Footer

Apa maksud kejayaan?

Sering kali kita merasakan hidup kita ni gagal. kita tak pernah berjaya. akibatnya kita sering saja murung sendiri. rasa down. rasa diri ini tak berguna. rasa rendah diri. dan macam-macam lagi reaksi negatif yang lahir dari kotak pikiran kita ini. bila tiba giliran kita untuk merasai kejayaan dalam hidup?

mengapa perlu berfikiran macam tu, sedangkan kita mempunyai banyak pilihan. pilihan untuk memilih kejayaan kita sendiri.

sebenarnya... apa maksud kejayaan itu sendiri? adakah kita berjaya apabila kita bergaji besar. atau kita berjaya jika memiliki kereta mewah dan rumah mewah yang besar? adakah seseorang yang memilih hidup yang sederhana tetapi bahagia dan menikmati setiap inci kehidupannya itu dianggap tidak berjaya? atau seseorang yang memilih kerjayaan sebagai seorang imam masjid bertauliah yang hanya dibayar elaun bulanan itu dianggap tidak berjaya?

saya serahkan kepada anda untuk memikirkannya.

Definisi kejayaan


bagaimana kita mendefinisikan kejayaan itu sendiri menentukan halatuju hidup kita. jika kita mendefinisikan kejayaan dengan memiliki kereta mewah, rumah mewah, kerja yang bergaji lumayan. maka, anda tidak akan berjaya selagi tidak memiliki semua itu. selagi itu anda merasa diri tak berjaya.

semuanya bergantung kepada definisi itu sendiri. bagaimana kita mendefinisikan diri kita itulah diri kita yang akan kita jadi. ingat usaha itu tangga kejayaan.

jadi cara terbaik untuk mencapai kejayaan adalah mendefinisikan kejayaan itu sendiri mengikut kemampuan kita. bukan hanya berbekalkan perasaan cemburu dan iri hati dengan orang lain menyebabkan kita meletakkan target untuk menjadi seperti sesorang itu. jadi diri sendiri lebih baik dari menjadi orang lain. hanya kita tahu potensi diri sendiri, dan kemampuan diri kita sendiri. dan berusahalah kearah itu.

cuma perlu ingat hidup kita ini tersangatlah singkat. jangan hanya kerana mengejar kemewahan dunia semata-mata akhirat dilupakan.

cuba tambahkan definisi kejayaan anda seperti ini.
dalam masa 10 tahun akan datang aku akan menjadi bos di tempat aku bekerja, memiliki sebuah kereta sendiri, sebuah rumah sendiri dan juga menjadi seorang yang soleh/solehah lebih daripada hari ini.
ini sebagai contohnya... tidak dilupakan juga kehidupan kita di akhirat kelak. sebaik-baiknya jika nak jadi bos. jadi bos yang beriman, bos yang boleh menjadi imam kepada anak-anak buah, bos yang senantiasa menjadi contoh dan teladan buat orang bawahannya.

sekian, semoga anda mencapai kejayaan yang anda idamkan di dalam hidup anda.

4 comments

  1. Salam maulidur rasul. penulisan yang menarik, kejayaan dunia akhirat mesti diutamakan.

    ReplyDelete
  2. good!!! tq for your words!! -me- insan yang ingin berjaya dalam hidup! yea!!

    ReplyDelete

My Instagram