Kemalangan Jalan Raya | Tips untuk anda membuat laporan polis

Malang tidak berbau, sering saja kita dengar perumpamaan ini hari-hari. kes kemalangan jalanraya kini berlaku hampir setiap minit di Malaysia. bezanya cuma teruk atas tidak sahaja. aku sendiri pernah terlibat dengan kemalangan jalanraya semasa memandu balik ke kampus dahulu selepas hari raya pulang ke kampung.

nasihat aku. jika kemalangan pertama, jangan PANIK. kedua, pun… JANGAN PANIK. dan ketiga bertenang. sungguh aku tidak berpengalaman sewaktu itu untuk menghadapi situasi kemalangan jalanraya.

ini tips untuk anda  supaya anda tahu apa yang perlu dibuat jika anda ingin membuat laporan polis.

Jika kemalangan tanpa melibatkan pihak lain.


  1. Jika kemalangan melibat diri sendiri sahaja, apabila mengaku punca kemalangan adalah daripada diri sendiri, seperti mengantuk, menggunakan telefon dan sebagainya, akan membawa kepada implikasi saman.

  2. Apa pun ia atas budi bicara polis untuk menentukannya.

  3. Maka, buatlah sebaik mungkin, berbudi bahasa, bersopan santun, beperkerti mulia untuk mengambil hati polis.

  4. Sekiranya pegawai yang bertugas menganggap kemalangan tersebut disebabkan kecuaian diri sendiri, saman polis akan dikeluarkan sebanyak RM 300.

  5. Awas, jangan rasuah, mereka anti-rasuah!

Jika kemalangan melibatkan dua atau lebih pihak


  1. Jika dua kenderaan, selalunya pegawai polis akan memutuskan bahawa kenderaan di hadapan sebagai "yang dilanggar" dan kenderaan di belakang sebagai "yang melanggar", kecuali dibuktikan sebaliknya.

  2. Maka, dalam keadaan ini maka kenderaan di belakang akan disaman kerana "bersalah" melanggar kenderaan hadapan.

  3. Selain itu, apabila kemalangan melibatkan kenderaan yang berbeza saiz; contohnya kereta dengan lori, motor dengan kereta, maka yang "bersalah" adalah kenderaan yang lebih besar, kecuali dibuktikan sebaliknya.

  4. Situasi lain; jika ia melibatkan kenderaan dengan pejalan kaki, pemilik kenderaan akan didapati "bersalah", kecuali dibuktikan sebaliknya.

  5. Maka, "pihak yang bersalah" akan dikenakan saman sebanyak RM 300, dan sekiranya gagal, nama anada akan disenaraihitamkan.

  6. Akhir sekali, jangan sekali-kali mengingkari untuk menerima saman polis, kerana ia akan menyebabkan disaman dua kali atas dua kesalahan. Maknanya RM 300 x 2 = RM 600!

kemalangan yang aku alami adalah no.1 di atas dan kena saman RM300 seperti no.2 takde diskaun beb! sebab masa tu OPS SIKAP. tapi sebenarnya memang aku tak bersalah sebab kereta depan brek secara tiba-tiba kerana kereta depan dia membrek secara tiba-tiba. aku je tak sempat brek! mungkin sebab aku tak mengamalkan peraturan 4 saat kot. hahaha...

masa buat report tu buat penat je aku cerita kat polis tu. last-last dia cakap "cerita la macam mane pun aku tetap akan kena saman" adeh! melainkan kalau aku nak lawan boleh bukak kes. tapi biasanya kemalangan yang melibatkan kematian je akan buka kes. sebab hukuman dia berat.

aku redha je RM300 walaupun poket tengah kering masa tu.

yang last tu pernah terjadi kat kawan aku. bila dia nak renew roadtax tak boleh sebab nama dah kena blacklist. bila dicheck ada dua saman tak bayar. satu saman kesalahan yang dia buat sampai kena saman. pastu dia tak ngaku tak nak terima saman tu. kedua saman kerana tidak menerima saman tu. tak pasal-pasal melayang RM600 hahaha...

rujukan: afyan.com

Sebelum ini: Menghukum Lebih daripada memberi Jalan Penyelesaian

2 comments:

  1. td ak baru eksiden ngan motor.....ak nk wat uturn.....mcmana ntah keta ak stereng trlebih pusing n nk tmasuk lane satu lagi(mmang salah ak pon).......pakcik(naik motor) ni nak elak n jatuh la......dy cedera n luka2 kat tangan n kaki.......tayar depan motor dy rosak la.....keta ak xjadi apa2 cuma bumper 2 pecah ckit.........pakcik 2 x marah2 pon sbb dy kata bnda dh nak jadi.....pas2 ak hntar dy p klinik n tunggu smpai family dy datang.......ak bagi la no tpon kot2 lau ad apa2 nak claim ke???selain tu kna buat apa lagi ea???p balai polis???

    ReplyDelete
  2. Lewat internet ini saya mengutarakan
    ucapan terima kasih saya kepada MBAH SURYO
    yang telah membantu kehidupan keluarga saya
    dulunya saya Cuma seorang buruh kasar yang
    bekerja di salah satu kebun kelapa sawit
    milik : tuan H. BADRUN
    di daerah malaysia penghasilan saya
    perhari Cuma 55ribu rupiah,hanya pas pasan
    untuk mengecukupi kehidupan keluarga saya
    Alhamdulillah sekarang Sejak saya bergabung
    jadi member_ MBAH SURYO_
    dan ini. Kemenangan saya yg Ke 3X
    Kemarin Di kasih lagi.4D togel malaysia benar-benar tembus...
    impian saya selama ini sudah jadi kenyataan.
    Alhamdulillah Kehidupan keluarga saya pun
    jauh lebih baik dari pada sebelumnya.
    Buat saudara bapak/ibu yang ingin mendapatkan
    REJEKI melalui jalan TOGEL..atau yg sdh bosan dgn kemiskinan
    Hub: MBAH SURYO Di:( 081 242 333 760- )
    ...dijamin tembus 100% dan udah terbukti,silahkan anda buktikan sendiri
    di jamin anda akan bahagia dengan keluarga
    yang punya rumah salam jackpot & damai selalu

    ReplyDelete