Mahasiswi sanggup lakukan apa sahaja untuk Gred A

Hanya kerana ingin mendapatkan gred yang diinginkan, mahasiswa kini sanggup melakukan apa sahaja. sapa yang nak mendapat gred F dan terpaksa amik ujian sekali lagi kan? kisah benar ini berlaku di salah sebuah universiti yang terkenal di Malaysia (namanya terpaksa dirahsiakan demi menjaga nama baik).

seorang mahasiswi berpotongan badan yang seksi hadir ke bilik pensyarah kerana telah gagal dalam ujiannya. setelah memastikan tiada insan yang sedar akan kehadirannya ke bilik tersebut dia melirik kesekeliling sebentar, seterusnya menutup pintu dangan rapat dan langsung berlutut di hadapan pensyarahnya sambil memohon.

"Tuan, saya bersedia melakukan apapun agar lulus ujian...", ujarnya sambil melirik manja.

maklumlah pensyarahnya baru menduda, masih muda malah kacak pulak tu. berkerut muka pensyarah tersebut. samada tak faham, atau terkedu dangan ucapan tersebut.

lalu mahasiswi tadi mendekati pensyarahnya, menyusap rambutnya, menatap matanya dengan penuh erti. "Kalau tuan masih belum menyerti maksud saya..." bisiknya lembut, "Saya bersedia melakukan apapun, apa saja yang tuan mahu..." mahasiswi semakin berani.

pensyarah kacak itu membalas tatapan, "Apapun?"

"Apapun!!" sambung sang mahasiswi sepantas kilat.

suara pensyarah itu melembut, "Apapun??"

"Apa-apa pun..."

setelah pensyarah itu faham dengan situasi yang dimaksudkan oleh mahasiswi tersebut. akhirnya pensyarah itu berbisik dengan lembut, "Mahukah kamu........."

keadaan bertambah hangat dengan degupan jantung mereka, akhirnya pensyarah menghabiskan baris kata yang tergantung tadi.

"Mahukah kamu........................ BELAJAR?"

Korban Kemajuan Teknologi

Makin maju teknologi makin terdedah kita kepada bahaya yang tak pernah kita sangka. kemajuan demi kemajuan yang dicapai sebenarnya ada harga yang perlu dibayar. samada anda sedar atau tidak, ianya tetap perlu dibayar.

internet contohnya, ada kebaikan ada jugak keburukkan dia. kalau digunakan kearah kebaikan, insyaAllah terlalu banyak kebaikan yang kita dapat. tapi kalau sebaliknya, bala yang akan kita terima.

Facebook! alat yang tidak semua orang ada. dulu aku ade menyuruh untuk jaga keselamatan diri anda di Facebook. hati-hati zaman sekarang ni macam-macam jenis manusia yang ada. kadang-kadang tu ade juga spesis manusia yang tak pernah-pernah kita jangka.

sekarang facebook dah ade timeline. kalau anda perasan Facebook ni dah banyak kali tukar privacy policy. jadi aku nak mengajak anda semua berfikir beramai-ramai. kenapa privacy policy bertukar?

katakanlah aku ini seorang saintis. aku telah berjaya mencipta sebuah alat yang sangat canggih yang mana ciptaan aku ni tidak dapat ditandingi oleh orang lain. tapi lama kelamaan aku sedar bahawa ciptaan aku ni ada masalah, ada kekurangan. jadi beberapa modifikasi perlu aku lakukan terhadap ciptaan teragung aku ini kan? begitu juga kisahnya dengan privacy policy tersebut. jangan ingat semua ciptaan manusia itu perfect dan sempurna.

semua orang pasti tidak suka privacy nya di ceroboh bukan. tapi yang jadi masalahnya anda sendiri yang membuka jalan kepada penceroboh-penceroboh privacy ini. kes terbaru yang hangat diperkatakan di twitter & facebook sekarang adalah kes Nur Amalina Che Bakri (17A1 SPM 2004). ibunya mendakwa bahawa wujud 2 akaun Facebook palsu dan fitnah tentang anaknya.

tapi bila aku fikir-fikir balik. manakah silapnya? kenapa akaun asal milik Amalina di tutup. kenapa pula wujud akaun palsu yang mengaibkannya.

sekali lagi aku ingatkan supaya berhati-hati. macam pisau. pisau jika digunakan untuk kebaikan pasti akan memudahkan kerja manusia. tapi jika salah digunakan. pasti akan melayang nyawa manusia.

sejauh mana kebenaran fitnah tersebut kita pun tidak tahu. cuma pastikan ANDA bukan mangsa yang seterusnya. mangsa atas kesilapan anda sendiri. ketika itu penyesalan sudah tiada guna walaupun anda telah delete akaun facebook anda.

