Kenapa manusia semakin kejam sekarang?

Kenapa manusia semakin kejam?Satu demi satu kekejaman berlaku. manusia sudah melampai batas, jangan sampai nanti malapetaka besar yang menimpa sebagai bala. Allah melarang umatnya melampaui batas. jangan sampai Allah menggantikan kita dengan ummat yang lain.

Semut Itam : Manusia semakin kejam lagi bagus kaum kita kan?

Semut Api : betul tu Semut Itam, aku sokong. kita kerjasama dalam semua perkara kan manusia semua nak bermusuh-musuhan, bergaduh, bunuh sana bunuh sini.

Semut Itam : ko tau tak, sekarang manusia dah makin kejam. dulu ada kes seorang datuk kena bunuh pastu kena kerat 18. lagi dahsyat daging dia dorang masak wat kenduri kat surau. semua jemaah makan kejam kan?

Semut Api : haaa, tu aku tau kes Mona Fendi kan tu kisah lama kekejaman pertama yang aku dengar.

Semut Itam : tu okay lagi. dah lama masa berlalu kes bunuh orang lepas tu mayat diletupkan C4. ini lagi dasyat. dulu kerat 18, sekarang mayat kena bom pulak sampai hancur tinggal cebisan daging ngan tulang je. dahsyat²

Semut Api : ni kes baru lagi kan? kes Altantuya. tapi aku tak berani nak ulas panjang sebab suspek utama sebenarnya... (syhhhh......)

Semut Itam : sapa?

Semut Api : alaaa... semua orang tahu. tak payah nak tanya lagi.

Semut Itam : kali ini baru-baru ini lagi kejam. bukan stakat bunuh, kerat, letup, kali ni bakar sampai tinggal abu je. lagi kejam. ape nak jadi dengan negara kita kan? tak lama lagi kes ape pulak?

Semut Api : tak lama lagi kes manusia diculik Allien. hahahaha

Semut Itam : aku sepak kang...

Semut Api : tapi kan apa-pun kekejaman manusia kita selamat.

Semut Itam : kenapa pulak?

Semut Api : yelah kita kan semut. paling kurang kena pijak. paling ganas kena racun. tu je

Semua Itam : ye tak ye jugak eh.

Tiada respon untuk "Kenapa manusia semakin kejam sekarang?"

Post a Comment