tag:blogger.com,1999:blog-91405604532819799222024-03-13T22:04:57.788+08:00Coretan CyberBelajar Dari KesilapanKEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.comBlogger109125tag:blogger.com,1999:blog-9140560453281979922.post-4856649563792738662013-10-18T20:34:00.001+08:002013-10-18T20:35:19.654+08:00Ilmu jadi bekalan | Kedekut ilmuKali pertama memang menggerunkan. gementar takut semua perasaan datang dalam satu pakej. semuanya adalah sebab kita tidak mempunyai pengetahuan ke atas nya. tidak kira dalam apa pun yang kita lakukan, masa kecik-kecik dulu ketika pertama kali masuk sekolah. macam-macam perkara yang bermain difikiran kita. perasaan pada ketika itu bercampur baur. gementar, takut, teruja semuanya tak dapat kita tafsirkan. macam-macam yang bermain difikiran ini. tapi selepas melalui hari pertama sekolah semua bagaikan macam tak pernah berlaku. semua perasaan tersebut lenyap sama sekali..

Ilmu, kalau nak bercakap pasal ilmu ini memang tak habis. ayat Al-Quran yang pertama turun adalah berkaitan dengan ilmu. bacalah. ilmu itu penting.

dulu aku tak tahu betapa pentingnya ilmu. sekarang baru aku sedar bahawa dengan ilmu sahaja lah dapat meninggikan martabat kita. tapi kadang-kadang aku rasa sistem pelajaran di negara ini perlu dikaji semula. aku ingat zaman aku belajar dulu memang exam oriented. hanya belajar untuk score final exam. abes exam semua ke laut. sekarang mula lah nak bukak buku balik. lagi teruk kena study semula dari A sampai Z. bukan buka sekadar 'refresh' memory.

kedekut ilmu. ni pun satu hal jugak.. baru sekarang aku sedar bahawa ilmu ini macam makanan jugak. tak boleh kedekut. kalau kita makan sorang mesti kembung perut. jadi kena berkongsi. kita tak rugi pun kalau berkongsi ilmu.

berdasarkan dari pengalaman sendiri yang lepas-lepas macam tu lah.. dulu aku rasa takut nak ajar orang. takut orang lain lagi pandai dari aku. takut orang lain dapat score tinggi dalam exam. aku silap. aku lupa bahawa dalam menuntut ilmu itu ada keberkatan. berkat ilmu itu adalah dengan kita mengajarkan ilmu yang kita ada pada orang lain. kalau kita berkongsi atau mengajarkan ilmu kita kepada orang lain sebenarnya kita tak pernah rugi pun. ilmu kita tak akan habis pun.

aku lupa ilmu itu sangat luas. tak habis kalau nak pelajari semuanya. kalau diibaratkan ilmu itu adalah air ilmu selautan ilmu milik Allah hanya setitik milik kita. semakin dalam diselami, semakin kecil rasanya diri ini. tapi biasalah manusia ini insan yang alpa yang selalu lupa.

baru-baru ini aku di motivasikan oleh share holder baru di tempat aku kerja dari China, Mr. Alex. aku kagum aku sedar, betapa hebatnya orang bukan islam berfikir. ketika bersembang dengannya dia menceritakan bagaimana kisah hidupnya dari seorang yang susah sehingga dia berjaya. falsafah hidup dirinya yang boleh aku ambil jadi panduan.

dia kata jangan takut untuk mengajar orang lain. kalau dia ajar sesuatu ilmu pada orang lain dia tak rugi pun. dia masih ada banyak lagi benda yang dia boleh belajar. orang yang kita ajar takkan boleh tandingi kita. tetapi mereka boleh melepasi kita sekiranya kita berhenti belajar.

jika difikirkan betul lah. banyak lagi perkara yang boleh kita pelajari. jika kita mengajar satu ilmu. kita boleh belajar dua lagi ilmu. bermakna kita dah ada 3 ilmu. satu telah kita kongsi, ajarkan pada orang lain. begitulah seterusnya. maksudnya jika kita ajar. kita takkan pernah sama atau rendah dari orang yang kita ajarkan. lagi bagus jika kita saling ajar mengajar. kita ajar satu ilmu, kemudian kita belajar satu ilmu.

harap-harap boleh faham lah.. kalau tak faham. point dia adalah jangan kedekut ilmu. takkan habis pun ilmu. sama macam kita makan kalau kita berkongsi makanan pun jadi lebih sedap.

KEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9140560453281979922.post-23627712581512229142013-02-22T23:43:00.001+08:002013-02-22T23:48:03.541+08:00Kembali MenulisTerasa janggal bila mula menulis kembali di ruangan ini. tapi aku rasa tak sangat tak senang duduk bila tidak menulis. bila dah kembali menulis, aku harap kali ini akan sentiasa istiqamah dalam menulis. takda dah holiday break or busy.

sebenarnya sibuk bukan alasan, tuhan dah bagi masa untuk kita selama 24 jam sehari. 7 hari seminggu. yang membezakan kita adalah bagaimana kita menfaatkan masa 24 jam sehari yang tuhan bagi kepada kita. nampak macam banyak, sehari 24 jam. tapi sebenarnya kejap je, itu pun kalau kita gunakan dengan sebaiknya.

kali ini agak lama aku tidak menjenguk warkah cyber ini. mungkin kerana nakhodanya masih lagi tidak dapat menentukan nombor mana datang dulu antara 9 dengan 5. susunan nombor 1 2 3 menjadi 3 1 2. dan juga matematik mudah 2 + 3 menjadi 6.

malam ini aku tahu. aku sedar mengapa setahun tidak ku jenguk warkah ini. aku bina warkah ini dengan satu niat. satu tujuan. mungkin bila aku jauh dengan niat sebenar aku, maka jari-jemari kecilku tidak lagi lincah menari di atas keyboard ini. yang pasti ianya deangan sendirinya menari lincah bila aku berada di jalan yang sepatutnya..

sebenarnya, kalau nak quick reply daripada aku follow twitter penulis blog ni @MusafirCyber atau akaun twitter blog ini @CoretanCyber untuk notify blog post terbaru. tapi maaf buat masa sekarang mungkin takde post terbaru. next time insyaAllah..

follow lah akuan twitter aku.. kadang-kadang twitter lagi cepat update dari blog. interaction pun cepat. twitterkan micro-blog.

KEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9140560453281979922.post-33624153284446674162012-02-10T21:40:00.001+08:002012-02-10T21:40:45.590+08:00Mencari Perbezaan atau Persamaan
Dulu masa zaman-zaman mengorat dulu, pasti akan pernah dengar ayat-ayat ini. " awak suka makan apa? " tanya si lelaki, dan jawab si perempuan. " saya suka makan nasi lemak.. awak? " maka jawap si lelaki dengan bersemangat " yeke? saya pun awak. saya pun suka makann nasi lemak. sama lah kita awak. ade jodoh ni kita sebab makanan kegemaran kita sama ".

maka jawapan aku... "hahaha...." sempitnya pemikiran mereka. termasuk aku zaman jahiliah dulu.

fikir-fikir balik kenapa boleh ada pemikiran macam tu? sungguh tak berkembang minda. aku pernah tanya kawan aku, kenapa ye masa mula-mula bercinta kita selalu tanya macam-macam kat pasangan kita lepas tu compare dengan kita. makanan kegemaran, warna kesukaan, rancangan favourite dan sebagainya...

jawapan dia simple. baru serasi kalau cari yang ade persamaan. tapi kalau yang takde persamaan pula, macam mane? alaa.. jawapan yang sebenarnya aku tau dah. senang nak sembang kalau banyak persamaan. orang kata kalau nak sembang tu layan lah. takde la satu pihak je yang syok cakap, satu lagi iyekan aje. at least ade feedback yang menggalakkan jika banyak persamaan.

dari segi perbezaan pula. sorang penyabar, sorang pemarah. bukan kah itu melengkapkan. kalo seorang pasif, seorang aktif. bukan lagi bahagia rumahtangga? Sir Isaac Newton dalam hukumnya yang ketiga menyatakan F = – F. jika digunapakai dalam konsep ini maka untuk menjadikan sistem itu dalam keseimbangan perlu ada daya/kuasa yang bertentangan. contohnya positif dan negatif. begitu juga rumahtangga perlu ada element yang bertentangan. baru rumah tangga berada dalam keseimbangan. baru bahagia. okay, mungkin bahasa aku tinggi sangat. sapa yang tak faham sila abaikan, baca perenggan yang seterusnya.

jadi kembali kepada persoalan asal kita. mana yang kita akan pilih? mencari perbezaan atau persamaan? ingat pilihan di tangan kita. gunakan kelebihan akal yang kita ada. jangan sia-siakannya.

