Footer

Kena tindih masa tidur

Seringkali aku dengar cerita, peristiwa-peristiwa kena tindih masa tidur. biasanya bila mangsa-mangsa tindih ini bercerita pasti akan dikaitkan dengan cerita-cerita mistik. aku pun pelik jugak dengan rakyat Malaysia ni. paling tepat aku tuju ke bangsa aku sendiri. sebab tu filem-filem bergenre seram ni boleh box office. dasyat jugak penangan unsur mistik ni.

berbalik kepada rentetan peristiwa dan pengalaman di tidih masa tidur.. korang pernah kena tindih?

majoriti cerita yang aku dengar dari magsa-mangsa tidih ini cakap ada satu lembaga sedang menindihnya. tapi bila ditanya pelbagai soalan, boleh pulak cakap "aku takut nak buka mata, dalam hati dah baca ayat kursi berulang-ulang kali." persoalan aku, macam mane boleh nampak lembaga hitam yang sedang menindih itu sedangkan takut nak buka mata?

bila kena tindih badan tak dapat nak gerak langsung. nak jerit suara tak keluar seolah-olah suara takde. rasa seperti kita dah meronta-ronta. tapi keadaan tempat tidur tetap tak berubah takde kesan meronta-ronta pun. mungkin perasaan atau hanya mainan minda. ada jugak yang sesak nafas akibat di tindih dengan 'makhluk' yang berat itu.

aku sendiri?


ya, aku akui. aku juga mengalami beberapa siri peristiwa kena tindih. mungkin kerana aku tak nampak makhluk yang menindih aku tapi aku cuma merasainya.

yang herannya ada persamaan dalam kesemua siri 'kena tindih' tersebut menyebabkan aku jump kepada satu konklusi.

selalunya kejadian berlaku bila badan aku terlampau penat dan letih. kali pertama merasai 'kena tindih' iaitu kira-kira pukul 5 pagi dimana aku tak tahu pukul berapa aku tidur. yang aku tahu malam itu aku stay up sampai pagi walaupun waktu itu badan aku dah penat dan letih sangat. sampai tak sedar tertidur. rasanya dalam 5 minit lepas tu terasa badan ditindih.

aku cuba meronta. tapi kesemua anggota badan aku kaku. tak dapat digerakkan. betul-betul kena tindih ni. suara pun tidak keluar dari kotak suara.

orang kata biasanya kalau kena tindih sebab kita tidur tempat tidur 'dia'. tapi masalahnya masa kejadian tu, itu tempat tidur aku. dah bertahun aku tidur situ. takkan 'dia' nak tumpang tidur sekali kot. atau 'dia' nak tidur dengan aku? arghh tidak.. aku tak mau tidur dengan 'dia' aku nak tidur dengan isteri aku.

maka kesimpulan yang dapat aku buat. kena tidih masa tidur adalah disebabkan oleh badan yang terlalu penat. jadi kalau kena tindih, check korang penat tak masa tu? cukup tidur? sedang mengalami tekanan? etc..

9 comments

  1. aku pon penah kene tindih. kat tempat tidor tetap. maknenye aku dah duduk situ dalam setahun macamtu. tapi hari tu aku tak penat la sangat. juz masa mula2 terlelap tu, aku ada mimpi tertidur dekat kawasan perkuburan, then tetibe mayat2 berduyun2 sebelah aku. lepastu, aku terjaga (bukak mata) nak istighfar, terus kena tindih. badan kaku, tak boleh buat apa2. rasa nak menjerit sebab aku boleh nampak member sebelah dengan bantuan cahaya samar2. alih2 suara tak keluar. last2 aku baca al-fatihah, ayat kerusi 3 kali, baru okay. adela dalam 3 minit macam tu. then terus aku cerita kat membe aku tu, dia nampak mata aku terbeliak masa tu. bende ni jadi kat hostel aku duduk dua kali. dah setahun duduk, baru jadi. kire tempat 'dia' jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'dia' nak tumpang tidur sekali tu

      Delete
  2. aku lak tdur tmpt berthun2 pastu shrian kije so pnat tdur petng agak lama la..pastu biler mlm tu nk tdur lg last2 kne...mula dya mimpi then badn jd kaku....berulang2 kali...

    ReplyDelete
  3. Salam... Memang betul pendapat semua org yg badan terlalu letih waktu itu... Plus jugak kebanyakan xsempat mandi hadas jadi diri kotor dan diganggu makhluk halus seperti jin & syaitan. Kita wajib percaya kewujudan mereka dan x wajib percaya pada mereka.

    Aku rasa aku baru lepas kena tadi. Mula2 nak tido depan tv tp xdpt tidur lena. Pindah masuk bilik yg start kena. Cuma xde la kena tindih.. Cuma kaku xleh buat apa2... Badan aku rasa mcm automatik bangun utk bersilat tp aku baca al-Fatihah makin lama makin ok... Nk ikutkan yg aku mimpi tu ade lg... Panjang plak nk cite.

    ReplyDelete
  4. jangan panik mase tengah kne himpit.. cube bertenang dan berjalan menggunakan roh.. anda semua akan melihat alam ghaib(bunian) yang penuh dgn ketenangan dan kecantikan.. percaya la.. itu adalah alam untuk mereka menginginkan.. selamat mencuba.. saya sudah lalui dan kini seringkali memasuki alam tersebut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. aku ada pengalaman kena tindih...bertahun2 aku dh rasa...selalu aku kena masa pkoi 5pgi..punca aku kena...aku balik lambat xbasuh kaki...ada benda ikut balik skali...aku percaya bnda ni jin...sebb aku biasa rasa tgn jin pegang pinggang aku...lepas tu...aku pindah rumah...dekat 1tahun aku xkena tindih...pastu ttba aku kena tindih...ada bnda dy bercakap kt telinga aku...sumpah aku xtipu...ni pegalaman aku gan kena tindih...cara nk lawan gan antu ni senang ja...dy penakut..kalau kita kuat dy lari la...jgn panik...cuba gerakkan tgn..mesty boleh sikit2..cari phone bukak lampu...lari la hntu tu...ataupon buat bsing jtuhkn apa2 brg...lari la bnda tu...selalunya aku kena tindih...masa aku dh separuh tido...bila kena tindih...aku cuba bukak mata...aku boleh bukak mata...leh gerakkn tgn ckit...tpi xboleh jerit je....apa2 pon..ni mmg makhluk halus...sekali tu aku kena tindih dekat2 nk subuh...dgar org azan...lari trus...hahaha..mmg comform hantu...kalau xcaya...jgn cabar bnda tu..haha...

      Delete

My Instagram