Apa pentingnya hubungan silaturrahim?

Perkataan shillah dari segi bahasa bererti gabung atau kumpul dan makna rahmi pula ialah kaum kerabat yang dekat. Dari segi istilah pula silaturrahim ialah berlaku ihsan kepada kaum
kerabat sama ada daripada pihak si penghubung dan yang dihubungkan.

macam jawap kertas 2 SPM pendidikan Islam la pulak. topik kali ini simple. berkaitan silaturrahim. ramai yang lupa. mari kita sama-sama ingat kembali. meri kita sama-sama mengetahui apa pentingnya menjaga hubungan silaturrahim.

untuk malam ini. mari kita mengambil satu dari Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi.

" Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim "
(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

jadi tidak hairanlah jika jidup kita kurang dengan nikmati. merasa sempit bila nikmat lapang ditarik oleh Allah. hidup penuh dengan hutang. jika anda merasa hidup anda begitu. cuba periksa adakah anda telah memutuskan hubungan silaturrahim?

biasanya kita akan melakukan perkara tersebut puncanya adalah perselisihan faham. bila dah berselisih mula bermasam-muka. selepas bermasan muka, mula tidak bertegur sapa. bukankah lebih baik jika kita memaafkan. tak rugi.

jadi lah pemaaf, bukan pedendam. tiada guna berdendam jika itu hanya mengundang kemurkaan Allah. bila jadi pemaaf, kita tak rugi.

Sabda Rasulullah s.a.w

" Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tiga hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu "
(Riwayat Abu Daud)

walaupun riwayat dari Abu Daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari Al-Bukhari

riwayat al-Bukhari : " tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari… yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam "

1 comment: