Footer

Perkara Asas kepada Kompleks

Bila tak menulis rasa nak menulis. bila dah menulis rasa malas menulis. begitulah penulis. lebih tepat, sikap manusia itu sendiri. begitu kompleks, makin difikirkan makin jauh dengan jawapan. namun untuk memahami sesuatu yang kompleks perlu memahami yang asas.

itulah jawapannya. memahami perkara-perkara asas adalah kunci memahami perkara yang kompleks. manusia tak dilahir kan hebat. tapi mereka dilahirkan untuk menjadi hebat.

tiada bayi yang lahir terus boleh bercakap. sebaik sahaja bayi mula menyedut udara pertama mereka. sabaik sahaja warna badannya bertukar kemerah-merahan, otak mereka memulakan pelajaran pertama mereka. belajar bagaimana menyedut udara seperti mana ibu mereka sedut.

peringkat berperingkat. itu lah rahsianya. sejak dari itu bayi mula belajar mengenal alam dunia yang kejam ini. selama di alam rahim tak pernah terfikir pun bahawa alam dunia ini lebih mencabar. satu per satu dipelajarinya. bagaimana nak menggerakkan badan. bagai mana untuk meniarap. bagaimana merangkak, berjalan, dan akhirnya berlari.

makin lama makin bnyak yang dipelajari dan juga makin kompleks.

bila di peringkat kanak-kanak lagi membuak buak rasa ingin belajar. macam-macam mereka cuba. masa ini ibu bapa melabelkan anak mereka nakal. tetapi pada hakikatnya itu adalah cara mereka belajar. bila terjatuh, tercedera mereka belajar. belajar melalui pengalamannya sendiri. lama-kelamaan mereka akan mula faham dah mengelakkan perkara tersebut untuk mengelakkan kesakitan.

bila masuk remaja mereka belajar pula tentang emosi. emosi yang membuak-buak menyebabkan mereka rasa tidak selesa. mereka tak pasti apakah perasaan itu. mereka cuba memahaminya untuk mengawalnya. akhirnya mereka berjaya. namun yang membezakannya adalah masa yang mereka ambil. ada yang lama ada yang singkat bergantung kepada kemampuan dan persekitaran masing-masing. ade jugak yang sampai sekarang masih lagi tidak memahami perkara tersebut.

bila sudah dewasa mereka sudah sampai pada satu tahap dimana klimaks kehidupan berlaku. masalah datang satu persatu, masa ini mereka belajar pula untuk menyelesaikannya. ade jugak yang mengambil jalan singkat dengan lari daripada masalah. namun melarikan diri bukan pilihan yang tepat. semakin mereka lari semakin mereka takut. takut sekiranya mereka berlari ke jalan yang salah dan menemui jalan mati. akhirnya diri sendiri yang terparangkap.

anda pernah mengalaminya jadi anda tahu apa perkara asas yang perlu anda kupas supaya perkara yang rumit dan kompleks dapat diselesaikan.

cuba kita lihat. sebelum kita berjaya membuat bngunan pencakar langit. dahulunya rumah kita dalam gua, kemudian buat rumah diatas tanah. manusia semakin berkembang. makin bnyak yang mereka belajar. dari rumah setingkat menjadi 2 tingkat, akhirnya menjadi flat, menjadi kondo, akhirnya mereka berjaya membuat bangunan pencakar langit.

perkara asas. itu jawapannya. setiap masalah ada penyelasaiannya. cuba anda fikir jika lahirnya bayi ke dunia mereka perlu berfikir masalah orang dewasa. mungkin bayi tersebut menjadi takut, silap-silap masuk balik...

1 comments

  1. Cuma share..Ada seorg bayi shj dlm dunia ini yg lahir terus boleh bercakap semasa masih dlm buaian lg..dan dilahirkan oleh seorg wanita yg tidak pernah disentuh oleh mana mana lelaki.cuba rujuk pekaara benar ini. :)

    ReplyDelete

My Instagram