Footer

Facebook, just a things for women

Setuju atau tidak...? malas aku nak hurai panjang-panjang. yang aku nak, cuba luaskan pandangan, tengok lihat dengan pandangan 'big picture' bukan dengan pandangan dari katak dibawah tempurung. aku tak tahu kenapa tapi betul, ade kebenarannya.

mari kita lihat hujah-hujahnya. pertama, sekarang cuba check feed kat home Facebook masing-masing. siapa yang baru sahaja update status facebook mereka? jangan kata anda pulak yang baru je hapdate status. jadi, majoriti yang baru saja update status mereka adalah kaum wanita. jadi... apa konklusi anda?

sebenarnya bukan salah mereka. tapi itu adalah fitrah mereka sebagai seorang wanita untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. sekarang kan zaman maju berteknologi tinggi. kalau dulu bila perempuan ada masalah mereka akan cerita kat sahabat baik mereka. sebenarnya bukan masalah je. semua benda mesti diceritakan. tapi bila zaman dah maju dan moden. facebook jadi pengganti. terima kasih facebook kerana memudahkan perhubungan.

kedua, ada juga yang kata "aku punya feed laki je yang update status". jangan risau kerana anda tergolong dalam kategori manusia yang anti-perempuan. kekeke. possibly ghey... mungkin. tapi agak mustahil. kebarangkalian untuk mendapat jawapan lelaki adalah 5%. jadi 95% adalah perempuan.

sebenarnya bukan salah lelaki jugak. mari kita lihat perbezaan lelaki dan wanita update status. seorang perempuan yang tepek gambar profile yang cun abes kat fb, tulis status. "sakit perut yang amat sangat". agak-agak berapa likes dan berapa komen jika nak dibandingkan dengan seorang lelaki yang menulis status yang sama?

mestilah si perempuan ini akan mendapat  200+ likes, 200+ komen berbanding lelaki tadi aku 2 orang je likes, 2 orang je komen. tu pun komen yang berbunyi macam ini, "tulah asyik makan duit haram je.." satu lagi "g berak la woiii". bertuah si perempuan bila tulis kat facebook macam tu ramai yang komen tanya kenapa, ada yang suruh makan ubat, bagi kata-kata semangat la, macam-macam. padahal sakit perut memulas je pun nak berak. kekeke.

hentikanlah diskriminasi gender di facebook! don't just a people by his/her facebook. jadi macam mana lelaki nak update status kalau ada diskriminasi gender? kan.

beberapa kajian aku mengenai facebook... memang jelas peratusan pengguna wanita lebih tinggi dari pengguna lelaki. mungkin disebabkan oleh dunia akhir zaman. bilangan wanita melebihi bilangan lelaki. tapi cuba kita lihat graf ini.



ini merupakan Insight page facebook yang aku handle. malas aku nak cakap dah. gunakan kelebihan akal masing-masing untuk berfikir...

memang Facebook dan wanita tak dapat dipisahkan. tapi kenapa ye?

2 comments

  1. lelaki pun sama je

    ReplyDelete
  2. tengok jenis perempuan juga
    kalau yg muka ala2 artis tu memang lah ramai Likes n comments..
    tapi kalau tak..faham2 jer lah...

    ReplyDelete

My Instagram