Footer

Korban Kemajuan Teknologi

Makin maju teknologi makin terdedah kita kepada bahaya yang tak pernah kita sangka. kemajuan demi kemajuan yang dicapai sebenarnya ada harga yang perlu dibayar. samada anda sedar atau tidak, ianya tetap perlu dibayar.

internet contohnya, ada kebaikan ada jugak keburukkan dia. kalau digunakan kearah kebaikan, insyaAllah terlalu banyak kebaikan yang kita dapat. tapi kalau sebaliknya, bala yang akan kita terima.

Facebook! alat yang tidak semua orang ada. dulu aku ade menyuruh untuk jaga keselamatan diri anda di Facebook. hati-hati zaman sekarang ni macam-macam jenis manusia yang ada. kadang-kadang tu ade juga spesis manusia yang tak pernah-pernah kita jangka.

sekarang facebook dah ade timeline. kalau anda perasan Facebook ni dah banyak kali tukar privacy policy. jadi aku nak mengajak anda semua berfikir beramai-ramai. kenapa privacy policy bertukar?

katakanlah aku ini seorang saintis. aku telah berjaya mencipta sebuah alat yang sangat canggih yang mana ciptaan aku ni tidak dapat ditandingi oleh orang lain. tapi lama kelamaan aku sedar bahawa ciptaan aku ni ada masalah, ada kekurangan. jadi beberapa modifikasi perlu aku lakukan terhadap ciptaan teragung aku ini kan? begitu juga kisahnya dengan privacy policy tersebut. jangan ingat semua ciptaan manusia itu perfect dan sempurna.

semua orang pasti tidak suka privacy nya di ceroboh bukan. tapi yang jadi masalahnya anda sendiri yang membuka jalan kepada penceroboh-penceroboh privacy ini. kes terbaru yang hangat diperkatakan di twitter & facebook sekarang adalah kes Nur Amalina Che Bakri (17A1 SPM 2004). ibunya mendakwa bahawa wujud 2 akaun Facebook palsu dan fitnah tentang anaknya.

tapi bila aku fikir-fikir balik. manakah silapnya? kenapa akaun asal milik Amalina di tutup. kenapa pula wujud akaun palsu yang mengaibkannya.

sekali lagi aku ingatkan supaya berhati-hati. macam pisau. pisau jika digunakan untuk kebaikan pasti akan memudahkan kerja manusia. tapi jika salah digunakan. pasti akan melayang nyawa manusia.

sejauh mana kebenaran fitnah tersebut kita pun tidak tahu. cuma pastikan ANDA bukan mangsa yang seterusnya. mangsa atas kesilapan anda sendiri. ketika itu penyesalan sudah tiada guna walaupun anda telah delete akaun facebook anda.

1 comments

  1. Assalammualaikum.

    Teknologi itu cuma satu medium atau alat. Yang menjadikan ianya baik atau buruk tetap bergantung kepada pengguna. Dikemudikan ke arah yang baik, baiklah ia menjadi, seperti juga pemandu kereta.

    FB itu sekadar jadi mainan sampingan. Letih sebab banyak sangat melihat benda yang tak sepatutnya ada di situ. Hehee

    ReplyDelete

My Instagram