Footer

Pantun Hari Raya Aidilfitri untuk Semut Hitam

Terdengar takbir Syawal tersedu
Semut Itam bersalam penuh ceria
Semut Api di sini menumpang lalu
Mengucap salam lebaran mulia

Awal Syawal hari kemenangan
Peminat Semut Hitam saling berkunjungan
Tahmid bertakbir erti ketenangan
Bagi insan penuh kekurangan

Lemah gemalai Semut Api menari
Semut Itam tersenyum cantik dipandang
Meriah berkumpul di Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Semut Api & Semut Air mandi di perigi
Semut Itam & Semut Pteh menilik diri
Sinar Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Berhati-hati dijalan raya
Itulah pesan si Semut jelita
Sama-sama menyambut raya
bermaaf-maafan di hari bahagia

Semut Itam orangnya sangatlah mesra
Bersama Semut Api sering ketawa
Indah gembiranya berhari raya
bersyukurlah kita nikmat yang ada

Semut Api bersolek berseri-seri
selepas bersolek pergi ke pekan
Semut Itam menyusun sepuluh jari
salah dan silap harap maafkan

Terima kasih tidak terperi
atas budimu duhai pembaca
Ambil kesempatan ucapan diri
selamat hari raya pada semua (in advance)

Pantun-pantun yang berkaitan.

0 comments:

Post a Comment

My Instagram