Tuntutlah Ilmu walau sampai ke Negeri China

Masuk je awal tahun semua sibuk. actually bukan semua. yang sibuk budak² sekolah yang nak masuk sekolah balik. termasuk yang baru nak daftar sekolah. bagi yang tinggal di asrama sibuk untuk mendaftar masuk kembali ke asrama.

zaman aku dah berakhir. sekarang aku bagi kat budak² junior pulak untuk belajar erti kehidupan sebagai seorang pelajar. ramai yang pasti bersetuju dengan aku bila aku cakap masa zaman belajar adalah detik atau waktu yang paling indah.

sebabnya terlalu banyak memori untuk dikenang semasa kita berada pada zaman tersebut, tak kira walau kita belajar hanya setakat darjah 6 ke UPSR ke, PMR ke, SPM pasti ada memori untuk dikenang. dan juga pasti ada kisah untuk diceritakan kepada anak-anak atau cucu-cucu anda nanti. tapi bagi aku zaman tersebutlah zaman paling banyak aku belajar, zaman tersebutlah yang membentuk diriku menjadikan apa yang ada pada aku sekarang.

kalau nak di ceritakan memori mungkin akan pecah keyboard ni. jadi, aku tak nak cerita pasal  memori. biar aku cerita kat anak-anak dan cucu-cucu aku nanti. kalau nak tahu jugak boleh isi borang, apply jadi anak aku.

pepatah melayu berkata;

Tuntutlah Ilmu Hingga ke Negeri China

tapi aku ada perasan jugak. budak² yang belajar kat oversea dorang tak pergi pun belajar kat China. dorang suka US, Jepun, Australia, Canada, Mesir dan etc. aku rasa orang yang cipta pepatah ni kena revised balik ni.

tak pun teori aku, mungkin sebab dorang dah tahu takde orang nak g belajar kat China sebab tu la dia promote China buat pepatah. mungkin jugak kan?

Tuntutlah Ilmu walau sampai ke Negeri China. sedap kan sket bunyi dia. kalau macam ni baru aku faham sket maksud dia. carilah ilmu tu walau terpaksa merantau jauh (orang dulu-dulu rasa China tu dah sangat jauh, sebab dulu pedagang dari China je datang berdagang, lagipun dorang xde GPS, tak tahu China kat mane).

walaupun aku dah lama meninggalkan zaman sekolah, zaman sebagai pelajar, dan juga zaman sebagai student. sampai sekarang pun aku masih belajar lagi. terasa kecilnya diri ini apabila makin belajar makin banyak yang aku tak tahu. ustaz aku dulu cakap kalau nak dibandingkan ilmu manusia dangan ilmu Allah s.w.t ibarat lautan yang terbentang luas, setitik air itu adalah ilmu manusia. itu pun ilmu Qalam yang dipinjamkan Allah kepada manusia. tercengang aku!

adapun ilmu Allah itu terbahagi kepada 3 sukatan iaitu; Ilmu Qalam, Ilmu Ghaib dan Ilmu Syahadah.

sesungguhnya belajar itu menyeronokkan (walaupun masa belajar dulu selalu merungut bila belajar). adalah satu kepuasan jika kita menguasai sesuatu ilmu itu, dan jangan loket pulak untuk mengajarkan kepada orang lain. bila tak loket makin banyak ilmu yang kita dapat. yang terakhir, jangan lupa amalkan takde guna kalau belajar sampai ke Mesir China tapi tak amalkan.

akhir sekali selamat memulakan persekolahan bagi budak-budak yang nak baru nak belajar erti kehidupan sebagai seorang murid/pelajar. dan selamat belajar juga kepada ibu-ibu dan bapa-bapa yang masuk sekali belajar bersama-sama anak dalam kelas. ibubapa pun perlu belajar untuk percayakan cikgu-cikgu yang bakal mengajar anak anda, belajar untuk mengajar anak berdikari. sekian

Cinta yang Hakiki | Cinta Illahi

Cinta… ramai yang menderita kerananya. ramai yang menangis kerana cinta. ramai yang kecewa kerana cinta. cinta ditolak, terasa kehilangan, rasa kesunyian, dan cemburu melihat orang lain bahagia. semuanya perasaan yang menyakitkan kerana cinta.

tapi, bukan cinta itu menyakitkan. cinta itu indah. cinta itu satu anugerah yang paling indah dikurniakan kepada setiap hamba-Nya. perasaan sakit (negatif) bukan kerana cinta. jarang aku lihat di Facebook atau di Twitter orang bercinta post sesuatu yang menyakitkan bila dilamun cinta. tapi apabila something was not right. that type of post will go crazy...

lazimnya, bila dilamun cinta kita akan terasa di awangan. semuanya indah. sampai penilaian kita terhadap sesuatu semuanya okay. semuanya baik. hingga kentut pun bau wangi.

tapi perasaan tak selalunya panas sepanjang hari, akan ada hari mendung, akan ada hari hujan. hari-hari indah bertukar menjadi suram. makin lama makin mendung, makin dibiarkan makin gelap, akhirnya badai melanda.

kerana cinta kah itu?

apa salah nya? siapa yang bersalah? maka carilah cinta yang hakiki. cinta yang paling agung yang tiada tolok bandingannya.

cinta kepada Allah perlu dicari. ianya tidak seperti cinta kepada manusia. dalam masa satu saat kita boleh jatuh cinta. tetapi cinta kepada Allah. jika kita tidak mencarinya. kita takkan bertemu dengannya. mencintai Allah, perasaan sakit kerana cinta manusia yang bersifat fana tidak akan pernah wujud. kita tidak akan pernah kecewa dengan Nya.

tapi jangan lah cinta kepada manusia melebihi cinta kepada Allah s.w.t.