Footer

Kembali Menulis

Terasa janggal bila mula menulis kembali di ruangan ini. tapi aku rasa tak sangat tak senang duduk bila tidak menulis. bila dah kembali menulis, aku harap kali ini akan sentiasa istiqamah dalam menulis. takda dah holiday break or busy.

sebenarnya sibuk bukan alasan, tuhan dah bagi masa untuk kita selama 24 jam sehari. 7 hari seminggu. yang membezakan kita adalah bagaimana kita menfaatkan masa 24 jam sehari yang tuhan bagi kepada kita. nampak macam banyak, sehari 24 jam. tapi sebenarnya kejap je, itu pun kalau kita gunakan dengan sebaiknya.

kali ini agak lama aku tidak menjenguk warkah cyber ini. mungkin kerana nakhodanya masih lagi tidak dapat menentukan nombor mana datang dulu antara 9 dengan 5. susunan nombor 1 2 3 menjadi 3 1 2. dan juga matematik mudah 2 + 3 menjadi 6.

malam ini aku tahu. aku sedar mengapa setahun tidak ku jenguk warkah ini. aku bina warkah ini dengan satu niat. satu tujuan. mungkin bila aku jauh dengan niat sebenar aku, maka jari-jemari kecilku tidak lagi lincah menari di atas keyboard ini. yang pasti ianya deangan sendirinya menari lincah bila aku berada di jalan yang sepatutnya..

sebenarnya, kalau nak quick reply daripada aku follow twitter penulis blog ni @MusafirCyber atau akaun twitter blog ini @CoretanCyber untuk notify blog post terbaru. tapi maaf buat masa sekarang mungkin takde post terbaru. next time insyaAllah..

follow lah akuan twitter aku.. kadang-kadang twitter lagi cepat update dari blog. interaction pun cepat. twitterkan micro-blog.

0 comments:

Post a Comment

My Instagram