Hari ke-21 Ramadhan | Merdeka ke-53

Puasa dah nak abes. raya dah nak dekat. tapi bila tanya amalan? makin bertambah ke makin berkurang. sendri mau jawab la. sendri mau ingat. sendri mau buat.

petang ni kita cita sket pasal merdeka. semalam tepat kul 12 tengah malam ramai orang dok laung MERDEKA MERDEKA MERDEKA… tapi. inilah persoalan yang nak aku timbulkan merdeka dari apa? penjajah? british? komunis?

itu 53 tahun yang lepas. orang dulu yang merdeka, kita sekarang hanya sambutan ulang tahun kemerdekaan. diulang sekali lagi kita hanya menyambut ulang tahun kemerdekaan.

cuma kat sini aku nak melahirkan perasaan sedih. sebabnya negara kita sebenarnya sedang bergolak. tengok kes buang bayi. tengok drama politik sekarang. entah la mungkin sebab aku tak pernah hidup zaman Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, zaman Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein, zaman Tun Hussein bin Dato' Onn. yang aku tahu celik mata je perdana menteri adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Teori RAHMAN


apa yang membimbangkan aku bila melihat keadaan politik sekarang ialah mengenai teori RAHMAN. siapa yang tak tahu teori RAHMAN. ok semua orang tahu. theori perdana menteri Malaysia.

paling aku bimbang mengenai teori RAHMAN ini adalah cuba anda teka 'who will be next prime minister?' tak boleh jawab kan? siapa akan jadi perdana menteri seterusnya.

teori RAHMAN dah complete. mungkin tiada lagi perdana menteri kita. itu yang aku risaukan pasal teori RAHMAN ini. apa maksudnya? sama-sama kita fikir dengan melihat keadaan politik sekarang. apa pun ade yang mengatakan teori RAHMAN akan bermula semula.

teori aku pulak adalah teori ABDUL, Abdul Razak, perdana menteri kedua.

senario keadaan Malaysia sekarang. puncanya adalah satu. satu punca, tetapi mengandungi 5 perkara. sama-sama kita melihat sketsa kemerdekaan ini untuk mengetahui apa 5 perkara itu.

SKETSA MERDEKA — di YouTube.com



inilah yang sepatutnya di pegang oleh rakyat Malaysia. istilah rakyat ini tidak terkecualikan pemimpin-pemimpin negara. jika kerakyatan anda pada Kad Pengenalan adalah warganegara anda adalah rakyat Malaysia. hayati betul perkara yang 5 ini.

pendek kata. kalau perkara yang 5 ini diamalkan, Buletin Utama terpaksa dipendekkan menjadi setengah jam.

sekian, negara kita tanggungjawab bersama.

Tiada respon untuk "Hari ke-21 Ramadhan | Merdeka ke-53"

Post a Comment