jadi konklusi kita pada hari ini ialah:-

Persamaan itu membina keserasian, Perbezaan itu melengkapkan

persamaan membina keserasian bersama, kebanyakkan masa dapat dihabiskan bersama. bila banyak masa dihabiskan bersama makin terjalin ikatan hidup bersama, semakin lama semakin kukuh.

perbezaan pula, saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. untuk manjalani hidup yang lebih sempurna maka dengan saling melengkapi antara satu sama lain.KEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-9140560453281979922.post-60953864987498926752012-02-07T22:09:00.002+08:002012-02-07T22:09:44.646+08:00Kisah Mesin ATM vs CDM
Petang tadi masa balik keja singgah bank kejap nak bank-in duet. silap aku masa tu aku tak fikir time tu ramai orang yang macam aku jugak. time balik keja baru ada masa nak g bank. maka, PADAN MUKA aku... ramai orang kat bank tu.

walaupun nak bank-in duet pakai mesin je. sepatutnya kehadiran aku kat bank itu mesti la kejap je kan. setinggi mana teknologi, secanggih mana pun ciptaan manusia. aku tetap stuck dalam kesesasakan orang yang beratur untuk menggunakan cash deposite machine. itu tak cite lagi pasal dok tunggu duet tak masuk-masuk dalam CDM, asyik reject je. walhal, kadang-kadang tu baru je withdraw dari mesin sebelah nak masukkan balik dalam mesin CDM tak mau terima. demand betul!

tetapi melalui pemerhatian aku. kebanyakkan mesin yang suka rejek duet ni mesin model lama je. sebab ada sekali tu aku nak bank-in duet. tinggal sekeping je lagi dia tak mau terima. tu pun dah banyak kali try. dari kali pertama reject berpuluh-puluh keping akhirnya mesin tu makan siket-siket, last-last tinggal sekeping je. nasib baik aku menggunakan kepintaran aku ni kat tempat yang betul. maka dengan tak semena aku pun cancel. tuka mesin lain yang kebetulan kosong pada masa tu. dan keputusannya sungguh mengejutkan seluruh penduduk dunia, sekali harung je suma dia telan.

aku pun mula tertanya-tanya. apa beza 2 mesin tu. satu high taste, satu lagi pelahap, semua dia telan. padahal mesin tu ada label nama bank yang sama je. lama aku dok tenung mesin-mesin tu akhirnya aku perasan walaupun sama tapi tak serupa. mungkin adik beradik sebapa lain mak kot. yang pelahap tu nampak high tech sket. so aku buat konklusi, mesin baru ni lebih baik dari mesin model lama.

so, pengurus bank. sila take note. buang je mesin lama. ganti yang baru. tension aku nak menunggu.

jadi, di saat aku menunggu untuk entah bila sampai giliran aku ni untuk guna mesin tu mula lah aku melihat sekeliling, melihat telatah manusia di kala boring beratur menunggu turn. geli hati aku, tak perlu aku cite kat sini. sesiapa yang pernah berada dalam situasi aku tadi mesti sependapat dengan aku.

yang jadi persoalan aku tadi. kenapa hanya mesin CDM je orang beratur panjang? kenapa kat mesin ATM takde orang? kenapa bilangan mesin ATM lagi banyak dari CDM? dan kenapa mesin CDM jadi mesin minoriti? kenapa? kenapaaaaa?

kadang tu aku bayangkan mesin ATM boleh nak deposit duet. so, kira mesin ni lagi high-tech la. boleh deposit ngan withdraw. baru lah awesome! tak perlu lah aku beratur panjang sampai macam ini.

jadi untuk menjawab soalan-soalan aku sendiri tadi aku biarkan kotak-kotak fikiran aku menjalankan tugas-tugas mereka dengan soalan-soalan yang aku ajukan tadi.

konklusi para juri

pertama, rakyat Malaysia kini semuanya berhutang. takde sorang pun yang tak berhutang. cuma membezakannya. siket dengan banyak je. bukti jelas depan mata. semua orang berpusu-pusu beratur kat CDM. kat ATM takde orang. padahal ATM bagi duet (tapi rami yang tak nak sebab tak beratur kat situ) tapi CDM amik duet (ramai suka beratur kat situ).

kedua, kalau diteruskan begini. pendek kata ekonomi negara kita takkan menjadi lebih baik. kadar inflasi akan meningkat. nilai wang akan menyusut. akhir sekali inquiry balance dalam ATM hanya sekadar nombor. tak membawa maksud apa-apa pun. percaya atau tak balance yang kita tengok kat mesin ATM tu. sebenarnya, takde pun duet kita dlam bank tu. ibarat nombor tu sekadar 'figure' je.

akhir sekali, istilah 'kaya' takkan ade dalam hidup kita kalau kita selalu beratur di CDM banyak dari beratur di ATM.

sekian, fikir-fikirkan lah. siapa yang menyebabkan kita 'terpaksa' berhutang.KEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-9140560453281979922.post-52285828081890508712012-02-05T11:03:00.002+08:002012-02-05T11:03:42.980+08:00Facebook, just a things for women
Setuju atau tidak...? malas aku nak hurai panjang-panjang. yang aku nak, cuba luaskan pandangan, tengok lihat dengan pandangan 'big picture' bukan dengan pandangan dari katak dibawah tempurung. aku tak tahu kenapa tapi betul, ade kebenarannya.

mari kita lihat hujah-hujahnya. pertama, sekarang cuba check feed kat home Facebook masing-masing. siapa yang baru sahaja update status facebook mereka? jangan kata anda pulak yang baru je hapdate status. jadi, majoriti yang baru saja update status mereka adalah kaum wanita. jadi... apa konklusi anda?

sebenarnya bukan salah mereka. tapi itu adalah fitrah mereka sebagai seorang wanita untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. sekarang kan zaman maju berteknologi tinggi. kalau dulu bila perempuan ada masalah mereka akan cerita kat sahabat baik mereka. sebenarnya bukan masalah je. semua benda mesti diceritakan. tapi bila zaman dah maju dan moden. facebook jadi pengganti. terima kasih facebook kerana memudahkan perhubungan.

kedua, ada juga yang kata "aku punya feed laki je yang update status". jangan risau kerana anda tergolong dalam kategori manusia yang anti-perempuan. kekeke. possibly ghey... mungkin. tapi agak mustahil. kebarangkalian untuk mendapat jawapan lelaki adalah 5%. jadi 95% adalah perempuan.

sebenarnya bukan salah lelaki jugak. mari kita lihat perbezaan lelaki dan wanita update status. seorang perempuan yang tepek gambar profile yang cun abes kat fb, tulis status. "sakit perut yang amat sangat". agak-agak berapa likes dan berapa komen jika nak dibandingkan dengan seorang lelaki yang menulis status yang sama?

mestilah si perempuan ini akan mendapat 200+ likes, 200+ komen berbanding lelaki tadi aku 2 orang je likes, 2 orang je komen. tu pun komen yang berbunyi macam ini, "tulah asyik makan duit haram je.." satu lagi "g berak la woiii". bertuah si perempuan bila tulis kat facebook macam tu ramai yang komen tanya kenapa, ada yang suruh makan ubat, bagi kata-kata semangat la, macam-macam. padahal sakit perut memulas je pun nak berak. kekeke.

hentikanlah diskriminasi gender di facebook! don't just a people by his/her facebook. jadi macam mana lelaki nak update status kalau ada diskriminasi gender? kan.

beberapa kajian aku mengenai facebook... memang jelas peratusan pengguna wanita lebih tinggi dari pengguna lelaki. mungkin disebabkan oleh dunia akhir zaman. bilangan wanita melebihi bilangan lelaki. tapi cuba kita lihat graf ini.

ini merupakan Insight page facebook yang aku handle. malas aku nak cakap dah. gunakan kelebihan akal masing-masing untuk berfikir...

memang Facebook dan wanita tak dapat dipisahkan. tapi kenapa ye?KEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-9140560453281979922.post-43312871797979071432012-02-04T17:52:00.004+08:002012-02-04T20:49:23.431+08:00Apa maksud kejayaan?
Sering kali kita merasakan hidup kita ni gagal. kita tak pernah berjaya. akibatnya kita sering saja murung sendiri. rasa down. rasa diri ini tak berguna. rasa rendah diri. dan macam-macam lagi reaksi negatif yang lahir dari kotak pikiran kita ini. bila tiba giliran kita untuk merasai kejayaan dalam hidup?

mengapa perlu berfikiran macam tu, sedangkan kita mempunyai banyak pilihan. pilihan untuk memilih kejayaan kita sendiri.

sebenarnya... apa maksud kejayaan itu sendiri? adakah kita berjaya apabila kita bergaji besar. atau kita berjaya jika memiliki kereta mewah dan rumah mewah yang besar? adakah seseorang yang memilih hidup yang sederhana tetapi bahagia dan menikmati setiap inci kehidupannya itu dianggap tidak berjaya? atau seseorang yang memilih kerjayaan sebagai seorang imam masjid bertauliah yang hanya dibayar elaun bulanan itu dianggap tidak berjaya?

saya serahkan kepada anda untuk memikirkannya.

