Rangkaian sosial yang paling popular pada masa kini, Facebook. kalau tak ada Facebook dia ketinggalan zaman. ada juga yang suka main deactivate akaun Facebook. kalau taknak Facebook jangan Deactivate je. DELETE je terus.
tapi kadang-kadang tu aku terfikir jugak. kenapa kita bukak Facebook. bagi aku dulu bila aku bukak Facebook apa yang dibuat adalah baca status-status orang. pastu komen. tengok gambar pastu komen.
tak rasa ke kita buang masa. buang masa dengan perkara yang diciptakan oleh kita sendiri. cuba bayangkan kalau kawan anda tak update status. kawan anda tak upload gambar. takde lagi komen-mengomen.
jadi kembali kepada kenapa anda buat akaun Facebook. ada setengah tu cakap nak contact kawan lama. betul ke? kawan 3,4 ratus. tapi yang asyik dok komen-mengomen adalah kawan yang dok jumpa hari². macam mane tu?
kepada yang tengah gila facebook tu nasihat aku jaga keselamatan diri anda di Facebook jangan jadikan diri anda mangsa kepada orang yang tidak bertanggungjawab.
semakin anda dedahkan diri anda dalam Facebook semakin bahaya anda. mari kita lihat contoh ini.
katakan anda ni (perempuan) memang hot abis. sebab inginkan attention semua gambar dalam album gambar anda gambar seksi mengamcam abis. silapnya anda, gambar anda boleh dilihat oleh semua orang (yelah nak kan attention takkan nak setkan privasi gambar ke 'friend only' kan?).
status Facebook anda adalah diari anda. semua tercatat di profile anda.
semua tercatat di profile Facebook. dimana anda sekolah, bekerja, minat apa. no telefon, alamat semua complete.
sampai la satu masa ini. status anda berbunyi…
bosan, sunyi, takde sape² kat rumah. mak ngan ayah g umrah tinggal aku ngan abang aku je. abang pulak tak habis² lepak rumah member dia. tinggal aku sorang kat umah ni... kesorangan lagi aku malam ini :((
ke esokkkannya Headlines berita
Ibu Bapa Tiada di Rumah, Gadis Sunti dirogol dan dibunuh
jangan buka peluang kepada penjenayah untuk mendekati anda. semuanya kerana Facebook. bagi anda keseronokan berFacebook. tetapi bagi 'mereka'… PELUANG Facebook
2 comments
entri yg bgs.. sbg ingatan buat semua.. keep it up!!
ReplyDeleteapabila remaja moden terlalu terbuka dgn hidup smp membahayakan dri sendiri,
ReplyDelete