Footer

Kekejaman Masa

Sungguh kejamkan masa? kejap je da habis bulan Januari.. banyak lagi yang aku belum capai dalam hidup ini. banyak lagi yang aku impikan. banyak lagi yang aku rancang belum terlaksana. masa bukan stakat dengki je dengan aku, bukan setakat cembur je dengan aku. tapi masa seboleh-bolehnya nak menjatuhkan aku. tak boleh biar macam ni. aku kena fight dengan masa. tunggu kau masa. nanti sampai masa ko plak. hahaha.

salah penggunaan masa menyebabkan kita akan menyesal tak berkesudahan. bak kata pepatah. "Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna." jadi nasihat aku, berwaspadalah dengan penggunaan masa.

ini kerana, masa yang terlepas tidak boleh diganti. dalam hal ini pepatah melayu ini tidak dapat diguna pakai. "Patah tumbuh hilang berganti". ianya hanya merujuk kepada seseorang atau kepada sesuatu benda, contohnya seseorang pemimpin yang telah mati atau barang hilang yang mungkin boleh ditemukan semula atau sesuatu yang hilang dan boleh digantikan semula.

yang tak boleh digantikan semula ialah waktu, saat, detik, dan masa.

waktu tidak boleh dicipta, malah alam ini tercipta oleh peredaran waktu. Tuhan menyebut bahawa alam ini tercipta dalam enam masa. masa cuma boleh dinamakan, dipenggal, dipecahkan, dipotong sebagai hari, minggu bulan serta dinamakan Ahad, Isnin dan sebagainya.

Rasullullah s.a.w berpesan. ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara. 5 perkara ini lah yang aku selalu lupa.

  1. Sihat sebelum Sakit
  2. Muda sebelum Tua
  3. Kaya sebelum Miskin
  4. Lapang sebelum Sempit
  5. Hidup sebelum Mati.
sesungguhnya peringatan ini merupakan peluang-peluang yang kita ada di mana sudah jelas akan kelebihannya. cuma ingat waktu kita hidup ini lah untuk kita sediakan bekalan kita di akhirat kelak. kerana apabila mata terpejam, nafas terhenti, hanya amal soleh, sedekah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.

0 comments:

Post a Comment

My Instagram