Footer

Hilang Arah | Fikiran Bercelaru

Maaf. maaf ku pinta menghampakan para pembaca yang menunggu terbitan warkah baru dari blog usang ini. maaf kerana membiarkan kemarau Coretan Cyber berpanjangan di alam maya.

sebuah kapal akan terdampar jika tiada nakhodanya. sebuah cruise takkan berlayar tanpa kaptennya. sebuah blog takkan meneruskan terbitannya tanpa penulisnya. seorang penulis takkan menulis tanpa idea. sdakah penulisnya telah kering idea?

Bukan kemarau idea. tapi bila kotak fikiran tak dapat menentukan nombor mana yang datang dulu antara 9 dengan 5. bila susunan nombor 123 menjadi 312. bila minda menyatakan 2 + 3 = 6.

parah! namun virus ini hanya membuatkan setiap entri yang ditaip di akhiri dengan draft. bukan penulisnya tidak tahu. setiap entri yang ditulis akan terus dipublishnya. bukan untuk diperam. bila di peram makan benda lain jadinya. jus anggur bila diperam jadi arak. beras pulut yang bercampur ragi bila diperam menjadi tapai. namun bila entri yang di peram akhirnya menjadi sesuatu yang tidak dikehendaki oleh penulis. maka butang 'DEL' menjadi pilihan.

makin parah. maka untuk membezakan antara nombor 5 dan nombor 9 yang mana harus di letakkan di hadapan memerlukan terapi dan rawatan. untuk membetulkan susunan 312 manjadi 123 memerlukan penawar. cuma aku berjaya membetulkan 2 + 3 = 6. tidak memerlukan logik tapi memerlukan kreativiti. jika + diputarkan sebanyak 45 darjah. maka 2 x 3 = 6.

jadi jawapan kepada persoalan kenapa tiada entri yang fresh dari ladang untuk bulan ini adalah kerana minda yang bercelaru.

akhirnya aku berjaya membuat kesimpulan untuk entri ini. kebanyakkan mangsa draft adalah aku tak tahu macam mane nak mencari konklusi. akhirnya entri yang tertangguh menjadi draft. akhirnya yang terlampau bnyak akhirnya di delete.

bukannya aku tiada idea. namun idea yang bnyak jika tidak disusun akhirnya menjadi seperti lalat di kawasan pelupusan sampah. bercelaru.

1 comments

  1. Selalu jugak dalam situasi mcm ni...idea hanya setakat tajuk dan perenggan pertama...perenggan kedua dan seterusnya stuck, maka jadilah peraman dalam draft

    ReplyDelete

My Instagram