Footer

Bersediakah kita menghadapi masa depan?

Bismillah. Alhamdulillah…

Pernahkan anda membayangkan masa depan anda? mungkin anda dapat bayangkan. tapi hasilnya adalah tak seperti yang anda bayangkan. kali ini saya ingin mengajak anda semua berfikir apa yang akan terjadi dalam 10 tahun lagi. dalam 20 tahun lagi.

aku pernah terbaca satu artikel dari Mohd Radi yang bertajuk Jangan Simpan Duit.. tapi simpanlah EMAS sangat menarik perhatian aku. kadang² tu manakutkan pun ada.

banyak benda yang aku belajar dari artikel itu. salah satunya RULE 72 dimana bagaimana nilai wang berkurang dengan masa. jadi tak heran la kalau dengar cita bonda dulu g sekolah bawak duit 10sen je. itu pun dah boleh beli makanan dengan air semua. sekarang 10sen nak masuk public toilet pun tak lepas.

yang menariknya bukti keruntuhan ekonomi kapitalis akan runtuh memang sangat jelas. cuma kita yang idak bersedia untuk menghadapinya.

memang tak dinafikan sejarah wang kertas adalah daripada jongkong emas. disebabkan emas adalah berat untuk di bawa kemana² jongkong emas digantikan dengan wang kertas. tapi pengeluarannya adalah berdasarkan standard jongkong emas. kalau nak tahu lebih lagi pasal sejarah di rujuk Wikipedia. sistem kapitalis ini akan hancur akibat ketamakkan manusia.

jadi sebenarnya tak rugi kalau kita simpan harta dalam bentuk emas. pernah tak anda fikir. bank ada tak duit yang kita simpan tu. fikir kalau semua orang keluarkan duit bank ada ke tak duit yang kita simpan itu. mungkin duit kita wujud dalam bentuk nombor sahaja di penyata bank. duitnya sebenarnya tak pernah wujud?

rasionalnya... barang kemas kalau takde duit boleh gadai.

nilai wang hari² susut nilainya. once goes down never going up itu peraturan dia. wang dalam wallet kita pun menyusut nilai dia setiap minit. tak percaya? kenapa harga tanah semakin meningkat. dulu arwah atuk aku jual tanah kat jiran sebelah rumah aku ni RM50 je sebidang. kalau tak susut nilai dah berapa ekar tanah aku ade. sekarang pun dah ade satu ekar tanah dalam wallet aku.

nilai emas tak kan menurun. hanya sesekali anda akan lihat di tv kejatuhan nilai emas beberapa sen. hakikatnya nilai emas takkan menyusut. malah meningkat.

cukup sampai sini saja pasal duit. belum masuk pasal bekalan air dan tenaga lagi. reserve minyak kita semakin habis. sekarang kita boleh hidup sebab kita masih net eksporter (nilai eksport lagi banyak dari nilai import) bila minyak kita dah habis kita akan jadi net importer. kita akan mengimport minyak tanpa ada eksport. mana kita nak cari duit?

pernahkah kita fikir apa akan jadi pada kita pada masa itu?

kita akan mampu menempuhinya kalau kita bersedia secukupnya. bersedia dari segi kewangan dan juga mental.

kalau kita pernah lihat filem-filem Sci-Fi (sains fiksyen) bagaimana orang barat gambarkan keadaan dimasa hadapan? macam itu la kita akan jadi. krisis air. krisis tenaga. krisis ekonomi.

3 comments

  1. salam singgah pepagi... apapun simpan keimanan untuk hari berbangkit kelak...

    ReplyDelete
  2. kene ready kumpul emas ni. hohohoho...

    ReplyDelete
  3. dunia sekarang ini apa2 pun nak duit.. jangan lah disebabkan duit n hartalah membuatkan hati kita semakin buta hurmm

    ReplyDelete

My Instagram