Definisi kejayaan

bagaimana kita mendefinisikan kejayaan itu sendiri menentukan halatuju hidup kita. jika kita mendefinisikan kejayaan dengan memiliki kereta mewah, rumah mewah, kerja yang bergaji lumayan. maka, anda tidak akan berjaya selagi tidak memiliki semua itu. selagi itu anda merasa diri tak berjaya.

semuanya bergantung kepada definisi itu sendiri. bagaimana kita mendefinisikan diri kita itulah diri kita yang akan kita jadi. ingat usaha itu tangga kejayaan.

jadi cara terbaik untuk mencapai kejayaan adalah mendefinisikan kejayaan itu sendiri mengikut kemampuan kita. bukan hanya berbekalkan perasaan cemburu dan iri hati dengan orang lain menyebabkan kita meletakkan target untuk menjadi seperti sesorang itu. jadi diri sendiri lebih baik dari menjadi orang lain. hanya kita tahu potensi diri sendiri, dan kemampuan diri kita sendiri. dan berusahalah kearah itu.

cuma perlu ingat hidup kita ini tersangatlah singkat. jangan hanya kerana mengejar kemewahan dunia semata-mata akhirat dilupakan.

cuba tambahkan definisi kejayaan anda seperti ini.

dalam masa 10 tahun akan datang aku akan menjadi bos di tempat aku bekerja, memiliki sebuah kereta sendiri, sebuah rumah sendiri dan juga menjadi seorang yang soleh/solehah lebih daripada hari ini.

ini sebagai contohnya... tidak dilupakan juga kehidupan kita di akhirat kelak. sebaik-baiknya jika nak jadi bos. jadi bos yang beriman, bos yang boleh menjadi imam kepada anak-anak buah, bos yang senantiasa menjadi contoh dan teladan buat orang bawahannya.

sekian, semoga anda mencapai kejayaan yang anda idamkan di dalam hidup anda.KEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-9140560453281979922.post-63487996550300578012012-02-03T23:37:00.003+08:002012-02-04T01:11:06.968+08:00Kena tindih masa tidur
Seringkali aku dengar cerita, peristiwa-peristiwa kena tindih masa tidur. biasanya bila mangsa-mangsa tindih ini bercerita pasti akan dikaitkan dengan cerita-cerita mistik. aku pun pelik jugak dengan rakyat Malaysia ni. paling tepat aku tuju ke bangsa aku sendiri. sebab tu filem-filem bergenre seram ni boleh box office. dasyat jugak penangan unsur mistik ni.

berbalik kepada rentetan peristiwa dan pengalaman di tidih masa tidur.. korang pernah kena tindih?

majoriti cerita yang aku dengar dari magsa-mangsa tidih ini cakap ada satu lembaga sedang menindihnya. tapi bila ditanya pelbagai soalan, boleh pulak cakap "aku takut nak buka mata, dalam hati dah baca ayat kursi berulang-ulang kali." persoalan aku, macam mane boleh nampak lembaga hitam yang sedang menindih itu sedangkan takut nak buka mata?

bila kena tindih badan tak dapat nak gerak langsung. nak jerit suara tak keluar seolah-olah suara takde. rasa seperti kita dah meronta-ronta. tapi keadaan tempat tidur tetap tak berubah takde kesan meronta-ronta pun. mungkin perasaan atau hanya mainan minda. ada jugak yang sesak nafas akibat di tindih dengan 'makhluk' yang berat itu.

aku sendiri?

ya, aku akui. aku juga mengalami beberapa siri peristiwa kena tindih. mungkin kerana aku tak nampak makhluk yang menindih aku tapi aku cuma merasainya.

yang herannya ada persamaan dalam kesemua siri 'kena tindih' tersebut menyebabkan aku jump kepada satu konklusi.

selalunya kejadian berlaku bila badan aku terlampau penat dan letih. kali pertama merasai 'kena tindih' iaitu kira-kira pukul 5 pagi dimana aku tak tahu pukul berapa aku tidur. yang aku tahu malam itu aku stay up sampai pagi walaupun waktu itu badan aku dah penat dan letih sangat. sampai tak sedar tertidur. rasanya dalam 5 minit lepas tu terasa badan ditindih.

aku cuba meronta. tapi kesemua anggota badan aku kaku. tak dapat digerakkan. betul-betul kena tindih ni. suara pun tidak keluar dari kotak suara.

orang kata biasanya kalau kena tindih sebab kita tidur tempat tidur 'dia'. tapi masalahnya masa kejadian tu, itu tempat tidur aku. dah bertahun aku tidur situ. takkan 'dia' nak tumpang tidur sekali kot. atau 'dia' nak tidur dengan aku? arghh tidak.. aku tak mau tidur dengan 'dia' aku nak tidur dengan isteri aku.

maka kesimpulan yang dapat aku buat. kena tidih masa tidur adalah disebabkan oleh badan yang terlalu penat. jadi kalau kena tindih, check korang penat tak masa tu? cukup tidur? sedang mengalami tekanan? etc..KEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.com9tag:blogger.com,1999:blog-9140560453281979922.post-91835529179369451592012-02-02T21:21:00.002+08:002012-02-04T01:11:13.134+08:00Panduan Renew Roadtax Kenderaan
Terdapat 9 perkara yang perlu anda tahu sebelum memperbaharui cukai jalan (roadtax) kenderaan anda. aku dulu pun zero dalam hal ini. sekarang dah pandai dah sikit-sikit.. boleh la untuk berkongsi.

1. Bilakah waktu untuk memperbaharui cukai jalan?

ramai yang akan renew roadtax sehari sebelum tamat tempoh, malah ramai juga yang renew selepas tamat tempoh. tapi ramai yang tidak tahu hakikat sebenarnya...

sebenarnya anda boleh memperbaharui cukai jalan 60 hari sebelum tamat tempoh. kira-kira 2 bulan sebelum roadtax mati. ramai yang tidak tahu kerana tidak pernah membaca/membelek geran kenderaan sendiri. sila semak pada geran, bawah sekali bahagian Nota Penting, No. 3.

Lesen kenderaan motor yang sah hendaklah dipamerkan. anda boleh meperbaharui lesen 60 hari sebelum tempohnya tamat.

2. Elakkan serah bulat-bulat kepada ejen takaful atau insurans.

selalunya kita akan menyerahkan 100% kepada ejen takaful atau insurans untuk menguruskannya sehingga memperoleh roadtax. sila semak maklumat perlindungan takaful atau insurans yang anda ambil supaya tidak diperdaya.

selaku pengguna, kita berhak untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan perkhidmatan yang kita bayar, seperti jenis perlindungan, sum-insured (jumlah perlindungan), NCD (non-claim discount) dan yang paling penting premium perlindungan takaful kereta.

3. Pastikan jumlah perlindungan takaful adalah mengikut harga semasa.

jumlah perlindungan takaful atau sum-insured adalah hak pengguna untuk tentukan, bukan ejen. ejen hanya mencadangkan dan jumlah yang sewajarnya adalah di tangan pemilik kereta.

4. Jangan over-insured.

jika jumlah perlindungan diserah bulat-bulat kepada ejen, selalunya ejen akan meletakkan harga yang tinggi. tidak guna untuk meletakkan jumlah perlindungan yang tinggi kerana sekiranya berlaku claim, anda hanya boleh membuat tuntutan mengikut harga semasa.

5. Tetapi, jangan pula below-insured.

sebaliknya, sekiranya anda meletakkan harga perlindungan takaful kereta anda di bawah harga semasa, apabila berlaku tuntutan, syarikat takaful atau insurans hanya akan meluluskan sehingga jumlah yang anda insuranskan. tetapi sesetengah syarikat takaful masih boleh mengambil kira sekiranya perbezaan jumlah perlindungan takaful dengan harga semasa tidak terlalu jauh sekitar 5%-10%.

