Footer

Jangan ulangi kesilapan abang-abang dan kakak-kakak anda

Islam tidak pernah menghalang umatnya bercinta. malah menggalakkan, tetapi ada garis panduan dan larangan yang telah jelas dinyatakan. namun sabagai umat islam yang lemah kita tak pernah lari dari melakukan kesilapan.

Jika anda seorang abang / kakak


anda adalah contoh terbesar untuk adik-adik anda. tanggungjawab anda paling besar. yang pasti apa yang anda buat, apa yang anda lakukan diperhatikan oleh adik-adik anda.

mungkin anda sebagai adik abang atau kakak tidak sedar. tapi itu lah yang akan adik anda tiru.

topik kali ini adalah berkaitan dengan cinta. bagaimana anda bercinta, akan jadi ikutan adik-adik anda. pertama, reaksi keluarga. mereka melihat anda bercinta, berpacaran tiada tentangan dari keluarga.

oleh sebab itu, mereka dah tahu kalau buat begini begitu mak ayah takkan marah. kalau mak ayah nak marah mereka akan mempersoalkan anda.

ingat, walau mak & ayah tak marah tak bermakna perkara yang haram boleh jadi di haruskan atau halal. yang haram tetap haram. yang halal tetap halal. tiada yang tengah-tengah. tiada "halam". adanya halal dan haram seiring dengan adanya syurga dan neraka. malah tiada di tengah-tengah. takkan Allah campakkan kita di sempadan syurga dan neraka. tapi salah satu. samada di masukkan ke syurga atau di campakkan ke neraka.

Jika anda seorang adik


jangan ulang kesilapan kakak-kakak dan abang-abang anda. tak semestinya kakak dan abang anda buat maka anda boleh juga buat. kita ada halal dan haram. ikut hukum jika ingin hidup bahagia di syurga atau anda mahu sebaliknya.

matlamat tak menghalalkan cara

nak menghalalkan sebuah perhubungan bukannya senang. benda ini yang perlu anda fikir jika ingin memulakan sebuah perhubungan.

kepada lelaki, tanya diri anda adakah anda mampu nak menyara anak orang? kalau kredit telefon pun guna duit mak ayah. jangan mimpi nak couple, jangan mimpi nak cari awek, jangan mimpi nak berpacaran.

kepada wanita, adakah anda boleh pasangan anda boleh sara anda dengan cinta? bolehkah cinta beli pencuci muka anda, beli mekap anda? anda mungkin boleh kenyang dengan cinta. tapi cuba anda bangun dari khayalan mimpi.

mula belajar dari kakak / abang anda. jangan ulangi kesalahan mereka.

Sebelum ini: Menarik pembaca ke blog anda | Guna Magnet

0 comments:

Post a Comment

My Instagram