Sehingga kini rasanya hampir 3 minggu blog ini ditinggalkan tidak terupdate. terlampau sibuk dengan hal duniawi hal didunia maya dikurangkan priority nya sementara menumpukan sepenuh perhatian kepada hal yang lebih penting.
walaupun lama tak update blog. tapi aku masih lagi berada didunia maya ini bersama halaman sosial yang lain. iaitu Twitter
setelah lama tidak update. aku dapat rasakan satu perasaan yang ganjil bila dah lama tak menjengok ke dashboard blogger ini. perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata. adakah itu rindu. atau adakah kerana sudah lama tidak ku tengok dashboard yang tidak berapa cute ini.
tapi yang aku pasti. rasa kekok apabila butang 'New Post' di tekan. perasaan yang di alami adalah aku tak tahu macam mane hendak memulakan penulisan ini. sangat berat. bagai orang mati akal. mati kutu. mati idea. mati segala-galanya. setelah lebih sepuluh minit mata merenung skrin monitor Samsung SyncMaster 793DF. akhirnya hiruf pertama yang ditekan adalah 's'.
dengan rentak yang perlahan. aku meneruskan perjalanan penulisanku ini. akhirnya aku bagai mendapat rentakku balik.
Jika anda membaca ayat ini bermakna, aku susahpun berjaya mendapatkan rentakkan ku kembali.
Reading
0 comments:
Post a Comment