Contoh untuk perkara 3, 4 dan 5;

Kereta Proton Persona yang dikeluarkan tahun 2008 yang dibeli pada harga RM 53,000. Pada 2009, harganya telah jatuh sekitar RM 45000.00 – RM 47,000.00. maka pemilik kereta tersebut hendaklah meletakkan jumlah perlindungan takaful atau insurans pada harga sekurang-kurangnya RM 45,000 dan jangan melebihi RM 47,000.00

6. Jadi, bagaimana untuk mengetahui harga pasaran kereta.

jalan yang paling selamat adalah dengan anda menghubungi pihak bank, untuk mendapatkan nilai sebenar jumlah perlindungan kereta anda. ini kerana pihak bank akan mengemas kini harga kereta setiap 3 bulan sekali.

cara seterusnya adalah mendapatkan maklumat daripada kedai kereta terpakai. mereka mempunyai perkiraan harga kereta tersendiri.

cara paling mudah sekiranya anda malas untuk menghubungi pihak bank atau kedai kereta terpakai adalah dengan cara anda membelek ruang iklan di akhbar, majalah atau internet. anda kumpulkan harga-harga kereta yang ada, kemudian anda cari purata harga kereta tersebut. atau anda boleh juga mengambil harga tertinggi, dan harga terendah, kemudian bahagi keduanya.

7. Pastikan NCD (non-claim discount) atau NCB (non-claim bonus) anda mengikut apa yang sepatutnya.

NCD atau NCB ini adalah diskaun atau bonus apabila tidak berlaku kemalangan pada satu tahun tempoh perlindungan. ia bermula dengan 0% dan maksimum 55% pada tahun ke-5 untuk kereta dan 25% untuk motosikal pada tahun ke-3.

8. Bagaimana untuk berpindah daripada insurans kepada takaful?

ramai pemilik kenderaan yang berasa khuatir untuk bertukar daripada insurans kepada takaful dengan momokan bahawa mereka akan rugi kerana NCD akan menjadi 0%.

walhal ia tidak benar sama sekali. anda boleh membawa nilai NCD anda daripada syarikat insurans kepada takaful dengan membawa bukti dokumen NCD yang lama seperti covernote atau renewal notis syarikat lama. ia juga boleh didapati dengan menghubungi khidmat pelanggan syarikat insurans lama.

sebagaimana ditegaskan di dalam perkara ke-2 tadi, jangan serahkan bulat-bulat kepada ejen insurans atau wakil. kadang-kadang berlaku apabila bertukar syarikat insurans, ada ejen insurans atau takaful yang mengambil kesempatan atas ketidaktahuan pengguna untuk memanipulasi perkara ini.

9. Anda juga boleh memindahkan NCD apabila menukar kereta.

ini satu lagi maklumat yang jarang-jarang didedahkan. selalunya berlaku apabila anda menukar kereta baru atau trade-in. sebenarnya, NCD kereta lama anda boleh dibawa kepada kereta yang baru anda beli atau trade-in.

Sebagai contoh, sebelum ini anda memakai kereta kancil 850 yang berharga RM 15,000.00, dan NCD kereta anda itu sudah mencecah 55%. Apabila anda bertukar kepada kereta baru, anda boleh memindahkan NCD 55% tadi kepada kereta baru anda. Bertukar kereta baru tadi, tidak hanya bermaksud kereta yang baru dikeluarkan, ia bermaksud kereta baru dibeli. tidak kira kereta baru atau kereta second hand, atau second hand yang baru.

selalu berlaku ke atas pengguna, apabila bertukar kereta baru, NCD akan menjadi 0% kembali dan ia tidak didedahkan oleh penjual kereta merangkap ejen takaful atau insurans kereta tersebut. jadi, di sinilah pentingnya serba sedikit ilmu pengetahuan sebagai pengguna untuk mengelak daripada diperguna.

sumber: afyan.comKEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.com117tag:blogger.com,1999:blog-9140560453281979922.post-14663558897007957142012-02-02T20:32:00.002+08:002012-02-04T01:11:57.128+08:00Kekejaman Masa
Sungguh kejamkan masa? kejap je da habis bulan Januari.. banyak lagi yang aku belum capai dalam hidup ini. banyak lagi yang aku impikan. banyak lagi yang aku rancang belum terlaksana. masa bukan stakat dengki je dengan aku, bukan setakat cembur je dengan aku. tapi masa seboleh-bolehnya nak menjatuhkan aku. tak boleh biar macam ni. aku kena fight dengan masa. tunggu kau masa. nanti sampai masa ko plak. hahaha.

salah penggunaan masa menyebabkan kita akan menyesal tak berkesudahan. bak kata pepatah. "Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna." jadi nasihat aku, berwaspadalah dengan penggunaan masa.

ini kerana, masa yang terlepas tidak boleh diganti. dalam hal ini pepatah melayu ini tidak dapat diguna pakai. "Patah tumbuh hilang berganti". ianya hanya merujuk kepada seseorang atau kepada sesuatu benda, contohnya seseorang pemimpin yang telah mati atau barang hilang yang mungkin boleh ditemukan semula atau sesuatu yang hilang dan boleh digantikan semula.

yang tak boleh digantikan semula ialah waktu, saat, detik, dan masa.

waktu tidak boleh dicipta, malah alam ini tercipta oleh peredaran waktu. Tuhan menyebut bahawa alam ini tercipta dalam enam masa. masa cuma boleh dinamakan, dipenggal, dipecahkan, dipotong sebagai hari, minggu bulan serta dinamakan Ahad, Isnin dan sebagainya.

Rasullullah s.a.w berpesan. ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara. 5 perkara ini lah yang aku selalu lupa.

Sihat sebelum Sakit

Muda sebelum Tua

Kaya sebelum Miskin

Lapang sebelum Sempit

Hidup sebelum Mati.

sesungguhnya peringatan ini merupakan peluang-peluang yang kita ada di mana sudah jelas akan kelebihannya. cuma ingat waktu kita hidup ini lah untuk kita sediakan bekalan kita di akhirat kelak. kerana apabila mata terpejam, nafas terhenti, hanya amal soleh, sedekah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.KEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9140560453281979922.post-55533966366097025622012-01-13T23:59:00.000+08:002012-02-04T20:52:38.375+08:00Mahasiswi sanggup lakukan apa sahaja untuk Gred A
Hanya kerana ingin mendapatkan gred yang diinginkan, mahasiswa kini sanggup melakukan apa sahaja. sapa yang nak mendapat gred F dan terpaksa amik ujian sekali lagi kan? kisah benar ini berlaku di salah sebuah universiti yang terkenal di Malaysia (namanya terpaksa dirahsiakan demi menjaga nama baik).

seorang mahasiswi berpotongan badan yang seksi hadir ke bilik pensyarah kerana telah gagal dalam ujiannya. setelah memastikan tiada insan yang sedar akan kehadirannya ke bilik tersebut dia melirik kesekeliling sebentar, seterusnya menutup pintu dangan rapat dan langsung berlutut di hadapan pensyarahnya sambil memohon.

"Tuan, saya bersedia melakukan apapun agar lulus ujian...", ujarnya sambil melirik manja.

maklumlah pensyarahnya baru menduda, masih muda malah kacak pulak tu. berkerut muka pensyarah tersebut. samada tak faham, atau terkedu dangan ucapan tersebut.

lalu mahasiswi tadi mendekati pensyarahnya, menyusap rambutnya, menatap matanya dengan penuh erti. "Kalau tuan masih belum menyerti maksud saya..." bisiknya lembut, "Saya bersedia melakukan apapun, apa saja yang tuan mahu..." mahasiswi semakin berani.

pensyarah kacak itu membalas tatapan, "Apapun?"

"Apapun!!" sambung sang mahasiswi sepantas kilat.

suara pensyarah itu melembut, "Apapun??"

"Apa-apa pun..."

setelah pensyarah itu faham dengan situasi yang dimaksudkan oleh mahasiswi tersebut. akhirnya pensyarah itu berbisik dengan lembut, "Mahukah kamu........."

keadaan bertambah hangat dengan degupan jantung mereka, akhirnya pensyarah menghabiskan baris kata yang tergantung tadi.

"Mahukah kamu........................ BELAJAR?"KEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9140560453281979922.post-25866765287050015222012-01-06T00:28:00.000+08:002012-02-04T20:53:52.636+08:00Korban Kemajuan Teknologi
Makin maju teknologi makin terdedah kita kepada bahaya yang tak pernah kita sangka. kemajuan demi kemajuan yang dicapai sebenarnya ada harga yang perlu dibayar. samada anda sedar atau tidak, ianya tetap perlu dibayar.

internet contohnya, ada kebaikan ada jugak keburukkan dia. kalau digunakan kearah kebaikan, insyaAllah terlalu banyak kebaikan yang kita dapat. tapi kalau sebaliknya, bala yang akan kita terima.

