Footer

Kisah Mesin ATM vs CDM

Petang tadi masa balik keja singgah bank kejap nak bank-in duet. silap aku masa tu aku tak fikir time tu ramai orang yang macam aku jugak. time balik keja baru ada masa nak g bank. maka, PADAN MUKA aku... ramai orang kat bank tu.

walaupun nak bank-in duet pakai mesin je. sepatutnya kehadiran aku kat bank itu mesti la kejap je kan. setinggi mana teknologi, secanggih mana pun ciptaan manusia. aku tetap stuck dalam kesesasakan orang yang beratur untuk menggunakan cash deposite machine. itu tak cite lagi pasal dok tunggu duet tak masuk-masuk dalam CDM, asyik reject je. walhal, kadang-kadang tu baru je withdraw dari mesin sebelah nak masukkan balik dalam mesin CDM tak mau terima. demand betul!

tetapi melalui pemerhatian aku. kebanyakkan mesin yang suka rejek duet ni mesin model lama je. sebab ada sekali tu aku nak bank-in duet. tinggal sekeping je lagi dia tak mau terima. tu pun dah banyak kali try. dari kali pertama reject berpuluh-puluh keping akhirnya mesin tu makan siket-siket, last-last tinggal sekeping je. nasib baik aku menggunakan kepintaran aku ni kat tempat yang betul. maka dengan tak semena aku pun cancel. tuka mesin lain yang kebetulan kosong pada masa tu. dan keputusannya sungguh mengejutkan seluruh penduduk dunia, sekali harung je suma dia telan.

aku pun mula tertanya-tanya. apa beza 2 mesin tu. satu high taste, satu lagi pelahap, semua dia telan. padahal mesin tu ada label nama bank yang sama je. lama aku dok tenung mesin-mesin tu akhirnya aku perasan walaupun sama tapi tak serupa. mungkin adik beradik sebapa lain mak kot. yang pelahap tu nampak high tech sket. so aku buat konklusi, mesin baru ni lebih baik dari mesin model lama.

so, pengurus bank. sila take note. buang je mesin lama. ganti yang baru. tension aku nak menunggu.

jadi, di saat aku menunggu untuk entah bila sampai giliran aku ni untuk guna mesin tu mula lah aku melihat sekeliling, melihat telatah manusia di kala boring beratur menunggu turn. geli hati aku, tak perlu aku cite kat sini. sesiapa yang pernah berada dalam situasi aku tadi mesti sependapat dengan aku.

yang jadi persoalan aku tadi. kenapa hanya mesin CDM je orang beratur panjang? kenapa kat mesin ATM takde orang? kenapa bilangan mesin ATM lagi banyak dari CDM? dan kenapa mesin CDM jadi mesin minoriti? kenapa? kenapaaaaa?

kadang tu aku bayangkan mesin ATM boleh nak deposit duet. so, kira mesin ni lagi high-tech la. boleh deposit ngan withdraw. baru lah awesome! tak perlu lah aku beratur panjang sampai macam ini.

jadi untuk menjawab soalan-soalan aku sendiri tadi aku biarkan kotak-kotak fikiran aku menjalankan tugas-tugas mereka dengan soalan-soalan yang aku ajukan tadi.

konklusi para juri


pertama, rakyat Malaysia kini semuanya berhutang. takde sorang pun yang tak berhutang. cuma membezakannya. siket dengan banyak je. bukti jelas depan mata. semua orang berpusu-pusu beratur kat CDM. kat ATM takde orang. padahal ATM bagi duet (tapi rami yang tak nak sebab tak beratur kat situ) tapi CDM amik duet (ramai suka beratur kat situ).

kedua, kalau diteruskan begini. pendek kata ekonomi negara kita takkan menjadi lebih baik. kadar inflasi akan meningkat. nilai wang akan menyusut. akhir sekali inquiry balance dalam ATM hanya sekadar nombor. tak membawa maksud apa-apa pun. percaya atau tak balance yang kita tengok kat mesin ATM tu. sebenarnya, takde pun duet kita dlam bank tu. ibarat nombor tu sekadar 'figure' je.

akhir sekali, istilah 'kaya' takkan ade dalam hidup kita kalau kita selalu beratur di CDM banyak dari beratur di ATM.

sekian, fikir-fikirkan lah. siapa yang menyebabkan kita 'terpaksa' berhutang.

4 comments

  1. sbb tu kte mls nk gune CDM kdg2...
    kte transfer kt ATM je senang.
    tp kalo nk transfer ke bank jenis laen?kna b'atur dkt CDM yg sepatutnya jgkla~

    ReplyDelete
  2. skg dh der mesin yg leh kuar n masuk wit anda..senang cikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a.. tapi bukan semua bank ada.. yang upgrade je ada..

      Delete

My Instagram