Footer

Kerana mulut badan binasa

Mulut… anugerah terbesar yang Allah kurniakan kepada aku. sebut saja kegunaan mulut, begitu banyak rasanya jika ingin ku disini mungkin ada yang aku terlepas pandang.

pun begitu sehebat mana anugerah yang dikurniakan kepada aku. terasa aku sering menyalahgunakannya. terasa kerdilnya diri ini. aku sakit!

aku suka berbicara. aku suka berkata-kata. walaupun tika itu aku tak perlu berkata-kata. namun mungkin aku memikirkan Allah mengurniakan mulut untuk aku berkata-kata.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:

" Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata yang baik atau - kalau tidak dapat berkata yang baik, hendaklah ia berdiam diri saja. "
(Muttafaq 'alaih)

Aku lupa… aku hampa. aku suka berbicara. kerap berbicara. tanpa aku sedar. semakin banyak berbicara semakin banyak salahnya.

Ya Allah, Ya Tuhanku. Allah sekalian alam Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. tolong hambamu ini. selamatkan hambamu ini.

aku tidak maha berbicara selain yang benar.

bantulah aku Ya Allah… berilah petunjuk padaku. jangan nanti aku dihukum kerana salah kataku.

aku menyesali perbuatanku… Ya Allah… Benar-benar menyesal…

jaga mulutmu. jaga percakapanmu. setiap inci perkataan yang keluar dari mulutmu adalah tanggungjawabmu. orang tua pernah berpesan…

terlajak perahu boleh diundur. terlajak kata, buruk padahnya.

hakikatnya lidah yang panjangnya lima inci boleh membunuh seorang manusia yang tingginya enam kaki. tusukan lidah lebih tajam dari tusukan dari sebilah pedang.

betul kata orang, kerana mulut badan binasa.

Sebelum ini: Apa yang anda harapkan dari hidup ini?

0 comments:

Post a Comment

My Instagram