Facebook! alat yang tidak semua orang ada. dulu aku ade menyuruh untuk jaga keselamatan diri anda di Facebook. hati-hati zaman sekarang ni macam-macam jenis manusia yang ada. kadang-kadang tu ade juga spesis manusia yang tak pernah-pernah kita jangka.

sekarang facebook dah ade timeline. kalau anda perasan Facebook ni dah banyak kali tukar privacy policy. jadi aku nak mengajak anda semua berfikir beramai-ramai. kenapa privacy policy bertukar?

katakanlah aku ini seorang saintis. aku telah berjaya mencipta sebuah alat yang sangat canggih yang mana ciptaan aku ni tidak dapat ditandingi oleh orang lain. tapi lama kelamaan aku sedar bahawa ciptaan aku ni ada masalah, ada kekurangan. jadi beberapa modifikasi perlu aku lakukan terhadap ciptaan teragung aku ini kan? begitu juga kisahnya dengan privacy policy tersebut. jangan ingat semua ciptaan manusia itu perfect dan sempurna.

semua orang pasti tidak suka privacy nya di ceroboh bukan. tapi yang jadi masalahnya anda sendiri yang membuka jalan kepada penceroboh-penceroboh privacy ini. kes terbaru yang hangat diperkatakan di twitter & facebook sekarang adalah kes Nur Amalina Che Bakri (17A1 SPM 2004). ibunya mendakwa bahawa wujud 2 akaun Facebook palsu dan fitnah tentang anaknya.

tapi bila aku fikir-fikir balik. manakah silapnya? kenapa akaun asal milik Amalina di tutup. kenapa pula wujud akaun palsu yang mengaibkannya.

sekali lagi aku ingatkan supaya berhati-hati. macam pisau. pisau jika digunakan untuk kebaikan pasti akan memudahkan kerja manusia. tapi jika salah digunakan. pasti akan melayang nyawa manusia.

sejauh mana kebenaran fitnah tersebut kita pun tidak tahu. cuma pastikan ANDA bukan mangsa yang seterusnya. mangsa atas kesilapan anda sendiri. ketika itu penyesalan sudah tiada guna walaupun anda telah delete akaun facebook anda.KEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-9140560453281979922.post-30177508197882935692012-01-02T21:35:00.002+08:002012-02-04T20:55:00.753+08:00Tuntutlah Ilmu walau sampai ke Negeri China
Masuk je awal tahun semua sibuk. actually bukan semua. yang sibuk budak² sekolah yang nak masuk sekolah balik. termasuk yang baru nak daftar sekolah. bagi yang tinggal di asrama sibuk untuk mendaftar masuk kembali ke asrama.

zaman aku dah berakhir. sekarang aku bagi kat budak² junior pulak untuk belajar erti kehidupan sebagai seorang pelajar. ramai yang pasti bersetuju dengan aku bila aku cakap masa zaman belajar adalah detik atau waktu yang paling indah.

sebabnya terlalu banyak memori untuk dikenang semasa kita berada pada zaman tersebut, tak kira walau kita belajar hanya setakat darjah 6 ke UPSR ke, PMR ke, SPM pasti ada memori untuk dikenang. dan juga pasti ada kisah untuk diceritakan kepada anak-anak atau cucu-cucu anda nanti. tapi bagi aku zaman tersebutlah zaman paling banyak aku belajar, zaman tersebutlah yang membentuk diriku menjadikan apa yang ada pada aku sekarang.

kalau nak di ceritakan memori mungkin akan pecah keyboard ni. jadi, aku tak nak cerita pasal memori. biar aku cerita kat anak-anak dan cucu-cucu aku nanti. kalau nak tahu jugak boleh isi borang, apply jadi anak aku.

pepatah melayu berkata;

Tuntutlah Ilmu Hingga ke Negeri China

tapi aku ada perasan jugak. budak² yang belajar kat oversea dorang tak pergi pun belajar kat China. dorang suka US, Jepun, Australia, Canada, Mesir dan etc. aku rasa orang yang cipta pepatah ni kena revised balik ni.

tak pun teori aku, mungkin sebab dorang dah tahu takde orang nak g belajar kat China sebab tu la dia promote China buat pepatah. mungkin jugak kan?

Tuntutlah Ilmu walau sampai ke Negeri China. sedap kan sket bunyi dia. kalau macam ni baru aku faham sket maksud dia. carilah ilmu tu walau terpaksa merantau jauh (orang dulu-dulu rasa China tu dah sangat jauh, sebab dulu pedagang dari China je datang berdagang, lagipun dorang xde GPS, tak tahu China kat mane).

walaupun aku dah lama meninggalkan zaman sekolah, zaman sebagai pelajar, dan juga zaman sebagai student. sampai sekarang pun aku masih belajar lagi. terasa kecilnya diri ini apabila makin belajar makin banyak yang aku tak tahu. ustaz aku dulu cakap kalau nak dibandingkan ilmu manusia dangan ilmu Allah s.w.t ibarat lautan yang terbentang luas, setitik air itu adalah ilmu manusia. itu pun ilmu Qalam yang dipinjamkan Allah kepada manusia. tercengang aku!

adapun ilmu Allah itu terbahagi kepada 3 sukatan iaitu; Ilmu Qalam, Ilmu Ghaib dan Ilmu Syahadah.

sesungguhnya belajar itu menyeronokkan (walaupun masa belajar dulu selalu merungut bila belajar). adalah satu kepuasan jika kita menguasai sesuatu ilmu itu, dan jangan loket pulak untuk mengajarkan kepada orang lain. bila tak loket makin banyak ilmu yang kita dapat. yang terakhir, jangan lupa amalkan takde guna kalau belajar sampai ke Mesir China tapi tak amalkan.

akhir sekali selamat memulakan persekolahan bagi budak-budak yang nak baru nak belajar erti kehidupan sebagai seorang murid/pelajar. dan selamat belajar juga kepada ibu-ibu dan bapa-bapa yang masuk sekali belajar bersama-sama anak dalam kelas. ibubapa pun perlu belajar untuk percayakan cikgu-cikgu yang bakal mengajar anak anda, belajar untuk mengajar anak berdikari. sekianKEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-9140560453281979922.post-62844168496436175522012-01-01T17:18:00.000+08:002012-02-04T20:56:14.130+08:00Cinta yang Hakiki | Cinta Illahi
Cinta… ramai yang menderita kerananya. ramai yang menangis kerana cinta. ramai yang kecewa kerana cinta. cinta ditolak, terasa kehilangan, rasa kesunyian, dan cemburu melihat orang lain bahagia. semuanya perasaan yang menyakitkan kerana cinta.

tapi, bukan cinta itu menyakitkan. cinta itu indah. cinta itu satu anugerah yang paling indah dikurniakan kepada setiap hamba-Nya. perasaan sakit (negatif) bukan kerana cinta. jarang aku lihat di Facebook atau di Twitter orang bercinta post sesuatu yang menyakitkan bila dilamun cinta. tapi apabila something was not right. that type of post will go crazy...

lazimnya, bila dilamun cinta kita akan terasa di awangan. semuanya indah. sampai penilaian kita terhadap sesuatu semuanya okay. semuanya baik. hingga kentut pun bau wangi.

tapi perasaan tak selalunya panas sepanjang hari, akan ada hari mendung, akan ada hari hujan. hari-hari indah bertukar menjadi suram. makin lama makin mendung, makin dibiarkan makin gelap, akhirnya badai melanda.

kerana cinta kah itu?

apa salah nya? siapa yang bersalah? maka carilah cinta yang hakiki. cinta yang paling agung yang tiada tolok bandingannya.

cinta kepada Allah perlu dicari. ianya tidak seperti cinta kepada manusia. dalam masa satu saat kita boleh jatuh cinta. tetapi cinta kepada Allah. jika kita tidak mencarinya. kita takkan bertemu dengannya. mencintai Allah, perasaan sakit kerana cinta manusia yang bersifat fana tidak akan pernah wujud. kita tidak akan pernah kecewa dengan Nya.

tapi jangan lah cinta kepada manusia melebihi cinta kepada Allah s.w.t.KEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-9140560453281979922.post-38867797457168357662011-12-31T14:00:00.000+08:002012-02-04T20:57:09.701+08:00Patah tumbuh, hilang berganti
Hari berganti hari. minggu berganti minggu. bulan berganti bulan. tahun berganti tahun. akhirnya tahun 2011 pun berakhir. bila bergantinya tahun, maka bertambah la usia. namun umur semakin berkurang. semakin hampir dengan ajal…

jadi sepanjang-panjang tahun 2011 ini. pelbagai cabaran dan dugaan yang telah berjaya aku harungi. walau pahit, walau manis semuanya dah berakhir dan pastinya akan menjadi kenangan dan sejarah dalam hidup ini.

bagi aku yang lepas biarlah ia berlalu. yang penting aku masih ada tahun 2012 pula untuk aku melakar sejarah baru dalam hidup aku. dengan berbekalkan harapan, semoga tahun depan akan lebih baik dari tahun ini (seandainya malaikat izrail belum menjemputku). selagi ada harapan selagi itu aku takkan berhenti mengharap.

