Bila Dunia Sentiasa Salah…

Orang kata hidup ini ibarat roda, kadang-kadang kita berada di atas kadang-kadang kita berada di bawah. itu adalah faktanya. tapi sebaliknya, bila kita berada diatas kita lupa orang yang di bawah. bila kita berada dibawah, kita mula merungut, merintih salahkan takdir.

begitulah manusia. mudah lupa! dalam Al-Quran sendiri menyebut 'insan' di mana berasal dari perkataan 'Nasiya' yang bermaksud lupa, manakala insan pula bermaksud 'yang lupa'. ini menjelaskan kenapa kita lupa.

namun, pernahkan kita memaki hamun pemandu lain apabila melakukan kesalahan trafik. kita marah bila pemandu di depan kita sangat perlahan. padahal kita nak cepat. kita menekan hon bila pemandu di depan kita masih tidak bergerak sedangkan lampu isyarat telahpun bertukar hijau.

bila beratur mengambil lauk makan tengahari. dalam hati kita menyumpah, memaki hamun orang di depan kita yang lambat memilih lauk. terhegeh-hegeh memilih, padahal perut kita dan mainkan pelbagai lagu akibat tak sarapan pada pagi tadi.

bila kita sedang beratur ingin deposit wang tunai ke dalam akaun bank. berbulu mata kita melihat orang didepan yang cuma masukkan duit yang tidak diterima mesin berkali-kali. tambahan pada masa itu kita sedang mengejar masa.

tetapi, pernahkan kita memikirkan apa perasaan kita jika kita berada dalam situasi yang sebaliknya. apa perasaan kita bila kita terleka tak sedar lampu isyarat bertukar hijau dan pemandu di belakang kita menekan hon? apa perasaan kita jika kita sedang berfikir lauk apa pula yang akan menjadi santapan tengahari ini, tiba-tiba orang belakang membuat muka bosan bila anda melihatnya? apa perasaan anda apabila selepas bertungkus lumus memasukkan duit yang tidak diterima oleh mesin cash deposit bila berlalu meninggalkan mesin orang belakang membuat muka tak puas hati? sakit hati?

tanpa kita sedar kita memliki penyakit hati yang di namakan 'Double Standard'. kenapa apa yang kita buat semuanya betul. tapi bila orang lain buat, semuanya salah.

mungkin perkara ini nampak kecik. memang nampak kecik bila skopnya kecil, hanya melibatkan individu. tetapi jika melibatkan jumlah orang yang besar ini menjadi satu penyakit yang tidak ada ubatnya lagi.

puncanya adalah bila kita tidak melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut. hanya melihat dari sudut orang yang berada di atas. tapi jangan lupa, hidup tak selalunya indah. dalam hari cerah, gerimis datang mengundang. macam roda, tak selamanya kita berada diatas. ada masa kita berada dibawah.

cuba meletakkan diri kita pada tempat orang lain. insyaAllah hidup ini akan lebih indah.

Hilang Arah | Fikiran Bercelaru

Maaf. maaf ku pinta menghampakan para pembaca yang menunggu terbitan warkah baru dari blog usang ini. maaf kerana membiarkan kemarau Coretan Cyber berpanjangan di alam maya.

sebuah kapal akan terdampar jika tiada nakhodanya. sebuah cruise takkan berlayar tanpa kaptennya. sebuah blog takkan meneruskan terbitannya tanpa penulisnya. seorang penulis takkan menulis tanpa idea. sdakah penulisnya telah kering idea?

Bukan kemarau idea. tapi bila kotak fikiran tak dapat menentukan nombor mana yang datang dulu antara 9 dengan 5. bila susunan nombor 123 menjadi 312. bila minda menyatakan 2 + 3 = 6.

parah! namun virus ini hanya membuatkan setiap entri yang ditaip di akhiri dengan draft. bukan penulisnya tidak tahu. setiap entri yang ditulis akan terus dipublishnya. bukan untuk diperam. bila di peram makan benda lain jadinya. jus anggur bila diperam jadi arak. beras pulut yang bercampur ragi bila diperam menjadi tapai. namun bila entri yang di peram akhirnya menjadi sesuatu yang tidak dikehendaki oleh penulis. maka butang 'DEL' menjadi pilihan.

makin parah. maka untuk membezakan antara nombor 5 dan nombor 9 yang mana harus di letakkan di hadapan memerlukan terapi dan rawatan. untuk membetulkan susunan 312 manjadi 123 memerlukan penawar. cuma aku berjaya membetulkan 2 + 3 = 6. tidak memerlukan logik tapi memerlukan kreativiti. jika + diputarkan sebanyak 45 darjah. maka 2 x 3 = 6.

jadi jawapan kepada persoalan kenapa tiada entri yang fresh dari ladang untuk bulan ini adalah kerana minda yang bercelaru.

akhirnya aku berjaya membuat kesimpulan untuk entri ini. kebanyakkan mangsa draft adalah aku tak tahu macam mane nak mencari konklusi. akhirnya entri yang tertangguh menjadi draft. akhirnya yang terlampau bnyak akhirnya di delete.

bukannya aku tiada idea. namun idea yang bnyak jika tidak disusun akhirnya menjadi seperti lalat di kawasan pelupusan sampah. bercelaru.

Trafik yang tak lekang dek Zaman!

Nampaknya agak lama jugak juga blog ini di biarkan tidak berupdate. adi kali ini aku kembali ke sini untuk mengembalikan kesegaran blog ini.

jadi sekembalinya aku kesini aku bangga dengan blog ini kerana berjaya mengekal kan average visitor yang tinggi walaupun tiada entry baru dari blog. biasanya kalau aku tak update blog average visitor blog ini akan jatuh menjunam bawah 10 UV per days. maksudnya tak sempai 10 orang je yang tersesat kemari.

kesian. namun kini aku kembali untk mengembalikan kehangatan blog ini. sori kepada pembaca sekalian yang mengharapkan kemaskini terbaru dari blog ini.

tips untuk blogger. bagaimana nak mengekalkan kebanjiran pembaca ke blog anda walaupun anda tidak mengupdate blog?

jawapannya senang sahaja dengan membuat entri yang tak lekang dek zaman. entri ini akan memdapat sumber trafik dari ejen carian (search engine) seperti google dan yahoo, mahupun bing.

perkara ini memang dibuktikan dari blog ini semasa musim kemarau entri blog ini selama sebulan. melalui data dari analytics. sumber trafik yang terbesar di sumbang oleh ejen carian. lebih 50%.

tapi kenapa ye aku tak update? jawapan dia sama je dengan orang lain busy (atau buat² busy) haha… selamat membaca