Sesungguhnya aku tidak tahu apabila jari ini mula menekan papan kekekuci Samsung yang berharga dalam lingkungan RM10. tetapi apa yang pasti perkara yang hendak di sampaikan adalah perkara yang sedang bermain di benak fikiranku.
Allah S.W.T mengurniakan sepasang otak kepada kita supaya kita menggunakannya sebaik mungkin. sungguh indah ciptaan tuhan yang maha kuasa. dia tidak mengurniakan satu. tatapi terus di berikan dua kepada kita. firman Allah:
Mahasuci (Allah) yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan diri mereka sendiri mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui.
(Surah Yasin Ayat 36)
sedar atau tidak sememangnya ape yang ada di muka bumi ini ber pasang-pasangan. baik hidupan mahupun perkara lain.
kita punyai perasaan sedih. maka pasangan gembira. kita berasa stress (tegang) maka pasanganya tenang. semua berada jelas di depan mata kita. persoalannya samada kita sedar atau tidak? kita gunakan akal fikiran kita atau tidak untuk memikirkan dan mengagumi kekuasaan Allah.
…Tidakkah kamu berfikir?
(Surah Al-Baqarah Ayat 44)
Kadang-kadang bila aku merasi ketenangan aku mula suka berfikir. pelbagai soalan yang ditimbulkan dalam benak fikiran aku. dan apabila proses berfikir berdebat dalam fikiran aku. maka akhirnya akan keluar satu jawapan. jawapan yang sama iaitu Allah S.W.T. yang maha agung dan maha kuasa. Coretan
0 comments:
Post a Comment