bila dikenang, difikir balik apa yang aku dah buat dari awal bulan Januari sampai sekarang. hanya satu yang dapat katakan "andai dapat ku kembali pada masa itu…". tetapi adalah mustahil untuk di undurkan putaran masa yang hanya melihat kehadapan tanpa pernah menoleh kebelakang.

ya, aku harus melihat ke depan.

biar semuanya disimpan dalam lipatan sejarah; yang hanya akan ku buka sebagai pengajaran .

selamat tinggal 2011. semoga penggantimu 2012 lebih baik daripadamu. Amin…KEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9140560453281979922.post-21832747900037315982011-06-16T22:11:00.000+08:002012-02-04T20:59:18.873+08:00Mana musuh, mana kawan?
Dulu… mak selalu pesan hati-hati pilih kawan. kalau kita berkawan dengan orang baik, jadi baik lah kita. sama juga kalau kita berkawan dengan orang yang kurang baik, maka jadi kurang baik la kita. bila dah dewasa, aku setuju! memang betul. walau sejauh manapun kita ingin berubah, persekitaran memainkan peranan penting. terutamanya kawan.

makin kita dewasa makin kena kenal siapa kawan siapa lawan. bak kata Spring dalam lagu sejujur mana kata-kata. "pengalaman telah mendewasakan mematangkan fikiran"

orang tua-tua banyak berpesan kepada cucu-cucunya. macam-macam yang pernah kita dengar. tapi biasanya pasti akan masuk teliga kanan, keluar telinga kiri.

mana musuh mana kawan?

sebenarnya, dua-dua sama. musuh boleh jadi kawan, kawan boleh jadi musuh. kawan dan musuh didefinisikan sebagai perbezaan atau persamaan pendapat / idealogi / kepentingan / dan macam-macam lagi aspek yang menimbulkan perbezaan atau persamaan.

jika anda tidak bersetuju dengan pernyataan ini, maka anda adalah musuh ku.

jadi kalau ditanya aku siapa musuh, siapa kawan? maka,

siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya

inilah ayat yang pernah aku baca perwatakan manusia yang lahir pada bulan jun melalui kaedah metafizik.

dan aku setuju!KEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-9140560453281979922.post-48572351281954457422011-06-06T21:42:00.000+08:002012-02-04T21:01:09.864+08:00Terlalu Banyak
Terlalu banyak untuk ku coretkan disini. terlalu banyak benda yang ingin diluahkan. terlalu banyak perkara yang perlu disampaikan. terlalu banyak cerita yang hendak dikongsi. terlalu banyak...

namun yang pasti walau banyak manapun jika di ceritakan sedikit demi sedikit. puncak Everest yang menjadi kebanggaan di banjaran Himalaya boleh jadi rata.

tapi Coretan Cyber sunyi menyepi tanpa sebarang perkhabaran. di mana penulis nya? sibuk sangatkah dengan hidup. celarukah fikirannya. atau penulisnya sudah hilang minatnya terhadap Coretan Cyber. walauapapun alasannya. hari ini Coretan Cyber kembali.

kembali dengan segala macam persoalan yang perlu dirungkai dengan teliti. terima kasih yang tak terhingga kepada para penyokong Coretan Cyber. tanpa anda yang membacanya. Coretan Cyber tidak akan bertapak dalam dunia maya ini.

namun…

terlalu BANYAK untuk di coretkan.KEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9140560453281979922.post-81000882563563139052011-04-10T16:00:00.001+08:002012-02-04T21:02:38.256+08:00Perkara Asas kepada Kompleks
Bila tak menulis rasa nak menulis. bila dah menulis rasa malas menulis. begitulah penulis. lebih tepat, sikap manusia itu sendiri. begitu kompleks, makin difikirkan makin jauh dengan jawapan. namun untuk memahami sesuatu yang kompleks perlu memahami yang asas.

itulah jawapannya. memahami perkara-perkara asas adalah kunci memahami perkara yang kompleks. manusia tak dilahir kan hebat. tapi mereka dilahirkan untuk menjadi hebat.

tiada bayi yang lahir terus boleh bercakap. sebaik sahaja bayi mula menyedut udara pertama mereka. sabaik sahaja warna badannya bertukar kemerah-merahan, otak mereka memulakan pelajaran pertama mereka. belajar bagaimana menyedut udara seperti mana ibu mereka sedut.

peringkat berperingkat. itu lah rahsianya. sejak dari itu bayi mula belajar mengenal alam dunia yang kejam ini. selama di alam rahim tak pernah terfikir pun bahawa alam dunia ini lebih mencabar. satu per satu dipelajarinya. bagaimana nak menggerakkan badan. bagai mana untuk meniarap. bagaimana merangkak, berjalan, dan akhirnya berlari.

makin lama makin bnyak yang dipelajari dan juga makin kompleks.

bila di peringkat kanak-kanak lagi membuak buak rasa ingin belajar. macam-macam mereka cuba. masa ini ibu bapa melabelkan anak mereka nakal. tetapi pada hakikatnya itu adalah cara mereka belajar. bila terjatuh, tercedera mereka belajar. belajar melalui pengalamannya sendiri. lama-kelamaan mereka akan mula faham dah mengelakkan perkara tersebut untuk mengelakkan kesakitan.

bila masuk remaja mereka belajar pula tentang emosi. emosi yang membuak-buak menyebabkan mereka rasa tidak selesa. mereka tak pasti apakah perasaan itu. mereka cuba memahaminya untuk mengawalnya. akhirnya mereka berjaya. namun yang membezakannya adalah masa yang mereka ambil. ada yang lama ada yang singkat bergantung kepada kemampuan dan persekitaran masing-masing. ade jugak yang sampai sekarang masih lagi tidak memahami perkara tersebut.

bila sudah dewasa mereka sudah sampai pada satu tahap dimana klimaks kehidupan berlaku. masalah datang satu persatu, masa ini mereka belajar pula untuk menyelesaikannya. ade jugak yang mengambil jalan singkat dengan lari daripada masalah. namun melarikan diri bukan pilihan yang tepat. semakin mereka lari semakin mereka takut. takut sekiranya mereka berlari ke jalan yang salah dan menemui jalan mati. akhirnya diri sendiri yang terparangkap.

anda pernah mengalaminya jadi anda tahu apa perkara asas yang perlu anda kupas supaya perkara yang rumit dan kompleks dapat diselesaikan.

cuba kita lihat. sebelum kita berjaya membuat bngunan pencakar langit. dahulunya rumah kita dalam gua, kemudian buat rumah diatas tanah. manusia semakin berkembang. makin bnyak yang mereka belajar. dari rumah setingkat menjadi 2 tingkat, akhirnya menjadi flat, menjadi kondo, akhirnya mereka berjaya membuat bangunan pencakar langit.

perkara asas. itu jawapannya. setiap masalah ada penyelasaiannya. cuba anda fikir jika lahirnya bayi ke dunia mereka perlu berfikir masalah orang dewasa. mungkin bayi tersebut menjadi takut, silap-silap masuk balik...KEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-9140560453281979922.post-77141723716977222612011-03-13T20:31:00.000+08:002012-02-04T21:13:52.007+08:00Memaafkan lebih baik dari berdendam
Jikalau kita hanyut dalam kebencian dan tenggelam dalam kedendaman, sehingga waktu kita habis hanya untuk mendramatisir sebuah masalah yang menimpa kita. andaikata, kita membenci seseorang bererti kita sudah bersedia untuk mewakafkan kehidupan kita dan fikiran kita hanya untuk terus memikirkan dia. kebahagiaan kita akan tersita bahkan kita tidak boleh makan dan tidur hanya kerana memikirkan dia sedangkan dia mungkin sudah tertidur pulas.

Akankah, kita gadaikan kehidupan kita dengan perasaan dendam dengan penuh kebencian. kalau saja kebencian itu membahagiakan dan menjadi solusi, silahkan untuk benci! tapi yang terjadi kebencian yang melanda kita justru hanya akan menghancurkan cara berfikir kita, melumatkan raut wajah kita, membuat kotor tutur kata kita, membuat gelisah batin kita, membuat tidak sihat kehidupan kita, akhlak kita merosot menjadi hina, buah dari kebusukan hati yang melanda diri ini.

