sungguh typical kan tajuk aku malam ini. tapi tak kisah la kan. tahniah jugak kepada adik bongsu aku yang hanya berjaya menangkap 2A sahaja. nasib baik dua-dua tu Bahasa Melayu kalau tak, tak layak jadi orang melayu. apapun tahniah sebab selama ini beliau memang tak pernah dapat A pun. main je kuat. takpe paling kurang pun dah banyak sijil ko kurikulum yang dah di simpan beliau.
ok, kembali kita kepada tajuk yang agak biasa orang buat tu. sebenarnya dalam 486,321 calon yang mengambil UPSR tahun ini di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara, hanya 48,327 calon yang lulus cemerlang dengan keputusan semua A. secara peratusannya mencatatkan sebanyak 9.94% pelajar cemerlang semua A.
ala... aku dulu pun tak sempat nak merasa 5A. tu pun sempat tangkap 4 je. jadi la buat kenangan. lagipun sekolah luar bandar mana la nak dapat tangkap bnyak² macam tu.
satu lagi kenyataan dan fakta tentang peratusan keputusan cemerlang UPSR di sekolah. biasanya sekolah di kawasan luar bandar akan mencatatkan peratusan keputusan cemerlang lebih rendah dari sekolah di bandar.
jadi cadangan aku untuk menjadikan peratusan pelajar cemerlang meningkat. cepat jadikan kawasan luar bandar ini bandar. confirm, sure semua orang akan dapat sraight A.
ok sampai sini saja entry ini.
Reading
2 comments
teringat zaman aku dulu..
ReplyDeleteaku dapat 2A 2B je.. adik-adik aku dapat straight A..
Tahniah kepada cousin aku yang mendapat 5 A
ReplyDelete