Setiap kali 50 sen, lama-lama banyak jugak | Cekik darah dalam senyap

Samada anda sedar atau tidak. tapi itu lah hakikatnya. entri aku kali ini adalah berkaitan dengan Telco.

entri ni jugak untuk menyedarkan anda yang sedang terlena di buai mimpi. banyak lagi penipuan telco-telco sekarang. cuma kali ini aku bawakan salah satu daripadanya.

aku pengguna Maxis dan Celcom prepaid. jadi kadang-kadang kehabisan kredit tengah-tengah malam menjadi perkara biasa. kedai topup mana yang bukak tengah-tengah malam kalau bukan 7-Eleven je. so, mereka menyediakan SOS Topup atau Kredit Advance (nama je lain tapi service yang sama). penyelamat, tapi selamat dengan bala menunggu.

service charge sampai 50 sen. aku tulis entri ini sebab terfikir betapa bodohnya aku sebagai pengguna Maxis menggunakan SOS topup disebabkan kehabisan kredit. sekali guna dapat kredit percuma RM2.00 tapi bila dah topup. potong kredit sampai RM2.50.

sama jugak Celcom. namanya Credit Advance. konsep yang sama. cuma bezanya selagi tak guna selama 6 bulan no tersebut, kita akan di charge RM0.50 sebagai service charge. cuma sekarang aku suka guna Credit Advance Celcom sebab aku dah guna nombor Celcom dah 4 tahun dah. aku lagi suka Celcom!

Persoalannya?


berbaloikan anda buat SOS Topup / Credit Advance? bagi aku tak perlu selagi bukan hal yang tersangat penting atau kecemasan. kalau tak pergi cari kedai topup. sekarang di mana-mana pun dah ade jual topup.

kalau dah guna no celcom lebih 6 bulan boleh la guna Credit Advance bila-bila masa pun. takde charge beb.

RM0.50 dari RM2.00… 25% beb! 25% apa tu? RIBA' aku baru tengok tanyalah ustaz kat tv9. sungguh menusuk hati bila persoalan mengenai riba' dijawab.

mungkin ada yang cakap… ala 50 sen je. memang la 50 sen je. tapi tu sekali, dan aku juga yakin anda bukan hanya guna sekali kan? malah berkali-kali. cuba kira. dalam seminggu guna 3-4 kali. kalau guna 4 kali seminggu dah RM2.00. sebulan dah RM8.00. setahun RM96.00. dekat RM100 bai.

kalau aku tak sanggup… bazirkan RM96 setahun untuk sesuatu yang aku sendiri tak nampak apa gunanya. kalau aku ada topup 50 sen, aku nampak hasilnya aku boleh guna 50 keping SMS.

Kesimpulan


jangan suka-suka je guna SOS Topup service charge sampai 25% cuba bayangkan kalo anda buat pinjaman dengan service charge 25%. katakan pinjaman RM 50,000 + service charge 25% anda kena bayar balik RM 62,500. dan sah-sah anda takkan buat pinjaman tersebut. sebab bunga RM 62,500 - RM 50,000 = RM 12,500.

mungkin sebab nilai 50 sen anda cakap apa la sangat 50 sen. sebab RM2.00 berskala kecik. mari kita besarkan sekala. RM2.00 besarkan jadi RM 50,000, nak bagi orang RM 12,500 free-free je? tunggu kucing bertanduk la ye.

fikir-fikir kan lah.

Yang Benar,
pengguna Maxis yang tertipu

8 comments:

  1. inilah dia strategy kbnykan service talian.. smua nk untung.. kdang2 mlmpau pulak kan.. huuu~

    ReplyDelete
  2. dah lama tak guna SOS topup tu..dulu-dulu pernah la..

    ReplyDelete
  3. @Munix™: memang melampau. tapi tu la hakikatnya. tu baru isu SOS Top Up bnyak lagi yang cekik darah senanya.

    ReplyDelete
  4. @Weeda: kalau tak pernah guna baik tak yah guna dah.

    ReplyDelete
  5. Emmm sebenarnya kan boleh pilih antara guna SOS top up dan tidak , saya mangsa yang tertipu dan ditipu . Saya tekah pun TERguna SOS top up . macam mana nak elakkan SOS top up ? adakah perlu menukar SIM ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SOS topup adalah pilihan anda. tak perlu tukar SIM

      Delete
  6. tq utk info riba tu..mmg saya selalu guna. tpi lately bru trfikir hukumnya..rasa brdosa sgt sbb trlibat dgn riba tnpa disedari..oh tuhan, ampunkan daku :(

    nurulain

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu tak apa. bila dah tahu, kena buat tindakan :)

      Delete