Mana musuh, mana kawan?

Dulu… mak selalu pesan hati-hati pilih kawan. kalau kita berkawan dengan orang baik, jadi baik lah kita. sama juga kalau kita berkawan dengan orang yang kurang baik, maka jadi kurang baik la kita. bila dah dewasa, aku setuju! memang betul. walau sejauh manapun kita ingin berubah, persekitaran memainkan peranan penting. terutamanya kawan.

makin kita dewasa makin kena kenal siapa kawan siapa lawan. bak kata Spring dalam lagu sejujur mana kata-kata. "pengalaman telah mendewasakan mematangkan fikiran"

orang tua-tua banyak berpesan kepada cucu-cucunya. macam-macam yang pernah kita dengar. tapi biasanya pasti akan masuk teliga kanan, keluar telinga kiri.

mana musuh mana kawan?


sebenarnya, dua-dua sama. musuh boleh jadi kawan, kawan boleh jadi musuh. kawan dan musuh didefinisikan sebagai perbezaan atau persamaan pendapat / idealogi / kepentingan / dan macam-macam lagi aspek yang menimbulkan perbezaan atau persamaan.

jika anda tidak bersetuju dengan pernyataan ini, maka anda adalah musuh ku.

jadi kalau ditanya aku siapa musuh, siapa kawan? maka,

siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya

inilah ayat yang pernah aku baca perwatakan manusia yang lahir pada bulan jun melalui kaedah metafizik.

dan aku setuju!

2 comments:

  1. http://wanwidget.com
    setuju sangat ngan entry nih

    ReplyDelete
  2. Zaman sekarang banyak kawan makan kawan...:(

    ReplyDelete