Mana musuh, mana kawan?

Dulu… mak selalu pesan hati-hati pilih kawan. kalau kita berkawan dengan orang baik, jadi baik lah kita. sama juga kalau kita berkawan dengan orang yang kurang baik, maka jadi kurang baik la kita. bila dah dewasa, aku setuju! memang betul. walau sejauh manapun kita ingin berubah, persekitaran memainkan peranan penting. terutamanya kawan.

makin kita dewasa makin kena kenal siapa kawan siapa lawan. bak kata Spring dalam lagu sejujur mana kata-kata. "pengalaman telah mendewasakan mematangkan fikiran"

orang tua-tua banyak berpesan kepada cucu-cucunya. macam-macam yang pernah kita dengar. tapi biasanya pasti akan masuk teliga kanan, keluar telinga kiri.

mana musuh mana kawan?


sebenarnya, dua-dua sama. musuh boleh jadi kawan, kawan boleh jadi musuh. kawan dan musuh didefinisikan sebagai perbezaan atau persamaan pendapat / idealogi / kepentingan / dan macam-macam lagi aspek yang menimbulkan perbezaan atau persamaan.

jika anda tidak bersetuju dengan pernyataan ini, maka anda adalah musuh ku.

jadi kalau ditanya aku siapa musuh, siapa kawan? maka,

siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya

inilah ayat yang pernah aku baca perwatakan manusia yang lahir pada bulan jun melalui kaedah metafizik.

dan aku setuju!

Terlalu Banyak

Terlalu banyak untuk ku coretkan disini. terlalu banyak benda yang ingin diluahkan. terlalu banyak perkara yang perlu disampaikan. terlalu banyak cerita yang hendak dikongsi. terlalu banyak...

namun yang pasti walau banyak manapun jika di ceritakan sedikit demi sedikit. puncak Everest yang menjadi kebanggaan di banjaran Himalaya boleh jadi rata.

tapi Coretan Cyber sunyi menyepi tanpa sebarang perkhabaran. di mana penulis nya? sibuk sangatkah dengan hidup. celarukah fikirannya. atau penulisnya sudah hilang minatnya terhadap Coretan Cyber. walauapapun alasannya. hari ini Coretan Cyber kembali.

kembali dengan segala macam persoalan yang perlu dirungkai dengan teliti. terima kasih yang tak terhingga kepada para penyokong Coretan Cyber. tanpa anda yang membacanya. Coretan Cyber tidak akan bertapak dalam dunia maya ini.

namun…

terlalu BANYAK untuk di coretkan.