Footer

5 Perkara yang perlu anda lakukan bila lampu isyarat bertukar kuning

1. Tekan minyak memecut


memang dah jadi peraturan baru yang telah di wartakan oleh pihak berkuasa bahawa apabila lampu isyarat bertukar dari hijau ke kuning anda perlu memecut kenderaan anda kerana anda perlu berhenti bila lampu merah.

2. Tekan brek berhenti


adalah menjadi kesalahan jika anda menekan brek kenderaan anda. sila lakukan seperti No.1 di atas jika anda tidak mahu di hon oleh kenderaan di belakang kerana menggagu laluan kenderaan belakang.

3. Guna short cut


kaedah ini adalah paling popular di kalangan penunggang motorsikal. sekiranya kaedah pertama tadi tidak sempat maka penunggang motorsikal khususnya akan menggunakan segala short-cut yang ada.

dari pemerhatian aku short-cut yang popular adalah dengan membelok kekiri (belok kiri lampu sentiasa hijau). selepas itu crossing jalan tersebut kemudian belok kekiri lagi. short-cut ini adalah untuk jalan terus (simpang pukul 12). sekiranya untuk ke simpang kanan (pukul 3) ulang step diatas sekali lagi. mudahkan?

cara ini aku namakan kaedah pemandu berhemah. sebab tak langgar lampu isyarat.

4. Membuat pusingan U (U-turn)


kaedah ini sudah lama tidak di amalkan kerana pihak berkuasa telah memasang pembahagi-pembahagi (divider) jalan raya untuk mencecah aktiviti melarikan diri daripada lampu isyarat. kenderaan-kenderaan besar sudah tidak lagi mengamalkan aktiviti ini. tetapi bagi kenderaan ringan seperti motorsikal dan basikal. mereka masih lagi mengamalkan aktiviti ini.

5. Telefon buat aduan


dan akhir sekali menelefon talian aduan yang terdapat pada tiang-tiang lampu isyarat melaporkan bahawa lampu isyarat sudah rosak. kerana lampu merah menyala. sebelum sampai di lampu isyarat lampu berfungsi dengan baik kerana lampu hijau menyala. lampu merah menandakan keadaan tidak baik atau rosak seperti mesin-mesin yang lain (error light).

1 comments

My Instagram