Footer

10 Lagu Nostalgia bila tiba Hari Raya Aidilfitri

Selepas sahaja 15 hari kita berpuasa. radio-radio akan mula menyiarkan lagu-lagu raya untuk tatapan anda. antara lagu-lagu hari raya yang disiarkan. terdapat lagu-lagu apabila kita mendengarnya kita akan mengimbau kenangan lama. kadang-kadang tanpa lagu ini orang kata mood raya tu tak ada. mari kita lihat 10 lagu yang menjadi nostalgia raya.

1. Sudirman — Balik Kampung


lagu ni kalau tengah drive balik kampung ke baru orang kata tu semangat balik kampung berkobar-kobar. kalau driver bas bawak penumpang yang balik kampung pasang lagu ni sure satu bas nyanyi sama.

2. Aishah — Pulanglah


lagu yang mendayu-dayu ini sesuai untuk ibu-ibu, bapa-bapa di kampung yang ditinggalkan oleh anak mereka terkontang-kanteng kat kampung buat kerja kampung untuk mencari sesuap nasi. sebenarnya lagu ini mengisahkan pasangan kekasih yang menunggu kepulangan pasangannya untuk beraya di aidilfitri.

3. Mamat — Ku Pohon Restu Ayah Bonda


lagu ini memang shahdu bila dengar time nak raya. maklum la tah bape banyak dosa kita dengan ibu bapa kita. begitu jugak aku.

duhai bonda duhai ayahanda, ampunilah dosa-dosa ku....

4. Aman Shah — Kepulangan Anakmu


lagu ni baru betul untuk ibu-ibu, bapa-bapa yang sedang menunggu kepulangan anak-anak mereka ke kampung. biasalah dalam kesibukan kerja, anak-anak jarang pulang ke kampung jadi hanya satu-satunya harapan ibu bapa untuk berjumpa dengan anak mereka adalah di hari raya. jadi ambillah cuti untuk berjumpa dengan mereka. sesungguhnya mereka amat merindui anda.

5. P Ramlee — Dendang Perantau


Lagu ini jika dipasang oleh anak-anak perantau samada yang merantau mencari ilmu atau pun yang mencari rezeki. tapi yang paling meninggalkankesan dengan lagu ini adalah kepada mereka yang sedang menuntut ilmu di oversea. memang shahdu. bagi mereka yang merantau jauh ke negeri orang bila dengar lagu ni mesti nak balik kampung. perasaan nak balik kampung mesti membuak-buak bila dengar lagu ini.

6. Sudirman — Dari Jauh Ku Pohon Maaf


hari raya hari untuk kita bermaaf-maafan. jadi bila saja kita dengar lagu ini teringat saudara-mara sanak saudara yang berada jauh. teringat kawan-kawan, rakan-rakan, sahabat handai, bila dengar lagu ini kita kaan teringatkan mereka. teringatkan betapa banyaknya dosa kita dengan mereka. dari jauh ku pohonkan ampun maaf kepada semua yang mana ada terasa atau terguris dengan kata-kata mahupun tindakan aku yang mungkin aku tidak sedar.

7. Ahmad Jais — Selamat Hari Raya


lagu selamat hari raya ini merupakan lagu nostalgia untuk hari raya. sesiapa pun tak kan pernah jemu mendengar lagu ini. bila dengar lagu ini kita tahu bahawa raya dah nak dekat.

8. DJ Dave — Menjelang Hari Raya


lagu ini bila dengar lagi la bertambah mood nak raya. rasa dekat je nak raya walaupun baru 15 hari puasa. lagu ini boleh bagi mood raya kepada anda yang masih tidak mempunyai mood nak raya. bila dengar je lagu ni confirm mau shopping baju raya.

9. Saloma — Selamat Hari Raya


satu lagi lagu nostalgia lagu selamat hari raya yang mana kita tak pernah jemu mendengar lagu ini walaupun dah berkali-kali dengar. orang kata tu lagu wajib hari ray. lagu ini memberi semangat yang berkobar-kobar kat kita untuk raya. bila dengar lagu ini. segala penat untuk membuat persiapan raya hilang macam tu sahaja bila mendengar lagu ini.

10. S Jibeng — Musafir di Aidilfitri


lagu untuk aku. sesungguhnya aku bermusafir di alam maya ini. haha... sebenarnya lagu ini untuk orang-orang yang tak dapat balik beraya di Aidilfitri. mahupun mereka yang tinggal jauh di sabah/sarawak ataupun kepada meraka yang tidak dapat cuti. kena beraya di kota. mau nitis air mata mendengar lagu ini bila mana anda berada di situasi tersebut.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. di hari raya ini bermaaf-maafan lah sesama kita. lupakan kisah lama. kita buka lembaran baru. sesungguhnya Hari Raya adalah hari kemenangan bagi umat islam.

0 comments:

Post a Comment

My Instagram