aku ingin improve pada trafik blog ini. sehingga kini blog ini telahpun menjana sebanyak secara purata 30 UV sehari. jadi, selaku penulis dan CEO blog ini. aku ingin memberi arahan bahawa hunjung bulan ini mesti capai purata 100 UV sehari.


Sebelum ini: Ajarkan aku menulis | Sedangkan aku tidak tahu