Footer

Apa yang anda harapkan dari hidup ini?

Kadang-kadang aku terfikir apa tujuan hidup aku? kenapa aku hidup? apa aku nak buat. walau panjang, pendek, lama ataupun singkat usia kita. tujuan hidup kita semuanya sama.

dalam mencari tujuan hidup kita sering melakukan kesilapan. kesilapan mematangkan kita. kita sepatunya belajar dari kesilapan kita.

aku yakin dan pasti, semua orang sudah tahu tujuan mereka hidup di muka bumi ini. cuma mari kita muhasabah balik. adakah kita sekerang menuju ke arah tujuan itu? atau kita sudah tersasar jauh. kalau tersasar masih lagi sempat untuk kita mengubah haluan.

kata orang

Kalau sesat jalan, Kembali ke pangkal jalan

persoalannya. apa yang anda harapkan dari hidup ini? persoalan ini aku tinggalkan kepada anda untuk anda jawap dengan berpandukan tujuan hidup kita. ingat hidup akan lebih bermakna dengan memberi.

Life is Short

samada anda mahu hidup anda bermakna atau tidak. anda yang tentukan. tepuk dada tanya iman. orang kata jangan tanya aiman. sebab aiman akan jawap "Aiman tak kisah!".

gelak…

metaforanya. aiman adalah nafsu. hati yang sukar dikawal. yang dapat tundukkannya adalah iman dan akal. adakah kita mahu hidup kita hanya untuk memenuhi kehendak hati semata-mata? ikut rasa, binasa. ikut hati, mati. ikut nafsu, lesu.

hari ke hari usia kita makin bertambah. setiap tahun kita akan sambut ulangtahun kelahiran kita. berapa lama lagi kita dapat hidup kita tak tahu. di saat anda membaca tulisan ini umur anda sedang bertambah.

kemudian timbul lagi persoalan

Adakah amalan kita seiring dengan usia?


adakah usia kita berkadar terus dengan amalan kita. atau amalan kita sebenarnya berkadar songsang dengan usia. maafkan aku kalau anda teringatkan cikgu matematik anda dulu. aku cuma aplikasikan apa yang telah diajarkan kepada aku.

kembali kepada Pencipta kita. tak dapat aku bayangkan masa depan aku. tengok saja sekarang. tak pernah aku bayangkan dulu, kejatuhan moral bangsa melayu, lebih-lebih lagi umat islam sampai macam ni sekali. mungkin hanya pada nama saja.

* terdiam *

jadi, apa yang anda harapkan dari hidup ini?

Sebelum ini: Kenapa blog tiada orang komen?

0 comments:

Post a Comment

My Instagram