Footer

Pesanan kepada pemandu yang sedang memandu

Pertama bila memandu jangan baca blog ini, bahaya! kedua tumpukan perhatian. ketiga ikut peraturan-peraturan di jalan raya. bukan sebab takut kena saman tapi untuk keselamatan orang lain dan juga paling penting keselamatan diri sendiri. ingatlah orang yang tersayang! dan… yang terakhir. benda paling penting SABAR!

ala yang ni kita dah selalu sengar. ini pesanan sebenarnya dari aku.

Bila Berhenti Jangan Lupa Tutup Lampu

al-maklum la sekarang musim tengkujuh tak abes lagi. di kala hujan ini. sudah jadi kebiasaan tangan untuk bukak lampu. tetapi tangan lupa untuk tutup bila matikan enjin kereta. lebih-lebih lagi memandu waktu siang. percentage nak lupa tutup tinggi bila memandu waktu hujan pada siang hari.

bila memandu waktu hujan ni banyak cabarannya. nak-nak kalau kereta takde aircond atau rosak. cabaran beb. abes berkabus cermin.

pastikan speed kenderaan anda bukan speed yang biasa anda bawah. seeloknya kurangkan sehingga 70% dari kelajuan biasa anda. hehehe. lagi slow lagi bagus. ye mungkin anda pemandu yang cekap. tapi orang lain tak berapa cekap.

dan… waktu-waktu hujan begini pastinya keadaan jalan akan menjadi worse ever. bak kata pepatah baru. jalan berair jangan disangka tak ada lubang.

ini yang perlu anda risaukan walau secekap mana anda memandu. mungkin ada pemandu yang mengelak lubang mendadak sehingga tidak nampak akan anda. atau mungkin akibat langgar lubang, anda hilang kawalan kenderaan anda? Awas! Lubang…

ceritanya hari ini aku dapat petunjuk. petunjuk yang datang tanpa kita sedar tapi kita tahu ia dari Allah.

ceritanya siang tadi aku memandu dalam hujan. akibat dari jarak penglihatan yang sangat terbatas. maka lampu pun dibuka. nak dijadikan cerita bila turun lupa nak tutup lampu. sehingga la kalau tak silap dalam sejam lebih terdengar sayup kedengaran annoucement.

telinga ku pantas menangkap… no pendaftaran kenderaan upanya. yang pasti, bukan keta aku! mesti keta ni block keta orang.

Ya Allah! lampu keta, maka bergegas la berlari-lari anak dalam hujan yang agak lebat berbekalkan sebuah payung biru. bukan payung emas

inilah salah satu petunjuk yang diberikan oleh Allah. walaupun hanya sekadar lintasan fikiran tapi itu sejenis petunjuk. tak semestinya petunjuk datang melalui mimpi. kadang-kadang terdengar perbualan orang pun adalah pertunjuk. takkan kita boleh senang-senang je terdengar. ye tak? mesti ada satu kuasa yang lebih hebat yang mengaturkannya.

Suratan Atau Kebetulan

hanya kerana announcement yang bukan menyebut keretaku. tapi akhirnya menyebut " lampu kereta anda tidak ditutup " ku fikirkan kereta itu menghalang laluan kereta lain atau menghalang kereta tak boleh keluar parking.

yang selamatnya beteri keta aku. nasib baik tak kong lagi. kalau tak menolak la keta nak balik.

sekian,

tiada satu pun kebetulan dalan dunia ini. tapi ada sebab dan akibat. takkan kewujudan bumi ini datu kebetulan. terhasil dari gabungan debu-debu halus bercamtum. akhirnya wujudnya bumi. anda fikirkan…

0 comments:

Post a Comment

My Instagram