Footer

Hidup akan lebih bermakna dengan Memberi

hari ke hari. malam ke malam. pengemis atau lebih senang disebut peminta sedekah bertambah. miskin sangatkah rakyat Malaysia yang kini sedang megah di mata dunia? adakah kerana mereka bukan miskin sebenarnya. ataupun Malaysia sendiri yang miskin.

persoalan aku pada hari ini ialah diantara menerima dan memberi mana yang lebih mulia. ya, memang anda dah ada jawapannya. sebab dah banyak kali kita dengar.

bagi aku, lagi banyak kita memberi. lagi banyak yang akan kita dapat.

jangan asyik fikir kita yang bernasib malang je. kalau kita takde duit ada insan yang dah lama tak makan sebab takde duit. kita? baru je gunakan duit terakhir yang kita ada untuk beli topup telefon. besoknya kita pinjam duit orang lain untuk makan. ada insan yang sanggup makan apa saja. yang penting dapat mangisi perut supaya mendapat tenaga untuk terus hidup.

memberi lebih baik dari menerima. insyaAllah kalau kita suka memberi lagi banyak yang kita akan terima. jangan mengharapkan apa-apa dari orang lain. kalau kita sendiri tidak pernah memberi.

cuba kita amalkan sifat memberi. mungkin kita tak tahu macam mana nak mula. cuba tanamkan dalam fikiran kita harta kita bukan hak kita. hak mutlak Allah yang dipinjamkan. dengan berfikir macam tu insayaAllah kita akan suka memberi.

bila dah bukan hak kita mesti kita akan memberi kepada yang berhak.

negara kita berapa ramai yang tersenarai sebagai jutawan. tapi berapa ramai jugak yang tersenarai sebagai pengemis. cuba dari 0.001% harta di beri oleh jutawan kepada pengemis?

tapi manusia sentiasa ada sifat tamak. tak pernah puas. tak pernah cukup!

Hidup Untuk Memberi

inilah tagline blog denaihati. aku sokong. hidup ini untuk memberi.

0 comments:

Post a Comment

My Instagram