Footer

5 Perkara yang anda lakukan selepas makan

Setiap kali selepas makan mesti ada saja aktiviti yang anda akan lakukan. lebih mengejutkan aktiviti ini kemudiannya menjadi satu tabiat atau habit bagi anda.

Cungkil Gigi


kalau gigi tak sempurna. gigi berterabur. gigi rongak, pasti perkara ini anda lakukuan sesudah makan. lebih² lagi jika hidangan anda adalah daging. golongan ini mesti ada pencungkil gigi kalau tak tak senang duduk dibuatnya.

Tengok TV


biasanya makan malam. lepas makan masing-masing mesti tersadai depan TV. kalau mat salleh berjemu tepi pantai. tapi, mereka berjemur depan TV tersadai depan TV kekenyangan. ini mesti kes makan banyak ni sampai dah tak leh nak buat aktiviti lain sampai tersadai.

Bersembang


akibat semasa makan lagi sedang membincangkan topik 'hangat' maka sampai dah abes makan pun tak selesai lagi. terbawa-bawa ke selepas makan. tetapi perlu diingat, aktiviti ini hanya boleh dilakukan apabila anda makan beramai-ramai. bila terpaksa makan sorang-sorang jangan gatal nak buat aktivti ini ye.

Kemas/Basuh Pingan


golongan emak-emak, ibu-ibu, mama-mama selalu jadi mangsa aktiviti ini. kalau yang ada anak-anak dara ringan siket beban si emak dan si ibu. tapi nak buat macam mane kan para bapak dan para si ayah sibuk melakukan aktiviti bersadai ataupun aktiviti yang di bawah ini.

Hisap Rokok


dan pemenangnya… aktiviti wajib atau orang kata tak complete makan kalau tak melakukan aktiviti ini. ibaratnya aktiviti ini adalah merupakan dessert selepas makan.

Anda bagaimana, apa yang anda lakukan selepas makan?

Sebelum ini: Disember | Target aku bulan ini

2 comments

  1. lepas makan...sy suka cari jajan...mkn sambil tgk tv.. :)

    ReplyDelete
  2. lepas makan akan tanye kat member

    "ade pape tak kat gigi aku?" hahaaa

    ReplyDelete

My Instagram