Footer

Jangan ambil gambar duit nanti duit hilang!

Orang kata jangan amik gambar duet. nanti duit hilang. aku tak pernah dengar kata-kata ini sehingga lah pada petang semalam baru aku terdengar kata-kata ini. kejadian ini berlaku pada petang semalam.

nak di jadikan cerita.

Semalam 8 Syawal 1431 H, rumahku telah dipecah masuk. tinggalkan rumah pada pukul 3 lebih kurang 3 jam. balik je rumah xde tanda² pun umah kena pecah. macam biasa je sehingga la bonda ku perasan yang duitnya telah hilang.

entah macam mane aku terus terlintas difikiran umah kena pecah masuk. ternyata teori aku betul setelah bonda check barang² dalam bilik. aku terus ke bilik yang baru renovate tu sebab teori aku memang bermula dengan bilik tu. sementara bonda tengah check barang² aku pula check bilik tu. ternyata teori aku betul ade kesan pasir di lantai tepat bawah tingkap. kemudian aku check tingkap. memang ade kesan umpil tingkap..

memang ade bukti kesan orang masuk. cuma yang paling ketara dalam masa 3jam pada waktu siang boleh kena pecah.. nak kata umah aku jauh dengan rumah orang lain. tak jugak sebabnya kiri kanan depan belakang rumah aku ade rumah orang lain..

kehilangan adalah 2 bijik hp, duit bernilai RM80, dan juga barang kemas. tak abes semua ambil siket² bengong ke ape.. hp ada bnyak tapi yang amik cuma 2. duit kat empat tu ade RM100++ amik cuma RM80. barang kemas bnyak amik cuma seutas rantai tangan.

nampak sangat mat pit a.k.a mat dadah yang tengah sangap. tapi bersyukur jugak sebab tak licin kena rembat. laptop yang ade depan tv pun tak disentuh.

peliknya sebelum kluar rumah semalam adik laki aku ada mengambil gambar duit tersebut. malam tadi baru dia tunjuk gambar duit tu. terus adik perempuan aku plak cakap patut la ilang sebab ambil gambar duit. betul² RM80 sama macam duit yang hilang. RM50 sekeping, RM10 2 keping, RM1 10 keping.

masuk akal dan menjelaskan kenapa hanya RM80 je duit yang hilang. mungkin kebetulan atau mungkin betul ape yang adik perempuan aku cakap tu betul. bagi anda macam mane? kalau la aku jadi perompak mesti aku sapu habes duit. tak amik siket je.dah la duit tu dok sekali semua RM100++ tapi yang hilang RM80.

selepas dikira memang duit yang dalam gambar tu je yang hilang. amazing.. hairan bin ajaib.

siapa yang boleh bagi penjelasan bagi hal ini?

0 comments:

Post a Comment

My Instagram