Pelbagai teori konspirasi kini muncul sejak dua menjak ini. antara kisah Fida Aishah yang sangat popular di kalangan blogger. kisah Upin & Ipin dan teori konspirasinya. semuanya seronok di baca. tapi aku lebih tertarik dengan kisah yang melibatkan AC Konsortium yang lebih popular dikenali dengan ACK. dah dapat Dato' pun.
kisah ini bermula pagi tadi. aku membaca entri Gelang Ac Mizal – Fakta Atau Auta dari kak kujie. setelah merayau-rayau di dunia cyber akhirnya ada kebenaran juga entri-entri Muhd Aidid Muhd Addib tersebut.
pertama beliau menulis Gelang AC Mizal - A Disaster Waiting To Happen kemudian entri Gelang AC Mizal - Bayang Bala Di Ufuk Timur dan entri Gelang AC Mizal - Penipuan Testimonial Yang Amatur Sungguh! bagi menyokong entri pertama beliau.
kemudian entri susulan untuk menbalas balik kenyataan dari ACK yang menyatakan beliau hanya menyebarkan fitnah.
Gelang AC Mizal - Kat Mana Fitnahnya Beb?
Gelang AC Mizal - Ini Yang Aku Bengang Ni!
setelah membaca kesemua entri beliau itu aku memulakan siasatan. entri beliau memang tidak boleh di sangkal lagi. ibarat orang kata tunggu masa business nak lingkup je. bukti dah jelas di depan mata. semua yang berkaitan aku selongkar... termasuk facebook. ahli-ahli da banyak komplen bonus tak dapat lagi. dah setahun join bonus tak dapat. macam mane?
malah website ACMizalShop.com pun tak boleh nak access. siasatan pertama aku temui bukti ini.
daripada note Fan Page AC Mizal sendiri testimonial dari pengguna fake. kita lihat dialog ini.
AC menjawab
aku tak tahu apa yang dimaksudkan oleh AC. tapi Shahnon Ack tidak kelihatan lagi di page itu.
persoalan sekarang siapa ciplak siapa. jadi ujian mudahnya aku buat google test. di ambil dari Fan Page Facebook itu sendiri.
"I am diabetic and have been using insulin to control my diabetes for almost four years" aku google keyword ini dan hasilnya adalah. (itu adalah contoh je, anda boleh search keyword yang lain hasilnya tetap sama)
kenapa aku tunjuk search result ini? sebab aku nak anda perhatikan tarikh dia. dan bandingkan tarikh dengan search result ini. tengok laman url laman web dia sekali.
bukti ini hanya menyokong entri Gelang AC Mizal - Penipuan Testimonial Yang Amatur Sungguh! sungguh seperti budak² Universiti sekarang buat esaimen. google-copy-paste-edit-print.
sama juga hasilnya jika guna keyword yang lain antaranya.
- "I’ve had bursitis for over 20 years and the only way I could alleviate the pain was with a cortisone injection in my shoulder".
- "When my baby was only 3 weeks old, she would wake up in the middle of the night and screaming and crying for about 2-3 hours".
- "I have had severe back pain for the past 10 years resulting in two back surgeries".
- "I suffer from Raynaud's Phenomenon a condition that affects the hands and feet"
semuanya bergantung kepada anda. aku sudah pun melihat laman web Hottime Jewelry Co Ltd yang best nya ade service "Can laser your logo". sebulan syarikat itu mampu keluarkan hanya 1000 gelang. minimun belian adalah 100 utas. siap dengan dengan bekas lagi kompeni tu provide.
Kuala Lumpur? pasaran Malaysia ke. macam dunhill pulak London - Paris - New York. hahaha
anda sendiri yang menilai. kita di kurniakan akal untuk berfikir. kalau betul… tak lama lagi sistem MLM ini akan collapse. jika ter bukti ini adalah SCAM bermakna aku boleh labelkan penipuan ARTIS. dengan menggunakan nama artis senang-senang nak tipu orang ramai. ramai yang terlibat seperti Khai, Rosma, Alif, Salima, Afif dan ramai lagi. semuanya adalah konco-konco ACK. Internet Isu Semasa
4 comments
aku mmg xpcaya!
ReplyDeleteAdam, thank you for doing investigative work on this. It really is a scam and I feel sorry for those who have invested.
ReplyDeleteSemuga scammer mendapat pembalasan yang setimpal..
ReplyDeletehttp://miecyber.blogspot.com/2010/11/kaspersky-lab-menang-anugerah.html
jd scam la br kaya..., hahaha.. gud job ac tipu semua org.. hahaha..bukan senang nak tipu secara terbuka.. kira ac nie pakar tipu la nie.. :p
ReplyDelete