Footer

Kenapa Kita Lupa? | Slot Akasia Seribu Kali Cinta

Seribu kali Cinta. bagi yang tak pernah tengok, boleh tengok hari ini pada pukul 6.30 ptg di TV3. setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 6.30 sehingga 7.30, di mana cerita ini menggantikan siri Chinta.



aku bukan nak promote cerita ini. tapi aku ingin mengajak anda berfikir. walaupun cerita ini menggunakan konsep filem 50 First Dates (2004) arahan Peter Segel, di mana heroin cerita itu akan lupa segala-gala yang berlaku hari ini keesokkan hari disebabkan kerosakan bahagian otak yang dinamakan temporal lobes. Itu adalah penjelasan doctor dalam filem itu, dalam dunia perubatan aku tak tau betul ke tak aku bukan doctor.

kerosakan otak yang yang berlaku semasa kemalangan itu menyebabkan kegagalan pesakit untuk menukar short term memory kepada long term memori ketika tidur. hasilnya short term memory akan hilang begitu saja.

perumpamaannya adalah seperti anda ingin memindahkan data gambar² dan video dari BlackBerry anda ke laptop anda di sebabkan memory telefon sudah penuh. tetapi sayangnya cabel telefon anda rosak. Mengakibatkan kegagalan untuk transfer data dari memori kad ke hard disk laptop. memory telefon tetap kena delete sebab dah penuh.

haaa… tu dia. panjang berjela dia punya perumpamaan.

berbalik kepada topik kita tadi. kenapa kita lupa? Relevannya dengan cerita Seribu Kali Cinta aku terfikirkan sesuatu. benda ini menjawab kenapa kita lupa. dalam adegan yang aku lihat semalam (1 Disember 2010, Ep.) semasa minum petang. Miasara kecewa bila lihat Nizam berdua-duaan dengan Sofea. kalau aku jadi nizam aku tak perlu risau pun sebab besok pagi sure Miasara lupa. tapi drama, aku tak tahu kenapa Nizam dok risau sangat.

Kenapa kita lupa?


begitu indah ciptaan Yang Maha Pencipta yang menciptakan otak kita sedemikian rupa. lihat saja sistem pengurusan memori dalam otak kita.

short term memory, long term memory. hebat bukan, jika memori tersebut jarang digunakan otak kita akan delete data tu. akibatnya kita lupa. tapi data tersebut tidak terus dipadamkan dari otak kita tapi disimpan pada satu tempat, kalau computer dinamakan 'Recycle Bin' kita boleh 'recall' balik benda yang kita dah lupa. ini telah di buktikan sains 'memori' tersebut boleh diaccess dalam keadaan separa sedar atau dengan kata lain anda di hypnosis.

ini menyebabkan memori otak anda tidak akan pernah penuh.

bila kita mengalami mimpi buruk. atau kita sendiri yang mengalami kejadian buruk. syukur kerana Allah kurniakan kita sifat lupa. jika tidak saat anda membaca entri ini anda masih lagi dalam trauma. dengan sifat lupa ini kita dapat hidup dengan tenang tanpa terigat peristiwa-peritiwa pahit yang tidak mahu kita ingat. ubatnya… adalah masa. masa penawar segala-galanya. sebab itu sebagai umat islam kita dituntut untuk bersabar.

sifat lupa satu anugerah, bukan masalah.

Sebelum ini: BlackBerry Bold 9780 atau BB Torch 9800 dari Celcom

0 comments:

Post a Comment

My Instagram