2 min Reading
Add Comment
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Bagi menyempurnakan titah perintah Sri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, setelah diperkenankan oleh duli-duli yang maha mulia raja-raja. Maka adalah dengan ini saya mengishtiharkan bahawa tarikh hari raya puasa, bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 haribulan September tahun 2010.
Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Alamak raya hari jumaat ke? tak bestnya kena dengar dua khutbah dalam masa tak sampai 12jam. hukhuk…
Sketsa Semut
Semut Itam : Raya besok ke raya lusa?
Semut Api : Mestilah raya besok... semua dah heboh da cakap raya besok. Aku ade kenal orang kerja istana dorang cakap raya besok. confirm!
Semut Itam : eh?
Semut Api : Iya lah.. semua orang dah siap wat persiapan raya! aku pun dah sap dah. ketupat dah masak. lemang dah masak.
Semut Itam : iskh ko ni.. jangan macam tu. jangan dengar kabar angin.
Semut Api : mana ade kabar angin aku dah sahkan pun dengan kawan aku yang aku kata kerja istana tu.
Semut Itam : jangan percaya spekulasi yang macam tu. aku tahu orang yang sebarkan kabar angin tu sebenarnya tak nak raya hari jumaat. yelah sebab kena dengar khutbah dua kali. dekat2 palak tu jarak masa dia.
Semut Api : ye ke?
Semut Itam : satu lagi orang yang buat spekulasi ni mesti dari golongan peniaga. ye la nak promosikan barangan dorang dorang cakap la raya khamis. pastu ramai orang yang datang berpusu-pusu beli. semua ni taktik orang meniaga. kita je kena pandai kena bijak.
Semut Api : oooowh.. macam tu baru aku tahu! Cerita Semut Lawak
0 comments:
Post a Comment