Mencari keburukan orang lain

Seringkali kita mendengar ada pihak yang beralasan berkata "Saya tidak mengumpat atau memfitnahnya, saya berkata yang benar! Saya ada bukti itu dan ini… ". pernyataan seolah-olah ingin menghalalkan perbuatan mereka.

Almarhum Sa'id Hawa menyebutkan bahawa Al-Hassan berkata yang bermaksud.

Mengatakan tentang hal orang lain itu terbahagi kepada tiga.

1. Ghibah: iaitu kamu mnyatakan apa yang ada pada dirinya.

2. Buhtan: iaitu kamu menyatakan apa yang tiada pada dirinya.

3. Ifkun: iaitu kamu menyatakan apa yang kamu dengar tentang dirinya.

biar dalam situasi apapun, menyembunyikan kelemahan dan keaiban seseorang adalah lebih utama dari menzahirkannya. kita pun tidak menyukai jika ada orang cuba memburuk-burukkan kita dan membuka keaiban kita. kan?

Iman Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

" Dan sesiapa yang menutup keaiban seseorang muslim maka Allah S.W.T akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah S.W.T sentiasa menolong seorang hamba, selama dia menolong hambanya. "

boleh menyatakan keburukan orang lain dengan syarat


Walau bagaimanapun, Iman Al-Ghazali menyebut bahawa menyatakan keburukan seseorang dibenarkan di dalam beberapa keadaan yang diperlukan sahaja dengan syarat tertentu. Antaranya seperti aduan seseorang yang dizalimi oleh seseorang yang lain kepada seorang hakim, meminta suatu hukum dalam satu perbuatan atau perkara, berniat untuk memberi peringatan kepada masyarakat atas seseorang yang terang-terangan dan bermegah-megah dengan melakukan maksiat dan beberapa perkara lain.

Pesanan kepada pemandu yang sedang memandu

Pertama bila memandu jangan baca blog ini, bahaya! kedua tumpukan perhatian. ketiga ikut peraturan-peraturan di jalan raya. bukan sebab takut kena saman tapi untuk keselamatan orang lain dan juga paling penting keselamatan diri sendiri. ingatlah orang yang tersayang! dan… yang terakhir. benda paling penting SABAR!

ala yang ni kita dah selalu sengar. ini pesanan sebenarnya dari aku.

Bila Berhenti Jangan Lupa Tutup Lampu

al-maklum la sekarang musim tengkujuh tak abes lagi. di kala hujan ini. sudah jadi kebiasaan tangan untuk bukak lampu. tetapi tangan lupa untuk tutup bila matikan enjin kereta. lebih-lebih lagi memandu waktu siang. percentage nak lupa tutup tinggi bila memandu waktu hujan pada siang hari.

bila memandu waktu hujan ni banyak cabarannya. nak-nak kalau kereta takde aircond atau rosak. cabaran beb. abes berkabus cermin.

pastikan speed kenderaan anda bukan speed yang biasa anda bawah. seeloknya kurangkan sehingga 70% dari kelajuan biasa anda. hehehe. lagi slow lagi bagus. ye mungkin anda pemandu yang cekap. tapi orang lain tak berapa cekap.

dan… waktu-waktu hujan begini pastinya keadaan jalan akan menjadi worse ever. bak kata pepatah baru. jalan berair jangan disangka tak ada lubang.

ini yang perlu anda risaukan walau secekap mana anda memandu. mungkin ada pemandu yang mengelak lubang mendadak sehingga tidak nampak akan anda. atau mungkin akibat langgar lubang, anda hilang kawalan kenderaan anda? Awas! Lubang…

ceritanya hari ini aku dapat petunjuk. petunjuk yang datang tanpa kita sedar tapi kita tahu ia dari Allah.

ceritanya siang tadi aku memandu dalam hujan. akibat dari jarak penglihatan yang sangat terbatas. maka lampu pun dibuka. nak dijadikan cerita bila turun lupa nak tutup lampu. sehingga la kalau tak silap dalam sejam lebih terdengar sayup kedengaran annoucement.

telinga ku pantas menangkap… no pendaftaran kenderaan upanya. yang pasti, bukan keta aku! mesti keta ni block keta orang.

Ya Allah! lampu keta, maka bergegas la berlari-lari anak dalam hujan yang agak lebat berbekalkan sebuah payung biru. bukan payung emas

inilah salah satu petunjuk yang diberikan oleh Allah. walaupun hanya sekadar lintasan fikiran tapi itu sejenis petunjuk. tak semestinya petunjuk datang melalui mimpi. kadang-kadang terdengar perbualan orang pun adalah pertunjuk. takkan kita boleh senang-senang je terdengar. ye tak? mesti ada satu kuasa yang lebih hebat yang mengaturkannya.

