Footer

Mencari keburukan orang lain

Seringkali kita mendengar ada pihak yang beralasan berkata "Saya tidak mengumpat atau memfitnahnya, saya berkata yang benar! Saya ada bukti itu dan ini… ". pernyataan seolah-olah ingin menghalalkan perbuatan mereka.

Almarhum Sa'id Hawa menyebutkan bahawa Al-Hassan berkata yang bermaksud.

Mengatakan tentang hal orang lain itu terbahagi kepada tiga.

1. Ghibah: iaitu kamu mnyatakan apa yang ada pada dirinya.

2. Buhtan: iaitu kamu menyatakan apa yang tiada pada dirinya.

3. Ifkun: iaitu kamu menyatakan apa yang kamu dengar tentang dirinya.

biar dalam situasi apapun, menyembunyikan kelemahan dan keaiban seseorang adalah lebih utama dari menzahirkannya. kita pun tidak menyukai jika ada orang cuba memburuk-burukkan kita dan membuka keaiban kita. kan?

Iman Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

" Dan sesiapa yang menutup keaiban seseorang muslim maka Allah S.W.T akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah S.W.T sentiasa menolong seorang hamba, selama dia menolong hambanya. "

boleh menyatakan keburukan orang lain dengan syarat


Walau bagaimanapun, Iman Al-Ghazali menyebut bahawa menyatakan keburukan seseorang dibenarkan di dalam beberapa keadaan yang diperlukan sahaja dengan syarat tertentu. Antaranya seperti aduan seseorang yang dizalimi oleh seseorang yang lain kepada seorang hakim, meminta suatu hukum dalam satu perbuatan atau perkara, berniat untuk memberi peringatan kepada masyarakat atas seseorang yang terang-terangan dan bermegah-megah dengan melakukan maksiat dan beberapa perkara lain.

2 comments

My Instagram