Ada lagi orang lebih gila pada aku rupanya

Di suatu pagi yang tenang. datang seorang yang terencat mentalnya ke tempat permainan Semut Api dan Semut Itam. di pendekkan cerita orang 'gila' tersebut sangat dikenali orang ramai dengan nama 'Babuji' memdekati Semut Api dan Semut Itam.

Semut Itam: Weii.. Babuji. ko nak apa?

Babuji: Aku nak join korang main laaa...

Semut Api: tak boleh la kitorang main berdua je. ko g main jauh-jauh!

Babuji: bagi la aku main sekali… (rayu Babuji).

Semut Itam: kalau nak main boleh. ko kena nyanyi lagi negaraku dulu. (mula membuli)

dengan penuh harapan Babuji pun mulakan menyanyi lagu negaraku dengan penuh rasa hormat dan cintakan negara dengan berdiri tegak. manakala Semut Api & Semut Itam tergelak berdekek-dekek.

Semut Itam: pandai ko nyanyi.

Babuji: aku dah boleh join korang?

mereka tak menjawab sooalan Babuji. masing-masing buat bodoh. Babuji makin bengang!

Semut Api: Babuji ko pegang apa tu? (sambil menunjukkan sarung tangan bola lisut yang Babuji jumpa dekat tempat buangan sampah)

Babuji: sarung tangan.

Semut Itam: kenapa tak pakai?

Babuji: dah pakai la ni. (sambil memakai sarung tangan itu)

Semut Api: salah tu babuji. pakai macam ni. letak kat atas kepala macam topi.

Babuji: macam ni? (sambil meletakkan atas kepala)

Semut Itam: bukan macam tu cara pakai dia. pakai kat kaki, macam kasut!

Babuji: (dalam hati: Ada lagi orang lebih gila pada aku rupanya)…

6 comments:

  1. kah kah kah.. saya baca.. tapi saya tak faham apa2.. tapi kalau nak di ikutkanbalik.. sape yang mental sebenarnya? hahahha

    ReplyDelete
  2. @Ain Zulaikha: kalau dah gelak tu faham la cerita tu. keh keh keh

    ReplyDelete
  3. sib baik babuji cakap dalam hati jer...hehe

    ReplyDelete
  4. @M a W a D D a Hhahaha... nasib baik. kalau cakap kuat²? camne

    ReplyDelete