Footer

Mencari Perbezaan atau Persamaan

Dulu masa zaman-zaman mengorat dulu, pasti akan pernah dengar ayat-ayat ini. " awak suka makan apa? " tanya si lelaki, dan jawab si perempuan. " saya suka makan nasi lemak.. awak? " maka jawap si lelaki dengan bersemangat " yeke? saya pun awak. saya pun suka makann nasi lemak. sama lah kita awak. ade jodoh ni kita sebab makanan kegemaran kita sama ".

maka jawapan aku... "hahaha...." sempitnya pemikiran mereka. termasuk aku zaman jahiliah dulu.

fikir-fikir balik kenapa boleh ada pemikiran macam tu? sungguh tak berkembang minda. aku pernah tanya kawan aku, kenapa ye masa mula-mula bercinta kita selalu tanya macam-macam kat pasangan kita lepas tu compare dengan kita. makanan kegemaran, warna kesukaan, rancangan favourite dan sebagainya...

jawapan dia simple. baru serasi kalau cari yang ade persamaan. tapi kalau yang takde persamaan pula, macam mane? alaa.. jawapan yang sebenarnya aku tau dah. senang nak sembang kalau banyak persamaan. orang kata kalau nak sembang tu layan lah. takde la satu pihak je yang syok cakap, satu lagi iyekan aje. at least ade feedback yang menggalakkan jika banyak persamaan.

dari segi perbezaan pula. sorang penyabar, sorang pemarah. bukan kah itu melengkapkan. kalo seorang pasif, seorang aktif. bukan lagi bahagia rumahtangga? Sir Isaac Newton dalam hukumnya yang ketiga menyatakan F = – F. jika digunapakai dalam konsep ini maka untuk menjadikan sistem itu dalam keseimbangan perlu ada daya/kuasa yang bertentangan. contohnya positif dan negatif. begitu juga rumahtangga perlu ada element yang bertentangan. baru rumah tangga berada dalam keseimbangan. baru bahagia. okay, mungkin bahasa aku tinggi sangat. sapa yang tak faham sila abaikan, baca perenggan yang seterusnya.

jadi kembali kepada persoalan asal kita. mana yang kita akan pilih? mencari perbezaan atau persamaan? ingat pilihan di tangan kita. gunakan kelebihan akal yang kita ada. jangan sia-siakannya.

jadi konklusi kita pada hari ini ialah:-

Persamaan itu membina keserasian, Perbezaan itu melengkapkan

persamaan membina keserasian bersama, kebanyakkan masa dapat dihabiskan bersama. bila banyak masa dihabiskan bersama makin terjalin ikatan hidup bersama, semakin lama semakin kukuh.

perbezaan pula, saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. untuk manjalani hidup yang lebih sempurna maka dengan saling melengkapi antara satu sama lain.

7 comments

  1. time bercinta , semua sama.. time dah kawin.. ?? hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. time dah kawen.. semua bawak hal masing-masing. takde dah yang sama. haha

      Delete
  2. hehehehe
    selalu macam tu la
    kalau sorang tu api..sorang lagi air..
    kalau dua2 api..susah
    kalau dua2 air pun susah
    hehehehe


    P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2

    http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

    ReplyDelete
  3. Masa bercinta ambil berat sehingga gosok gigi pun ditanya. :-)

    ReplyDelete

My Instagram