Mungkin ada yang sedar atau tidak sedar mengenai fenomena kes pembungan bayi yang menjadi isu baru-baru ini. sekarang kes tersebut telah reda atau menjadi kes terpencil iaitu sangat jarang dan tidak dilaporkan di TV.
mungkin kerana kes jutawan kosmetik Sosilawati yang menjadi keutamaan. tapi aku perasan sebelum kes Sosilawati lagi kes buang bayi jadi makin pudar di televisyen.
mungkin ada pola atau lebih senang difahami ada musim. musim buang bayi. dimana kes buang bayi menjadi² dan bukannya kes terpencil.
jadi setelah aku fikir-fikir maka beberapa teori dapat aku kemukakan. faktor terbesar adalah pergaulan bebas.
Sambutan Tahun Baru
atau bahasa inggerisnya disebut New Year Celebration. budaya kitakah menyambut tahun baru 1 Januari? adat kitakah menyambut tahun baru Kalendar Gregorian? tidak kan. lihat betapa agungnya dunia barat yang mampu mempengaruhi generasi kita dengan budaya mereka.
tapi kenapa pula generasi kita tidak menyambut awal Muharram? beberapa kerat sahaja yang ke masjid menyambut awal Muharram. kenapa hal ini terjadi? sama-sama kita fikir di mana silapnya.
tetapi apa yang aku cuba kaitakan dengan Sambutan Tahun Baru ini adalah pergaulan bebas. apa yang terjadi semasa remaja kita sibuk menyambut tahun baru. lelaki dan perempuan keluar bersama tanpa batasan, tanpa menutup aurat, berpegang tangan, berpeluk-pelukan, malah lebih dasyat sehingga berkucupan. seolah-olah tiada pegangan agama langsung. adakah ibu bapa mereka tak pernah ajar?
dimana tugas seorang ibubapa dalam hal ini? adakah di serahkan kepada ustaz & ustazah di sekolah? siapa lagi yang perlu mendidik anak kita kalau bukan ibubapa.
harimau pun mengajar anak mereka memburu untuk memastikan anak-anak mereka dapat hidup dalam hutan dengan memburu binatang lain. jika tidak di ajar jadilah seperti anak harimau yang dipelihara oleh manusia. apabila diletakkan kembali ke dalam hutan ketika harimau tersebut sudah dewasa. dengan kata lain manusia tersebut sudah berjaya membunuh harimau tersebut. harimau tersebut akan mati kelaparan kerana tidak reti berburu.
Teori
mengikut teori aku lambakan kes pembungan bayi pada baru-baru ini adalah disebabkan oleh pergaulan bebas semasa sambutan tahun baru. cuba kita kira selama 9 bulan 10 hari, tepat pada hari raya puasa baru-baru ini.
ini menjelaskan mengapa kes pembuangan bayi tidak dilaporkan lagi selepas hari raya. ya, mungkin distraction kes Sosilawati. atau mungkin hanya tinggal kes terpencil sahaja.
inilah akibatnya, mengagungkan budaya barat. lelaki dan perempuan keluar lewat malam alasannya menyambut tahun baru. kemudian balik pada lewat pagi. ada yang bermalam. disinilah bermulanya benih-benih insan yang tidak berdosa.
mungkinkah terjadi lagi benih-benih yang tak berdosa pada sambutan kemerdekaan ke-53 baru-baru ini? sama-sama kita tunggu Mei & Jun tahun depan... Isu Semasa
1 comments
memang tepat sangat teori tu...setuju 100%..kebanyakannya bila dihitung memang sah projek dibuat time new year celeb....moga ALLAH sentiasa melindungi kita...
ReplyDelete