Footer

Aku namakan entry ini adalah entry tanpa tajuk!

Oleh sebab entry ini aku dah namakan entry tanpa tajuk jadi entry ditulis tanpa mempunyai sebab dan musibat yang jelas. jadi jika anda bersedia membaca entry yang ditulis tidak mempunyai matlamat dan tujuan yang jelas sila teruskan bacaan. kalau tak sila ke Blog Musafiir Cyber untuk bahan bacaan yang lebih ilmiah.

bagi yang mahu meneruskan bacaan. jom bersama-sama aku untuk teruskan apa lagi yang ingin aku coretkan di sini.

pertama sekali aku nak pesan kepada anda yang tempat tinggalnya terdedah dengan risiko banjir sila jaga anak-anak anda. mahupun adik-adik anda dari terlepas bermain air. walaupun dalam perhatiaan anda dinasihatkan tidak memnbenarkan mereka bermain air. perlu di ingat air pada musim banjir arus di deras. tak pasal-pasal kang hanyut air. lagi satu ini mungkin ramai yang tidak amik berat. air banjir sebenarnya banyak mengandungi kuman. sedar atau tidak tangki-tangki najis bnyak ditenggelami air. tak kurang juga paip-paip pembetung yang turut di tenggelami air. dan yang terakhir jangan menambahkan lagi statistik kanak-kanak meninggal dihanyutkan air seterusnya jadi headline semua berita. setiap tahun musim banjir ade je kanak-kanak yang meninggal. semuanya lemas dihanyutkan air.

saat aku menulis entry ini hujan sedang mencurah-curah dengan lebatnya ke atas bumbung rumah ku ini. jika aku membuat 'rain farming' agaknya boleh buat bekal untuk mandi seminggu kot.

jadi anda mesti tertanya-tanya kan apa motif aku tulis entri ini? okay bagi tidak menghanpakan pembaca setia aku. iaitu anda! ya, anda… hanya anda yang membaca sehingga kini. tujuannya adalah satu untuk mengesan pembaca blog ini. ya, walaupun di statistik blog menunjukkan beribu-ribu page view. beratus-ratus visit sehari sekali pun, tanpa mengetahui siapa yang benar-benar membaca tulisan aku. aku tak lain dan tak bukan tergolong dalam golong SS. anda tahu apa itu SS?

kalau tak tahu SS adalah abbreviation untuk perkataan Syok Sendiri. tapi aku pasti. walau panjang berjela entri aku. paling kurang mensti ada seorang yang membacanya. siapakah seorang itu mungkin menjadi persoalan. tapi hanya orang yang membacanya sahaja yang mengetahui siapa seorang itu. seorang itu sudah pasti.

untuk mengetahui berapa orang yang membaca entri ini sehingga habis aku nak main game dengan anda. game dia sangat simple. selepas ini aku akan tanyakan satu soalan kemudian jawapannya anda perlu letak pada bahagian komen.

soalan pertama. apa bahasa ganti diri yang selalu anda gunakan untuk membahasakan anda dengan orang yang anda tidak kenal. sebagai contohnya… aku menulis entry ini dengan menggunakan bahasa ganti diriku adalah 'aku'. sila tulis perkataan pertama anda di bahagian komen.

bagi memastikan anda on the game. pastikan anda menggunakan nama Anonymous. sekarang taip jawapan untuk soalan pertama. kemudian anda retweet entri ini di twitter. ini penting untuk memastikan anda on the game. caranya adalah dengan tekan butang tweet dekat atas sekali.

kita tinggalkan game tadi sekejap. mari kita ingat balik atau kenangkan balik zaman kita masih budak-budak. maksud aku zaman anda masih kanak-kanak. lebih tepat lagi zaman di mana anda masih belum mumayiz lagi. zaman anda tak tahu nak membezakan yang mana yang baik yang mane yang buruk. biasanya dalam usia apling awal 3 tahun dan paling lewat 10 tahun. pada zaman ini, kalau anda ingat waktu yang paling bahagia dalam hidup anda. kalau anda sudah lupa. perhatikan anak² anda. atau yang belum kahwin boleh tengok adik sendiri. atau anak-anak saudara sendiri.

lihat bagaimana mereka enjoy hidup mereka. bagaimana mereka nikmati hidup mereka. bagaimana mereka membuat sesuatu perkara menjadi seronok. padahal kalau diikutkan fikiran kita yang logik benda yang mereka buat biasa je. tapi mereka boleh bersorak, terpekik melolong untuk memberitahu orang lain mereka tengah berseronok.

cuba kita ambil iktibar. belajar dari mereka bagaimana mereka enjoy hidup ini. hidup ini memang seronok. kadang-kadang kita yang buat hidup jadi bosan dan tidak seronok.

ok sekarang tiba masa untuk soalan kedua. apakah favourite hero anda masa kecik-kecik dulu? jawap sebaris dengan jawapan untuk soalan pertama di ruangan komen.

ok seterusnya taip pula jawapan kedua anda di kotak komen.

sekarang aku nak bawak anda berfikir. apa yang anda cita-citakan dulu? aku nak bawak anda ke zaman dimana semangat anda tengah berkobar-kobar ingin mencapai cita-cita anda itu. satu je aku nak tanya. di manakah semangat anda itu?

di mana semangat yang berkobar-kobar itu dulu? sekarang anda dimana? adakah semangat yang dulunya hangat kini sudah menjadi hangat-hangat tahi ayam?

