Footer

Ilmu jadi bekalan | Kedekut ilmu

Kali pertama memang menggerunkan. gementar takut semua perasaan datang dalam satu pakej. semuanya adalah sebab kita tidak mempunyai pengetahuan ke atas nya. tidak kira dalam apa pun yang kita lakukan, masa kecik-kecik dulu ketika pertama kali masuk sekolah. macam-macam perkara yang bermain difikiran kita. perasaan pada ketika itu bercampur baur. gementar, takut, teruja semuanya tak dapat kita tafsirkan. macam-macam yang bermain difikiran ini. tapi selepas melalui hari pertama sekolah semua bagaikan macam tak pernah berlaku. semua perasaan tersebut lenyap sama sekali..

Ilmu, kalau nak bercakap pasal ilmu ini memang tak habis. ayat Al-Quran yang pertama turun adalah berkaitan dengan ilmu. bacalah. ilmu itu penting.

dulu aku tak tahu betapa pentingnya ilmu. sekarang baru aku sedar bahawa dengan ilmu sahaja lah dapat meninggikan martabat kita. tapi kadang-kadang aku rasa sistem pelajaran di negara ini perlu dikaji semula. aku ingat zaman aku belajar dulu memang exam oriented. hanya belajar untuk score final exam. abes exam semua ke laut. sekarang mula lah nak bukak buku balik. lagi teruk kena study semula dari A sampai Z. bukan buka sekadar 'refresh' memory.

kedekut ilmu. ni pun satu hal jugak.. baru sekarang aku sedar bahawa ilmu ini macam makanan jugak. tak boleh kedekut. kalau kita makan sorang mesti kembung perut. jadi kena berkongsi. kita tak rugi pun kalau berkongsi ilmu.

berdasarkan dari pengalaman sendiri yang lepas-lepas macam tu lah.. dulu aku rasa takut nak ajar orang. takut orang lain lagi pandai dari aku. takut orang lain dapat score tinggi dalam exam. aku silap. aku lupa bahawa dalam menuntut ilmu itu ada keberkatan. berkat ilmu itu adalah dengan kita mengajarkan ilmu yang kita ada pada orang lain. kalau kita berkongsi atau mengajarkan ilmu kita kepada orang lain sebenarnya kita tak pernah rugi pun. ilmu kita tak akan habis pun.

aku lupa ilmu itu sangat luas. tak habis kalau nak pelajari semuanya. kalau diibaratkan ilmu itu adalah air ilmu selautan ilmu milik Allah hanya setitik milik kita. semakin dalam diselami, semakin kecil rasanya diri ini. tapi biasalah manusia ini insan yang alpa yang selalu lupa.

baru-baru ini aku di motivasikan oleh share holder baru di tempat aku kerja dari China, Mr. Alex. aku kagum aku sedar, betapa hebatnya orang bukan islam berfikir. ketika bersembang dengannya dia menceritakan bagaimana kisah hidupnya dari seorang yang susah sehingga dia berjaya. falsafah hidup dirinya yang boleh aku ambil jadi panduan.

dia kata jangan takut untuk mengajar orang lain. kalau dia ajar sesuatu ilmu pada orang lain dia tak rugi pun. dia masih ada banyak lagi benda yang dia boleh belajar. orang yang kita ajar takkan boleh tandingi kita. tetapi mereka boleh melepasi kita sekiranya kita berhenti belajar.

jika difikirkan betul lah. banyak lagi perkara yang boleh kita pelajari. jika kita mengajar satu ilmu. kita boleh belajar dua lagi ilmu. bermakna kita dah ada 3 ilmu. satu telah kita kongsi, ajarkan pada orang lain. begitulah seterusnya. maksudnya jika kita ajar. kita takkan pernah sama atau rendah dari orang yang kita ajarkan. lagi bagus jika kita saling ajar mengajar. kita ajar satu ilmu, kemudian kita belajar satu ilmu.

harap-harap boleh faham lah.. kalau tak faham. point dia adalah jangan kedekut ilmu. takkan habis pun ilmu. sama macam kita makan kalau kita berkongsi makanan pun jadi lebih sedap.

0 comments:

Post a Comment

My Instagram