zaman aku dah berakhir. sekarang aku bagi kat budak² junior pulak untuk belajar erti kehidupan sebagai seorang pelajar. ramai yang pasti bersetuju dengan aku bila aku cakap masa zaman belajar adalah detik atau waktu yang paling indah.
sebabnya terlalu banyak memori untuk dikenang semasa kita berada pada zaman tersebut, tak kira walau kita belajar hanya setakat darjah 6 ke UPSR ke, PMR ke, SPM pasti ada memori untuk dikenang. dan juga pasti ada kisah untuk diceritakan kepada anak-anak atau cucu-cucu anda nanti. tapi bagi aku zaman tersebutlah zaman paling banyak aku belajar, zaman tersebutlah yang membentuk diriku menjadikan apa yang ada pada aku sekarang.
kalau nak di ceritakan memori mungkin akan pecah keyboard ni. jadi, aku tak nak cerita pasal memori. biar aku cerita kat anak-anak dan cucu-cucu aku nanti. kalau nak tahu jugak boleh isi borang, apply jadi anak aku.
pepatah melayu berkata;
Tuntutlah Ilmu Hingga ke Negeri China
tapi aku ada perasan jugak. budak² yang belajar kat oversea dorang tak pergi pun belajar kat China. dorang suka US, Jepun, Australia, Canada, Mesir dan etc. aku rasa orang yang cipta pepatah ni kena revised balik ni.
tak pun teori aku, mungkin sebab dorang dah tahu takde orang nak g belajar kat China sebab tu la dia promote China buat pepatah. mungkin jugak kan?
Tuntutlah Ilmu walau sampai ke Negeri China. sedap kan sket bunyi dia. kalau macam ni baru aku faham sket maksud dia. carilah ilmu tu walau terpaksa merantau jauh (orang dulu-dulu rasa China tu dah sangat jauh, sebab dulu pedagang dari China je datang berdagang, lagipun dorang xde GPS, tak tahu China kat mane).
walaupun aku dah lama meninggalkan zaman sekolah, zaman sebagai pelajar, dan juga zaman sebagai student. sampai sekarang pun aku masih belajar lagi. terasa kecilnya diri ini apabila makin belajar makin banyak yang aku tak tahu. ustaz aku dulu cakap kalau nak dibandingkan ilmu manusia dangan ilmu Allah s.w.t ibarat lautan yang terbentang luas, setitik air itu adalah ilmu manusia. itu pun ilmu Qalam yang dipinjamkan Allah kepada manusia. tercengang aku!
adapun ilmu Allah itu terbahagi kepada 3 sukatan iaitu; Ilmu Qalam, Ilmu Ghaib dan Ilmu Syahadah.
sesungguhnya belajar itu menyeronokkan (walaupun masa belajar dulu selalu merungut bila belajar). adalah satu kepuasan jika kita menguasai sesuatu ilmu itu, dan jangan loket pulak untuk mengajarkan kepada orang lain. bila tak loket makin banyak ilmu yang kita dapat. yang terakhir, jangan lupa amalkan takde guna kalau belajar sampai ke
akhir sekali selamat memulakan persekolahan bagi budak-budak yang nak baru nak belajar erti kehidupan sebagai seorang murid/pelajar. dan selamat belajar juga kepada ibu-ibu dan bapa-bapa yang masuk sekali belajar bersama-sama anak dalam kelas. ibubapa pun perlu belajar untuk percayakan cikgu-cikgu yang bakal mengajar anak anda, belajar untuk mengajar anak berdikari. sekian Coretan
1 comments
Tu hadis,bukanya pepatah melayu,org mcm ni lah yg nk merosakan bgsa sndiri..so.jangan pandai2 tukar hadis kepada pepatah
ReplyDelete