satu perkara yang perlu anda tahu. bahawa hidup ini tidak semudah yang anda sangkakan. ramai yang kecundang di tengah jalan. ada yang mengambil jalan pintas dengan membunuh diri. tak kurang ada yang berputus harapan dengan janji-janji Allah.

mana taknya. saat kita dekat kepada Allah kita tak dapat apa yang kita mahu. kita sentiasa meminta, minta dan minta. namun permintaan kita ibarat anjing menyalak bukit. sungguh hinakah kita di saat itu? kita lihat mereka yang jauh dari jalan Allah begitu berjaya. masa belajar. merekalah top scorer. masa bekerja. mereka cepat naik pangkat.

kita bertanya. kenapa mereka yang begitu jauh kepada Allah begitu berjaya dalam hidup. tiada masalah. dapat apa saja yang mereka ingat kan.

mulai saat itu kita mula meragui keadilan Allah. kita mula meragui kuasa yang maha berkuasa. akhirnya kita kecundang. kita mula meniru mereka. tanpa kita sedar kita makin jauh dari Allah. ya... kita dapat apa yang kita inginkan. kita berjaya. kita dapat apa saja yang kita impikan dahulu.

tetapi hakikatnya Allah telah membenci kita. Allah tidak lagi menguji kita. kerana kita telah jauh dari jalannya. kita bahagia, kita gembira, kita seronok. dulu kita tahu mana yang haram mane yang halal. tapi kini tidak lagi. air haram menjadi minuman rutin kita. selepas satu, satu kemewahan yang kita dapat.

kita semakin jauh.. semakin jauh dari tikar dan sejadah. bila kita dah seronok dibuai dengan kemewahan dunia kita lupa segala-galanya.

itukah yang kita mahukan? tidak kah kita fikir kenapa Allah tidak perkenankan permintaan kita semasa kita merintih dan merayu kepadanya? Allah itu maha mengetahui. dia tahu apa yang terbaik untuk umatnya. untuk hambanya. semuanya telah diaturkan oleh Allah.

adakah anda suka jika Allah sudah tidak pedulikan kita lagi. malah dibenci oleh Allah. bila dia sudah tidak pedulikan kita lagi, pada zahirnya memang kita dapat apa yang kita nak. tapi bila Allah sudah membenci. hanya satu perkara kita perlu risaukan.

BALA Allah. masyaAllah… bala Allah bukan untuk kita seorang tapi sekali terun ramai yang kena. mudah-mudahan kita di jauhi dari bala Allah. Nauzubillah…

untuk soalan terakhir adalah siapa yang anda mahu dalam hidup ini? sudah ada jawapan? ok untuk soalan terakhir ini. aku nak anda send komen jawapan anda tadi. tanpa jawapan untuk soalan ketiga tu aku tak nak anda tulis sku nak anda simpan jawapan tu dalam hati.

sehingga kini anda mungkin merasa penat membaca entri yang panjang berjela ini kan? tahniah kepada anda kerana anda berjaya membaca entri sehingga ke penghujungnya. tapi tak abes lagi. ada lagi.

anda mungkin rasa entri ini takde motif. tapi untuk mengetahui motif dia sila tengok balik tajuk entri ini. dan sila simpan jawapan untuk soalan ketiga itu naik-baik dihati anda. jangan hilangkannya. jawapan soalan pertama dan kedua, biarkan ia bersemadi di sini di bahagian komen.

sebenarnya anda tidak perlu komen entri ini dengan menggunakan id anda mahupun url anda. cukup hanya dengan menggunakan Anonymous. dengan cara ini aku tahu bahawa anda betul² membaca entri ini sehingga habis. jika anda ingin meninggalkan jejak URL blog anda. anda boleh komen di entri sebelum ini dalam blog ini. jika ada komen yang menggunakan URL anda atau pun ID blogger. dah sah anda tak baca abis entri ini.

mungkin entri ini agak psycho. tapi ini adalah cara untuk mengetahui pembaca setia dengan pembaca fake.

dengan membuat entri yang panjang menggila macam entri ini.ada sesetengah pihak akan membaca hujung entri ini atau perenggan terakhir kemudian komen. aku yakin dan percaya bahawa nanti mesti ada manusia yang akan komen dengan tidak menggunakan Anonymous. percayalah akan ada. cuma kena tunggu dan lihat.

bagi mengakhiri entri yang terpanjang dalam blog ini. aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana berjaya menghabiskan pembacaan yang begitu panjang. mungkin tak panjang bagi yang pernah membaca entri yang lebih panjang dari entri ini. tetapi kalau anda betul mengikuti blog ini anda akan merasakan ini adalah entri yang terpanjang diantara semua entri yang ada dalam blog ini.

akhir kata selamat bercuti kepada semua. walaupun bukan hari raya anda, anda tetap cuti. sekolah pun cuti. inillah kelebihan negara yang berbilang kaum dan bangsa.

hari raya aidilfitri kita cuti. chinese new year kita cuti. deepavali pun kita cuti. raya haji pun cuti, hari krismas pun kita cuti, malah hari gawai pun kita cuti. betapa bagusnya jadi warga Malaysia. negara yang penuh dengan cuti.

sekian, salam 1 Malaysia.

peace \/ no war~

2 comments

My Instagram