Jaga Keselamatan anda di Facebook
Rangkaian sosial yang paling popular pada masa kini, Facebook. kalau tak ada Facebook dia ketinggalan zaman. ada juga yang suka main deactivate akaun Facebook. kalau taknak Facebook jangan Deactivate je. DELETE je terus.tapi kadang-kadang tu aku terfikir jugak. kenapa kita bukak Facebook. bagi aku dulu bila aku bukak Facebook apa yang dibuat adalah baca status-status orang. pastu komen. tengok gambar pastu komen.
tak rasa ke kita buang masa. buang masa dengan perkara yang diciptakan oleh kita sendiri. cuba bayangkan kalau kawan anda tak update status. kawan anda tak upload gambar. takde lagi komen-mengomen.
jadi kembali kepada kenapa anda buat akaun Facebook. ada setengah tu cakap nak contact kawan lama. betul ke? kawan 3,4 ratus. tapi yang asyik dok komen-mengomen adalah kawan yang dok jumpa hari². macam mane tu?
kepada yang tengah gila facebook tu nasihat aku jaga keselamatan diri anda di Facebook jangan jadikan diri anda mangsa kepada orang yang tidak bertanggungjawab.
semakin anda dedahkan diri anda dalam Facebook semakin bahaya anda. mari kita lihat contoh ini.
katakan anda ni (perempuan) memang hot abis. sebab inginkan attention semua gambar dalam album gambar anda gambar seksi mengamcam abis. silapnya anda, gambar anda boleh dilihat oleh semua orang (yelah nak kan attention takkan nak setkan privasi gambar ke 'friend only' kan?).
status Facebook anda adalah diari anda. semua tercatat di profile anda.
semua tercatat di profile Facebook. dimana anda sekolah, bekerja, minat apa. no telefon, alamat semua complete.
sampai la satu masa ini. status anda berbunyi…
bosan, sunyi, takde sape² kat rumah. mak ngan ayah g umrah tinggal aku ngan abang aku je. abang pulak tak habis² lepak rumah member dia. tinggal aku sorang kat umah ni... kesorangan lagi aku malam ini :((
ke esokkkannya Headlines berita
Ibu Bapa Tiada di Rumah, Gadis Sunti dirogol dan dibunuh
jangan buka peluang kepada penjenayah untuk mendekati anda. semuanya kerana Facebook. bagi anda keseronokan berFacebook. tetapi bagi 'mereka'… PELUANG
hari ke hari. malam ke malam. pengemis atau lebih senang disebut peminta sedekah bertambah. miskin sangatkah rakyat Malaysia yang kini sedang megah di mata dunia? adakah kerana mereka bukan miskin sebenarnya. ataupun Malaysia sendiri yang miskin.
Jika ada benda yang percuma, sapa tak nak. mungkin sudah jadi trend ataupun dah jadi tradisi. bila kita sebut je free berduyun² yang datang. tapi yang heranya bila kita menawarkan barang tanpa menyebut free/percuma. bermacam² alasan keluar. tapi bila sebut je percuma. alasan tadinya beribu kini ntah kemana. bukan amik satu je. malah sampai dua, tiga. muka plak tebal lima inci. tapi buat dek je.
Ketahuilah bahawa dunia kita makin parah. makin sakit. ibarat kata orang "tunggu masa je" hari-hari kita dengar kes pembunuhan samada di akhbar mahupun di radio dan televisyen. tak kurang hebatnya juga di jalur lebar. di internet.
Oleh kerana tak tahu nak buat entry post tajuk ape maka jadilah entry yang bertajuk macam ini. jadi, ini soalan aku. tapi macam mana eh nak buat? agak-agak susah ke senang?
Satu demi satu kekejaman berlaku. manusia sudah melampai batas, jangan sampai nanti malapetaka besar yang menimpa sebagai bala. Allah melarang umatnya melampaui batas. jangan sampai Allah menggantikan kita dengan ummat yang lain.
Akhirnya aku berjaya juga menemukan solusi bagi masalah Facebook Share button. like button dan yang sewaktu dengannya bagi yang menggunakan domain percuma CO.CC. bermasalah beb.
Mungkin ada yang sedar atau tidak sedar mengenai fenomena kes pembungan bayi yang menjadi isu baru-baru ini. sekarang kes tersebut telah reda atau menjadi kes terpencil iaitu sangat jarang dan tidak dilaporkan di TV.
Orang kata jangan amik gambar duet. nanti duit hilang. aku tak pernah dengar kata-kata ini sehingga lah pada petang semalam baru aku terdengar kata-kata ini. kejadian ini berlaku pada petang semalam.
Abes je satu syawal. mula la start kenduri. masjid tunang. rumah terbuka. tak kurang juga yang dah start keja. tapi persoalan hari ini. kenapa ek bulan syawal ni ramai orang kawin, ramai orang bertunang?
Hari raya keempat, ziarah kubur dengan kenduri. walaupun kita bergembira di hari mmulia hari raya. jangan dilupa kepada yang telah tiada. pagi tadi ziarah dua pusara datuk belah mak dengan pusara nenek belah mak.
Akhirnya pada hari ini misteri kehilangan pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages terungkai berikutan penemuan 4 mayat rentung dipercayai dibunuh sebelum dibakar ditemui di sebuah ladang ternakan di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Morib malam tadi.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Selepas sahaja 15 hari kita berpuasa. radio-radio akan mula menyiarkan lagu-lagu raya untuk tatapan anda. antara lagu-lagu hari raya yang disiarkan. terdapat lagu-lagu apabila kita mendengarnya kita akan mengimbau kenangan lama. kadang-kadang tanpa lagu ini orang kata mood raya tu tak ada. mari kita lihat 10 lagu yang menjadi nostalgia raya.
Dah lama khabar angin ini tersebaran di muka bumi Malaysia. ramai yang mempercayainya. ada juga yang mengambil langkah precaution kot-kot raya jatuh pada hari Khamis. Keputusan samada raya Khamis atau Jumaat akan di ketahui pada malam ini. Selepas pengumuman di buat. bagi yang tak sabar jom kita tanya Fortune Teller si Semut Putih.
Menjelang je raya. mesti akan kedengaran suara-suara mengeluh. takde duit, tak cukup duit. raya tahun ini duit habis. semuanya pasal duit. walaupun tahun ini kerajaan memberi bonus RM500 dalam bentuk duit kepada kakitangan dan persara kerajaan. ternyata wang tersebut tidak mencukupi.
Ni aku nak tanya pembaca sekalian. pengurangan makmum solat teraweh adakah perkara biasa atau perkara luar biasa? biasa la kan kalau hari pertama puasa. ramai yang ke masjid, ke surau, ke madrasah. pendek kata memang penuh la kan.
Sekadar perkongsian mengenai kata-kata Iman Al-Ghazali. kita kaji, kita
Dulu kecoh ramai blogger buat entri buat blog boleh dapat duit. maka, secara automatiknya ramai orang meceburkan diri dalam arena menulis blog.
Akhirnya aku dah mendapat bukti yang mengaitkan
Ramai yang salah anggap dengan menyatakan