Bila mana kita di uji, jangan mengeluh jangan merintih
11:08:00 PMWhen Allah drops needles and pins along your path of life, don't step away. Instead, pick them up and collect them. They were designed to teach you to be Stronger and Wiser…
inilah pepatah yang aku masih ingat lagi di mana seorang sahabat telah bagi kat aku dengan SMS masa aku bersedih atas ujian Allah. daripada SMS tersebut aku bangun dan bangkit kembali. aku sedar bahawa dunia aku belum berakhir lagi.
kenapa kita di uji? dan kenapa kita? kenapa perlu ujian ini?
sebenarnya bukan kita sahaja di uji. malah nabi-nabi sebelum ini sangat hebat di uji Allah. malah baginda Rasulullah S.A.W sendiri di uji Allah. apatah kita hambanya yang hina.
setelah lama aku berfikir. pelbagai persoalan bermain difikiran aku.
maka secara logiknya sebelum seseorang itu hendak di naikkan pangkat. seseorang itu perlu mengambil satu ujian kenaikkan pangkat. begitu juga dengan kita masa kecik² dulu. sebelum kita naik sekolah menengah kita akan meduduki peperiksaan UPSR, sebelum naik menengah atas PMR, sebelum masuk universiti SPM & STPM.
begitulah konsepnya. sebelum Allah ingin mengurniakan sesuatu nikmat kepada kita biasanya kita akan diuji. jadi jangan merintih atau mengeluh dengan sesuatu ujian. hanya orang yang benar-benar layak sahaja akan mendapat ganjaran Allah. ingat Allah itu maha adil.
cuba bayangkan bahawa anda seorang doktor pakar jantung. dimana anda akan melakukan satu pembedahan pemindahan jantung kepada seorang budak. apa yang anda akan lakukan sebelum pemindahan jantung?
ya, betul melakukan pelbagai ujian untuk memastikan bahawa jantung yang baru ini akan berfungsi dengan baik. tanpa ada sebarang kesan yang tidak diingini ataupun jantung yang di terima tidak sesuai.
0 comments:
Post a Comment