Suratan Atau Kebetulan

hanya kerana announcement yang bukan menyebut keretaku. tapi akhirnya menyebut " lampu kereta anda tidak ditutup " ku fikirkan kereta itu menghalang laluan kereta lain atau menghalang kereta tak boleh keluar parking.

yang selamatnya beteri keta aku. nasib baik tak kong lagi. kalau tak menolak la keta nak balik.

sekian,

tiada satu pun kebetulan dalan dunia ini. tapi ada sebab dan akibat. takkan kewujudan bumi ini datu kebetulan. terhasil dari gabungan debu-debu halus bercamtum. akhirnya wujudnya bumi. anda fikirkan…

Apa pentingnya hubungan silaturrahim?

Perkataan shillah dari segi bahasa bererti gabung atau kumpul dan makna rahmi pula ialah kaum kerabat yang dekat. Dari segi istilah pula silaturrahim ialah berlaku ihsan kepada kaum
kerabat sama ada daripada pihak si penghubung dan yang dihubungkan.

macam jawap kertas 2 SPM pendidikan Islam la pulak. topik kali ini simple. berkaitan silaturrahim. ramai yang lupa. mari kita sama-sama ingat kembali. meri kita sama-sama mengetahui apa pentingnya menjaga hubungan silaturrahim.

untuk malam ini. mari kita mengambil satu dari Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi.

" Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim "
(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

jadi tidak hairanlah jika jidup kita kurang dengan nikmati. merasa sempit bila nikmat lapang ditarik oleh Allah. hidup penuh dengan hutang. jika anda merasa hidup anda begitu. cuba periksa adakah anda telah memutuskan hubungan silaturrahim?

biasanya kita akan melakukan perkara tersebut puncanya adalah perselisihan faham. bila dah berselisih mula bermasam-muka. selepas bermasan muka, mula tidak bertegur sapa. bukankah lebih baik jika kita memaafkan. tak rugi.

jadi lah pemaaf, bukan pedendam. tiada guna berdendam jika itu hanya mengundang kemurkaan Allah. bila jadi pemaaf, kita tak rugi.

Sabda Rasulullah s.a.w

" Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tiga hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu "
(Riwayat Abu Daud)

walaupun riwayat dari Abu Daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari Al-Bukhari

riwayat al-Bukhari : " tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari… yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam "

Owh.. dah tahun baru ke?

1 Januari 2011. bila masuk tahun tahun baru je mesti teringat masa sekolah dulu-dulu. sudah jadi kebiasaan otak kita kepada benda yang sama. agak-agak apa yang aku ingatkan tu ye?

yes! tepat sekali, mesti salah tulis tahun kat buku. yela sejak dari kecik kita dia ajar menulis tarikh tujuannya senang untuk keep track aktiviti kita. tahu kita buat ini hari apa, berapa hari bulan.

jadi bila masuk tahun aru je mesti pening. sebab kebiasaan maka tulis tarikh pun salah tahun. nak biasakan tahun baru ini amik masa la jugak. paling lama boleh sampai sebulan.

Owh lupa. di kesempatan ini aku ucapkan selamat tahun baru kepada pembaca Coretan Cyber. semoga tahun baru ini membawa erti yang besar kepada anda in term of perubahan. perubahan dalam menjadi seorang insan yang lebih baik yang dapat menunaikan semua tanggungjawabnya kepada Allah, ibu, bapa, anak-anak, rakan-rakan, masyarakat dan juga negara.

tapi semlam aku terfikir sejenak. kalau countdown sambut merdeka selepas tamat merdeka mereka melaungkan "MERDEKA!!!". tapi semalam dengan perasaan corious ingin tahu apa yang akan mereka pekikkan sejurus tamat count down.

adakah "Selamat Tahun Baru" bunyi macam pelik je. "Happy New Year" lagi pelik sebab kita kat Malaysia. bukan kat New York ke ataupun England.

last-last anda tahu apa mereka pekikkan?

haaaa... mesti anda juga tak tahu kan. sia-sia je sambut new year setiap tahun tapi tak tahu nak pekik apa lepas habis countdown pukul 12 tengah malam dan dah masuk tahun baru.

meh sini aku bagi tahu rahsia yang paling besar orang tak tahun.

bila habes saja countdown detik 12 tengah malam. mereka tak berkata apa-apa pun. tak pekik apa-apa pun. countdown je lebih, dah habis kira sampai satu, pastu senyap. bagi nak cover senyap tu maka berdentam-dentum la bunyi bunga api atau fireworks memecah keheningan tengah malam itu.

maka, lagu jalur gemilang pun keudara. persoalannya, sanggupkah anda keluar tengah-tengah malam sambut detik 12 malam? anda dapat apa yang aku nak sampaikan?

cuba fikir satu je. zaman kesultanan melayu dulu ada ke sambutan semacam itu? ada fireworks? lihat sejauh mana kita telah dijajah pemikiran kita. tapi aku tak pernah sempat pun hidup zaman kesultanan melayu tanah melayu dulu =P.