Sukar menerima perubahan

Satu lagi perangai dan sifat manusia sukar menerima perubahan. mereka sebenarnya terperangkap dalam penjara yang dinamakan kebiasaan. mereka boleh keluar dari penjara tersebut. tapi ada satu dinding halimunan yang menghalang mereka keluar dari pernjara itu. dinding itu adalah mental block.

yang paling ketara yang dapat aku lihat. perubahan Profile Facebook baru-baru ini. ada yang menyukainya. tapi ada yang membencinya. sehingga ada yang ingin menukar kembali kepada profile lama.

anda takut kepada perubahan atau takut kepada benda baru? apa yang perhatikan profile baru. tiada apa yang berubah. cuma interface je yang berbeza. malah aku bangga bila Facebook memperkenalkan profile baru. very cool, man. i tell you. what else?

aku dah ada akaun Facebook sejak 2006. dan aku dah lihat 3 atau 4 kali Facebook tukar layout. hasilnya aku sangat menyukai layout baru. dan layout yang anda ihat hari ini adalah adalah layout baru dari yang lama dulu. Facebook bukan muncul dengan layout yang ada sekarang. Facebook berevolusi menjadi yang lebih baik. orang puteh cakap constantly evolved (betul ke?)

anda pernah tengok profile Facebook yang lama strukturnya macam Friendster?

kembali kepada persoalan kita tadi. kenapa kita sangat sukar untuk menerima perubahan. ini yang aku cuba kaji. adakah hanya kita bangsa melayu. atau semua manusia begitu.

apa pula respond anda jika ada satu perubahan besar dalam hidup anda? boleh sesuaikan diri atau tidak? boleh tangani atau tidak?

Sebelum ini: Cannot Find Printer, Webcam Rosak | Lawak

Tiada respon untuk "Sukar menerima perubahan"

Post a Comment