Oleh kerana itu jangan sia-siakan hidup kita hanya dengan menjadi seorang pendengki dan pendendam, jadilah seorang yang pemaaf, percayalah seorang pemaaf InsyaAllah hidupnya lebih ringan. Bukankah kita ingin menikmati hidup ini? Saudaraku, kenikmatan hidup tidak akan dimiliki oleh orang yang hatinya diselimuti kebencian dan perasaan dendam. maafkan orang lain itu indah, sehingga kita InsyaAllah akan merasa lapang, itulah darjat orang-orang yang mulia…

Wallahu a'lam.KEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-9140560453281979922.post-4087148860489599792011-02-28T22:29:00.000+08:002012-02-04T21:15:21.116+08:00Bila Dunia Sentiasa Salah…
Orang kata hidup ini ibarat roda, kadang-kadang kita berada di atas kadang-kadang kita berada di bawah. itu adalah faktanya. tapi sebaliknya, bila kita berada diatas kita lupa orang yang di bawah. bila kita berada dibawah, kita mula merungut, merintih salahkan takdir.

begitulah manusia. mudah lupa! dalam Al-Quran sendiri menyebut 'insan' di mana berasal dari perkataan 'Nasiya' yang bermaksud lupa, manakala insan pula bermaksud 'yang lupa'. ini menjelaskan kenapa kita lupa.

namun, pernahkan kita memaki hamun pemandu lain apabila melakukan kesalahan trafik. kita marah bila pemandu di depan kita sangat perlahan. padahal kita nak cepat. kita menekan hon bila pemandu di depan kita masih tidak bergerak sedangkan lampu isyarat telahpun bertukar hijau.

bila beratur mengambil lauk makan tengahari. dalam hati kita menyumpah, memaki hamun orang di depan kita yang lambat memilih lauk. terhegeh-hegeh memilih, padahal perut kita dan mainkan pelbagai lagu akibat tak sarapan pada pagi tadi.

bila kita sedang beratur ingin deposit wang tunai ke dalam akaun bank. berbulu mata kita melihat orang didepan yang cuma masukkan duit yang tidak diterima mesin berkali-kali. tambahan pada masa itu kita sedang mengejar masa.

tetapi, pernahkan kita memikirkan apa perasaan kita jika kita berada dalam situasi yang sebaliknya. apa perasaan kita bila kita terleka tak sedar lampu isyarat bertukar hijau dan pemandu di belakang kita menekan hon? apa perasaan kita jika kita sedang berfikir lauk apa pula yang akan menjadi santapan tengahari ini, tiba-tiba orang belakang membuat muka bosan bila anda melihatnya? apa perasaan anda apabila selepas bertungkus lumus memasukkan duit yang tidak diterima oleh mesin cash deposit bila berlalu meninggalkan mesin orang belakang membuat muka tak puas hati? sakit hati?

tanpa kita sedar kita memliki penyakit hati yang di namakan 'Double Standard'. kenapa apa yang kita buat semuanya betul. tapi bila orang lain buat, semuanya salah.

mungkin perkara ini nampak kecik. memang nampak kecik bila skopnya kecil, hanya melibatkan individu. tetapi jika melibatkan jumlah orang yang besar ini menjadi satu penyakit yang tidak ada ubatnya lagi.

puncanya adalah bila kita tidak melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut. hanya melihat dari sudut orang yang berada di atas. tapi jangan lupa, hidup tak selalunya indah. dalam hari cerah, gerimis datang mengundang. macam roda, tak selamanya kita berada diatas. ada masa kita berada dibawah.

cuba meletakkan diri kita pada tempat orang lain. insyaAllah hidup ini akan lebih indah.KEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-9140560453281979922.post-22660428863393369412011-02-25T00:14:00.000+08:002012-02-04T21:16:21.606+08:00Hilang Arah | Fikiran Bercelaru
Maaf. maaf ku pinta menghampakan para pembaca yang menunggu terbitan warkah baru dari blog usang ini. maaf kerana membiarkan kemarau Coretan Cyber berpanjangan di alam maya.

sebuah kapal akan terdampar jika tiada nakhodanya. sebuah cruise takkan berlayar tanpa kaptennya. sebuah blog takkan meneruskan terbitannya tanpa penulisnya. seorang penulis takkan menulis tanpa idea. sdakah penulisnya telah kering idea?

Bukan kemarau idea. tapi bila kotak fikiran tak dapat menentukan nombor mana yang datang dulu antara 9 dengan 5. bila susunan nombor 123 menjadi 312. bila minda menyatakan 2 + 3 = 6.

parah! namun virus ini hanya membuatkan setiap entri yang ditaip di akhiri dengan draft. bukan penulisnya tidak tahu. setiap entri yang ditulis akan terus dipublishnya. bukan untuk diperam. bila di peram makan benda lain jadinya. jus anggur bila diperam jadi arak. beras pulut yang bercampur ragi bila diperam menjadi tapai. namun bila entri yang di peram akhirnya menjadi sesuatu yang tidak dikehendaki oleh penulis. maka butang 'DEL' menjadi pilihan.

makin parah. maka untuk membezakan antara nombor 5 dan nombor 9 yang mana harus di letakkan di hadapan memerlukan terapi dan rawatan. untuk membetulkan susunan 312 manjadi 123 memerlukan penawar. cuma aku berjaya membetulkan 2 + 3 = 6. tidak memerlukan logik tapi memerlukan kreativiti. jika + diputarkan sebanyak 45 darjah. maka 2 x 3 = 6.

jadi jawapan kepada persoalan kenapa tiada entri yang fresh dari ladang untuk bulan ini adalah kerana minda yang bercelaru.

akhirnya aku berjaya membuat kesimpulan untuk entri ini. kebanyakkan mangsa draft adalah aku tak tahu macam mane nak mencari konklusi. akhirnya entri yang tertangguh menjadi draft. akhirnya yang terlampau bnyak akhirnya di delete.

bukannya aku tiada idea. namun idea yang bnyak jika tidak disusun akhirnya menjadi seperti lalat di kawasan pelupusan sampah. bercelaru.KEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-9140560453281979922.post-72486737868565212552011-02-11T11:05:00.000+08:002012-02-04T21:17:57.030+08:00Trafik yang tak lekang dek Zaman!
Nampaknya agak lama jugak juga blog ini di biarkan tidak berupdate. adi kali ini aku kembali ke sini untuk mengembalikan kesegaran blog ini.

jadi sekembalinya aku kesini aku bangga dengan blog ini kerana berjaya mengekal kan average visitor yang tinggi walaupun tiada entry baru dari blog. biasanya kalau aku tak update blog average visitor blog ini akan jatuh menjunam bawah 10 UV per days. maksudnya tak sempai 10 orang je yang tersesat kemari.

kesian. namun kini aku kembali untk mengembalikan kehangatan blog ini. sori kepada pembaca sekalian yang mengharapkan kemaskini terbaru dari blog ini.

tips untuk blogger. bagaimana nak mengekalkan kebanjiran pembaca ke blog anda walaupun anda tidak mengupdate blog?

jawapannya senang sahaja dengan membuat entri yang tak lekang dek zaman. entri ini akan memdapat sumber trafik dari ejen carian (search engine) seperti google dan yahoo, mahupun bing.

perkara ini memang dibuktikan dari blog ini semasa musim kemarau entri blog ini selama sebulan. melalui data dari analytics. sumber trafik yang terbesar di sumbang oleh ejen carian. lebih 50%.

tapi kenapa ye aku tak update? jawapan dia sama je dengan orang lain busy (atau buat² busy) haha… selamat membacaKEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-9140560453281979922.post-88686642995908554962011-01-08T11:18:00.000+08:002012-02-04T21:19:03.055+08:00Mencari keburukan orang lain
Seringkali kita mendengar ada pihak yang beralasan berkata "Saya tidak mengumpat atau memfitnahnya, saya berkata yang benar! Saya ada bukti itu dan ini… ". pernyataan seolah-olah ingin menghalalkan perbuatan mereka.

Almarhum Sa'id Hawa menyebutkan bahawa Al-Hassan berkata yang bermaksud.

Mengatakan tentang hal orang lain itu terbahagi kepada tiga.

1. Ghibah: iaitu kamu mnyatakan apa yang ada pada dirinya.

2. Buhtan: iaitu kamu menyatakan apa yang tiada pada dirinya.

3. Ifkun: iaitu kamu menyatakan apa yang kamu dengar tentang dirinya.

biar dalam situasi apapun, menyembunyikan kelemahan dan keaiban seseorang adalah lebih utama dari menzahirkannya. kita pun tidak menyukai jika ada orang cuba memburuk-burukkan kita dan membuka keaiban kita. kan?

