Footer

Bila Dunia Sentiasa Salah…

Orang kata hidup ini ibarat roda, kadang-kadang kita berada di atas kadang-kadang kita berada di bawah. itu adalah faktanya. tapi sebaliknya, bila kita berada diatas kita lupa orang yang di bawah. bila kita berada dibawah, kita mula merungut, merintih salahkan takdir.

begitulah manusia. mudah lupa! dalam Al-Quran sendiri menyebut 'insan' di mana berasal dari perkataan 'Nasiya' yang bermaksud lupa, manakala insan pula bermaksud 'yang lupa'. ini menjelaskan kenapa kita lupa.

namun, pernahkan kita memaki hamun pemandu lain apabila melakukan kesalahan trafik. kita marah bila pemandu di depan kita sangat perlahan. padahal kita nak cepat. kita menekan hon bila pemandu di depan kita masih tidak bergerak sedangkan lampu isyarat telahpun bertukar hijau.

bila beratur mengambil lauk makan tengahari. dalam hati kita menyumpah, memaki hamun orang di depan kita yang lambat memilih lauk. terhegeh-hegeh memilih, padahal perut kita dan mainkan pelbagai lagu akibat tak sarapan pada pagi tadi.

bila kita sedang beratur ingin deposit wang tunai ke dalam akaun bank. berbulu mata kita melihat orang didepan yang cuma masukkan duit yang tidak diterima mesin berkali-kali. tambahan pada masa itu kita sedang mengejar masa.

tetapi, pernahkan kita memikirkan apa perasaan kita jika kita berada dalam situasi yang sebaliknya. apa perasaan kita bila kita terleka tak sedar lampu isyarat bertukar hijau dan pemandu di belakang kita menekan hon? apa perasaan kita jika kita sedang berfikir lauk apa pula yang akan menjadi santapan tengahari ini, tiba-tiba orang belakang membuat muka bosan bila anda melihatnya? apa perasaan anda apabila selepas bertungkus lumus memasukkan duit yang tidak diterima oleh mesin cash deposit bila berlalu meninggalkan mesin orang belakang membuat muka tak puas hati? sakit hati?

tanpa kita sedar kita memliki penyakit hati yang di namakan 'Double Standard'. kenapa apa yang kita buat semuanya betul. tapi bila orang lain buat, semuanya salah.

mungkin perkara ini nampak kecik. memang nampak kecik bila skopnya kecil, hanya melibatkan individu. tetapi jika melibatkan jumlah orang yang besar ini menjadi satu penyakit yang tidak ada ubatnya lagi.

puncanya adalah bila kita tidak melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut. hanya melihat dari sudut orang yang berada di atas. tapi jangan lupa, hidup tak selalunya indah. dalam hari cerah, gerimis datang mengundang. macam roda, tak selamanya kita berada diatas. ada masa kita berada dibawah.

cuba meletakkan diri kita pada tempat orang lain. insyaAllah hidup ini akan lebih indah.

1 comments

My Instagram