Iman Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

" Dan sesiapa yang menutup keaiban seseorang muslim maka Allah S.W.T akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah S.W.T sentiasa menolong seorang hamba, selama dia menolong hambanya. "

boleh menyatakan keburukan orang lain dengan syarat

Walau bagaimanapun, Iman Al-Ghazali menyebut bahawa menyatakan keburukan seseorang dibenarkan di dalam beberapa keadaan yang diperlukan sahaja dengan syarat tertentu. Antaranya seperti aduan seseorang yang dizalimi oleh seseorang yang lain kepada seorang hakim, meminta suatu hukum dalam satu perbuatan atau perkara, berniat untuk memberi peringatan kepada masyarakat atas seseorang yang terang-terangan dan bermegah-megah dengan melakukan maksiat dan beberapa perkara lain.KEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-9140560453281979922.post-40469037235760896892011-01-06T21:36:00.000+08:002012-02-04T21:20:39.050+08:00Pesanan kepada pemandu yang sedang memandu
Pertama bila memandu jangan baca blog ini, bahaya! kedua tumpukan perhatian. ketiga ikut peraturan-peraturan di jalan raya. bukan sebab takut kena saman tapi untuk keselamatan orang lain dan juga paling penting keselamatan diri sendiri. ingatlah orang yang tersayang! dan… yang terakhir. benda paling penting SABAR!

ala yang ni kita dah selalu sengar. ini pesanan sebenarnya dari aku.

Bila Berhenti Jangan Lupa Tutup Lampu

al-maklum la sekarang musim tengkujuh tak abes lagi. di kala hujan ini. sudah jadi kebiasaan tangan untuk bukak lampu. tetapi tangan lupa untuk tutup bila matikan enjin kereta. lebih-lebih lagi memandu waktu siang. percentage nak lupa tutup tinggi bila memandu waktu hujan pada siang hari.

bila memandu waktu hujan ni banyak cabarannya. nak-nak kalau kereta takde aircond atau rosak. cabaran beb. abes berkabus cermin.

pastikan speed kenderaan anda bukan speed yang biasa anda bawah. seeloknya kurangkan sehingga 70% dari kelajuan biasa anda. hehehe. lagi slow lagi bagus. ye mungkin anda pemandu yang cekap. tapi orang lain tak berapa cekap.

dan… waktu-waktu hujan begini pastinya keadaan jalan akan menjadi worse ever. bak kata pepatah baru. jalan berair jangan disangka tak ada lubang.

ini yang perlu anda risaukan walau secekap mana anda memandu. mungkin ada pemandu yang mengelak lubang mendadak sehingga tidak nampak akan anda. atau mungkin akibat langgar lubang, anda hilang kawalan kenderaan anda? Awas! Lubang…

ceritanya hari ini aku dapat petunjuk. petunjuk yang datang tanpa kita sedar tapi kita tahu ia dari Allah.

ceritanya siang tadi aku memandu dalam hujan. akibat dari jarak penglihatan yang sangat terbatas. maka lampu pun dibuka. nak dijadikan cerita bila turun lupa nak tutup lampu. sehingga la kalau tak silap dalam sejam lebih terdengar sayup kedengaran annoucement.

telinga ku pantas menangkap… no pendaftaran kenderaan upanya. yang pasti, bukan keta aku! mesti keta ni block keta orang.

Ya Allah! lampu keta, maka bergegas la berlari-lari anak dalam hujan yang agak lebat berbekalkan sebuah payung biru. bukan payung emas

inilah salah satu petunjuk yang diberikan oleh Allah. walaupun hanya sekadar lintasan fikiran tapi itu sejenis petunjuk. tak semestinya petunjuk datang melalui mimpi. kadang-kadang terdengar perbualan orang pun adalah pertunjuk. takkan kita boleh senang-senang je terdengar. ye tak? mesti ada satu kuasa yang lebih hebat yang mengaturkannya.

Suratan Atau Kebetulan

hanya kerana announcement yang bukan menyebut keretaku. tapi akhirnya menyebut " lampu kereta anda tidak ditutup " ku fikirkan kereta itu menghalang laluan kereta lain atau menghalang kereta tak boleh keluar parking.

yang selamatnya beteri keta aku. nasib baik tak kong lagi. kalau tak menolak la keta nak balik.

sekian,

tiada satu pun kebetulan dalan dunia ini. tapi ada sebab dan akibat. takkan kewujudan bumi ini datu kebetulan. terhasil dari gabungan debu-debu halus bercamtum. akhirnya wujudnya bumi. anda fikirkan…KEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9140560453281979922.post-33807458554681208742011-01-05T23:11:00.001+08:002012-02-04T21:26:11.035+08:00Apa pentingnya hubungan silaturrahim?
Perkataan shillah dari segi bahasa bererti gabung atau kumpul dan makna rahmi pula ialah kaum kerabat yang dekat. Dari segi istilah pula silaturrahim ialah berlaku ihsan kepada kaum

kerabat sama ada daripada pihak si penghubung dan yang dihubungkan.

macam jawap kertas 2 SPM pendidikan Islam la pulak. topik kali ini simple. berkaitan silaturrahim. ramai yang lupa. mari kita sama-sama ingat kembali. meri kita sama-sama mengetahui apa pentingnya menjaga hubungan silaturrahim.

untuk malam ini. mari kita mengambil satu dari Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi.

" Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim "

(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

jadi tidak hairanlah jika jidup kita kurang dengan nikmati. merasa sempit bila nikmat lapang ditarik oleh Allah. hidup penuh dengan hutang. jika anda merasa hidup anda begitu. cuba periksa adakah anda telah memutuskan hubungan silaturrahim?

biasanya kita akan melakukan perkara tersebut puncanya adalah perselisihan faham. bila dah berselisih mula bermasam-muka. selepas bermasan muka, mula tidak bertegur sapa. bukankah lebih baik jika kita memaafkan. tak rugi.

jadi lah pemaaf, bukan pedendam. tiada guna berdendam jika itu hanya mengundang kemurkaan Allah. bila jadi pemaaf, kita tak rugi.

Sabda Rasulullah s.a.w

" Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tiga hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu "

(Riwayat Abu Daud)

walaupun riwayat dari Abu Daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari Al-Bukhari

riwayat al-Bukhari : " tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari… yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam "KEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-9140560453281979922.post-83821431147161371552011-01-01T10:28:00.000+08:002012-02-04T21:27:33.553+08:00Owh.. dah tahun baru ke?
1 Januari 2011. bila masuk tahun tahun baru je mesti teringat masa sekolah dulu-dulu. sudah jadi kebiasaan otak kita kepada benda yang sama. agak-agak apa yang aku ingatkan tu ye?

yes! tepat sekali, mesti salah tulis tahun kat buku. yela sejak dari kecik kita dia ajar menulis tarikh tujuannya senang untuk keep track aktiviti kita. tahu kita buat ini hari apa, berapa hari bulan.

jadi bila masuk tahun aru je mesti pening. sebab kebiasaan maka tulis tarikh pun salah tahun. nak biasakan tahun baru ini amik masa la jugak. paling lama boleh sampai sebulan.

Owh lupa. di kesempatan ini aku ucapkan selamat tahun baru kepada pembaca Coretan Cyber. semoga tahun baru ini membawa erti yang besar kepada anda in term of perubahan. perubahan dalam menjadi seorang insan yang lebih baik yang dapat menunaikan semua tanggungjawabnya kepada Allah, ibu, bapa, anak-anak, rakan-rakan, masyarakat dan juga negara.

tapi semlam aku terfikir sejenak. kalau countdown sambut merdeka selepas tamat merdeka mereka melaungkan "MERDEKA!!!". tapi semalam dengan perasaan corious ingin tahu apa yang akan mereka pekikkan sejurus tamat count down.

adakah "Selamat Tahun Baru" bunyi macam pelik je. "Happy New Year" lagi pelik sebab kita kat Malaysia. bukan kat New York ke ataupun England.

last-last anda tahu apa mereka pekikkan?

haaaa... mesti anda juga tak tahu kan. sia-sia je sambut new year setiap tahun tapi tak tahu nak pekik apa lepas habis countdown pukul 12 tengah malam dan dah masuk tahun baru.

meh sini aku bagi tahu rahsia yang paling besar orang tak tahun.

bila habes saja countdown detik 12 tengah malam. mereka tak berkata apa-apa pun. tak pekik apa-apa pun. countdown je lebih, dah habis kira sampai satu, pastu senyap. bagi nak cover senyap tu maka berdentam-dentum la bunyi bunga api atau fireworks memecah keheningan tengah malam itu.

maka, lagu jalur gemilang pun keudara. persoalannya, sanggupkah anda keluar tengah-tengah malam sambut detik 12 malam? anda dapat apa yang aku nak sampaikan?

cuba fikir satu je. zaman kesultanan melayu dulu ada ke sambutan semacam itu? ada fireworks? lihat sejauh mana kita telah dijajah pemikiran kita. tapi aku tak pernah sempat pun hidup zaman kesultanan melayu tanah melayu dulu =P.KEhttp://www.blogger.com/profile/01303747310439146164noreply@blogger.com4